Wednesday, October 10, 2012

Nama Kita Indah..

Selamat malam semua! Dah makan? Dah mandi? Hehehe.. Aku sebok melayan photoshop. Layan Adam & hawa tak dak feeling sebab line tenet hareeemmm... sebab hujan lebat diluar. =). So, melayan photoshop.. lagi puas hati aku. Sejak dah kerja semula.. tidur pon awal. So, nak melukis tu takda masa. Malam ni tak jadi dating. So, apa lagi!!! Jom kita melukis! Dan hasilnyaaaaaaaa...
Ada yang bertanya. Kenapa aku reti lukis macam ni? Bukan aku ada amik kursus ape-ape pon. Hurrm. Macam ni la aku rasa. Sebab nya adalah minat. Dan disokong pula dengan sebab lain. Tau ape? Haaaaa.. Nama aku kan ELMIEAH. Ejaan memang nampak pelik, tapi bunyi panggilan nama aku adalah ILMIAH. Dapat bayangkan apa aku nak cerita ni?

Korang masa kecik-kecik, ada tak ustazah ke ustaz korang kata, panggil nama kawan dengan nama penuh dia, sebab bila kita panggil nama penuh dia, bermakna dia mendoa kan dia. So, aku rasa la kan, aku ni dah di doa dan di amin kan oleh raaaaaamai sangat orang. Sebab tu aku lebih suka orang panggil aku ELMIEAH. Memang nama panggilan aku MIMI. Sebab apak aku payah nak ingat nama anak dia walaupun pendek.. =__='. hahaha.. Tapi, ada masa dan tikanya, aku lagi suka orang panggil nama penuh aku. Sebab dari situ aku suka orang mendoa kan aku.

Apa kena mengena dengan lukisan dan mana? Haaaaa. Nampak kan nama aku ELMIEAH? Bunyi dia kan ILMIAH. So, maksudnya kan... ILMU. So, alhamdulillah.. Ramai yang dah doakan aku menjadi orang yang berilmu. Tiap hari kalau 10 orang panggil nama penuh aku. Kan baik tu.. =) .. So, makin dewasa makin aku suka kepada macam-macam. But more to seni la.. Hehhe.. So, aku rasa la kan. Aku jadi macam boleh tahan kretif ni sebab nama aku. ILMU. Ilmu tu kan pelbagai....

Hahahaha. Okay. cukuplah aku melalut. Yang penting aku SUKAAAAAAA GILAAAA nama aku! .. Unik, Cantik dan Baik maknanya. Alhamdulillah. So, sila panggil aku ELMIEAH mulai hari ini . Goodnite!

Kurangkan dengan nama panggilan yang sia-sia dan lagha. Amalkan panggilan nama yang baik, insyaallah.. Segalanya akan jadi baik.. Insyaallah.. (^_^)

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..