Aku suka membaca. Kasila apa sahaja. Waima batu bersurat pon akan aku baca. Hahaha. Okey, buku, surat khabar, kertas, blog, papan, dinding, apaaaa sahaja yang ada tulisan, aku suka perhati dan baca. Untuk apa? Untuk menampak pengetahuan umum la. Begitu. So, kalau buku, aku lebih suka baca novel atau motivation books. Sebab apa? Sebab dia tebal. Dan perlu mengadap dan mampu mengisi ruang kekosongan waktu yang aku ada. Surat khabar? DUlu aku suka baca. Tapi sekarang tak lagi, lepas aku nampak surat khabar dah dijadikan seperti bahan mainan, sini sana lain laporannya. Banyak menipu dari nyata. Betul tak? That's why aku lebih suka baca di blog tentang apa sahaja yang berkaitan dunia dan masa kini.
So, berbalik kepada buku, aku suka sangat baca buku. Tak kiralah macam mana pon kecuali keluar dari batasan aku la seperti politik, martial art, automotif dan selaku dengan nya. Hahaha. So, dekat rumah aku memang ada koleksi buku, paling banyak motivation books la. Hahaha. Dah sah-sah dari dulu minat jadi kaunselor, yeke kauselor? ahhh.. pandai la korang bayangkan. hehe. So, aku suka membaca sesuatu yang mampu memberi aku ilmu pengetahuan dan meningkatkan lagi dan menajamkan lagi akal aku. Hah! Begituu.
Tapi perangai aku satu la yang aku tak mampu buang.. Dalam satu masa, aku akan membeli buku sekali banyak. Buku dah best dah. ime beli tu memang excited gile! Tapi bila sampai rumah, hampeh, sebab buku hanya jadi hiasan. Sebab nya, aku ni kalau nak baca buku haruslah ada mood nya. Kalau mood takda, kulit buku pon aku tak hadap. Buku aku dah tersusun-susun menunggu waktu untuk dibaca oleh aku.
Tapi sekali aku dah hadap buku-buku tu,, jangan pelik la.. dalam masa singkat sahaja, aku mampu habiskan semua! Sampai aku menyesal. Sebab nak kena keluar duit lagi beli buku baru pulak... Sebab itu, kalau novel-novel terutamanya, aku akan beli setebal mungkin. 1000++ page ke atas. Kurang aku tak layan. Harga mencanak la kan. Hahah. Sebab aku sangat tak puas bila novel nipis. Baru baca bismillah dah kena sadaqallah.. hapaaa tu. hahaha.
Okey, dah! Sebab nya aku cerita pasal buku adalah, aku baru beli buku tadi. Berangan balik-balik terus nak baca. Tapi berangan je la. Tunggu la minggu depan ke, bulan depan ke, tunggu la mood aku datang. Selamat berehat la buku-buku ku.. =)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..