Thursday, November 3, 2011

Detik Terindah

Lakonan Semula
Malam semalam berjalan-jalan bersama -sama En.Sepet dikawasan Putrajaya. Hahaha ... Nama je duduk Putrajaya, tapi KECIWWAAA bila tak pernah nak explore Putrajaya kan. Hahah .. LOOSER! SO, malam tadi tak tahu hala-tuju .. Then mendapat perintah yang terutama supaya berada di  kawasan Putrajaya sahaja, maka kami pon makan di sekitar sini dan juga lepak disekitar sini. Bila dah niat nak jalan sekitar Putrajaya, makanya, sungguh la jakun dan kagum. Selama ni takde la nak kisah pon kan. Tapi bila dah memerhati sekitar dengan niat yang tulus, maka nampak cantiknye Putrajaya. Hahahah ... JAKUN okay .. SO, malam tadi berhenti kat Jambatan Seri Gemilang yang mengadap PICC tu ha.. Turun-turun kereta je, terus cakap kat En.Sepet.. " Awak kita act like bukan orang Putrajaya tau.. Buat jakun sikit.. " .. hahahah .. Sebab nya aku terasa teruja bila lepak kat situ.. Difference feeling tau. Ramai orang kat situ, siap ada yang picnic makan durian lagi. Huh!  POYO?? Harusla... Bukan selalu okay. Bila kita buat muka jakun. People around akan kata, oooo.. diorang ni first time datang sini ni...Makanya, mereka akan tidak kisah diatas ketidak siuman aku ketika berada disana. TERUJA. hahahaha..Lawok okay. Kalah badak-badak...Eh..!Budak-budak.. hurmm.. Tinggal lagi beberapa ketika sahaja nak tinggalkan PICC kan,so aku sempat snap gambar PICC dari jauh..Dan semestinya gambar tak berkualiti.Hahaha..Nampak tak?? Kalau tak nampak tu.. Alkisahnya..Tinggal lagi beberapa Jumaat la tu.Korang kalu nak lepak Putrajaya, dan nak dapat viewyang cantik, mai la Jambatan Seri Gemilang.View kat sini cantik untuk ambil gambar.. Heheh.. Angin dia pon sedappp jek.Meh aku tunjuk gambar real jambatan tu okay. Kasi senang nak jadikan reference untuk korang semua kan.
bagunan yang bakal jadi kenangan  
Night View 

Ini aku tunjukkan antara jambatan yang popular di Putrajaya. Aku credit gambar dari person yang amik gambar ni . Hehehe ... Korang kalau datang Putrajaya, singgah-singgah la ke sini.. View cantik.. 
DIJAMIN 100% ! heeheh

Jambatan Seri Gemilang
Jambatan Seri Saujana
Jambatan Seri Wawasan

Okay, Thanks la bawak saye jalan-jalan Putrajaya (Ayat Poyo) ... Hahahahah !!! ... Lain kali kita datang Putrajaya lagi ye. (-_-")

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..