Selamat menanti waktu rehat.. (^_^), Aku baru sahaja menerima message dari seorang rakan kerja, dimana dia masih tidak menerima gaji balance untuk bulan lepas. Hurrmmmm. Terus aku pikirkan diri aku. Sama je nasib. Aku dah berenti hampir 3 bulan. Masih tak dapat lagik... Sedih kan. Syarikat dah 20 tahun beroperasi, tapi tak sistematik. Mudah cerita, orang melayu yang bajet sangat dalam invest untuk syarikat sendiri. Dah 20 tahun operasi, tapi tiada slip gaji yang proper dibuat, tiada resit yang proper dibuat. macam-macam lagi.. Aku first masuk aku mampu layann je sistem yang kuno dari syarikat tu. Tapi lama-lama, sistem kuno tu yang buat aku rasa nak berhenti.
Bekas bos aku dah tua. Umor dalam 50-an. Dia aku respect sebab aku anggap dia macam bapak aku sendiri. Tiada langsung negatif thinking pasal dia. But, makin tambah bulan, aku dah mula hilang respect,
- sebab gaji dibayar sesuka hati,sometime 3 kali bayar..
- pakai duit sendiri untuk beli keperluan pejabat seperti kertas A4, alat tulis etc, tetapi bila claim, dia tak bagi duit..
- diminta untuk pergi ke kedai jauuuuh, untuk print paperwork, tapi dengan senang hatinya bila aku naik ke pejabat, dia boleh suruh pergi ke kedai tu semula untuk print lain.. tak salah kalau suruh org lelaki yang ada kat dalam opis tu kan..
- sesuka hati bagi duit secukup-cukupnya/tak cukup bila minta belikan apa-apa or print or fax etc.. lastly duit aku juga keluar,no claim
- bil api air haram nak bayar sampai 1 masa tu aku duduk dalam gelap, alasan dia. "saya perasan ada bil dalam tu 2 minggu lepas.lagi satu alasan dia " Telekom tak hantar bil, macamana nak bayar". Ni alasan bila tiap2 bulan aku terpaksa hadap telefon dari Telekom mintak setelkan bil. then, dia dengan senang hati, tiap-tiap bulan suruh aku kol telekom extent tempoh last pembayarn, jangan potong lagi, siap dia bagi tarikh bila nak bayar..macam Telekom tu dia punya -___-'
Ni just half perangai dia. Kalau korang? Korang mampu ke layan perangai macam ni tiap masa? 6 bulan kerja, rasa macam 6 tahun. Sebab aku sabar. Sebab aku hormat dia sebagai orang tua. Tapi kadang-kadang, ngan orang tua pon kita kena berjaga-jaga...Mudah sangat dia pijak aku sebab aku tak pernah melawan arahan dia.
Aku rasa performance aku 6 bulan kat situ tip top. Gerenti aku yakin, dia tak dapat pekerja macam aku yang sanggup buat kerja lelaki perempuan sekaligus. Tiada bantahan, tiada rungutan. Kerja dijalakan sempurna dan laju! ..Masih tak bersyukur aku membantu dia kan.
So, now aku sangat terkilan bila, before aku berhenti, dia pernah kata, "nanti datang amik balance gaji". Time tu dia takda pon kata ada syarat or procedure aku kena amik. Dia kata nanti datang amik gaji, tu je. Tapi, dalam lepas sebulan aku berenti, aku baru teringat aku tak amik gaji lagik. So, aku message dia, dia kata okay. DIa akan bank in..
Selang sebulan lepas tu pulak, aku tanya dia lagi, berkenaan gaji aku. Tau apa dia jawab? "Saya terpaksa melihat balik prosedur berhenti kerja u dulu, bagi saya tempoh untuk check,saya akan beri maklum balas secepat mungkin" ..Dah situu pulak. Tibe-tibe bila aku msg selepas beberapa bulan baru dia nak check. Memang meraban.
Aku tak puas hati. Last aku bagi chances lagi kat dia. Baru-baru ni aku message semula. Aku tekad. Aku kata, aku nak gaji aku kalau tak aku nak buat report, Then ceeepat gila dia balas. "Bagi saya masa untuk check prosedur berhenti kerja,bagi tempoh sampai Jumaat ni". Then aku balas la, aku dah tunggu lama, bulan lepas dia kata nak check, takkan la betaun nak check aku nye pemberhentian kan.. last2 aku kata, aku akan kasi tempoh sampai Jumaat, kalau tak aku terpaksa bertindak Cepattt je dia balas, " apa maksud u nak 'bertindak'? jangan sampai i buat repor polis, u susah nanti". HAHAHAHAHAHAHAHA. Dasar pengecut. Tau takot.
Apa dia pikir aku ni samseng ke nak bertindak yang ganas tu? Dehhh.Kalau dah salaahh tu tau takott kan. Guna polis bagai. Bak mai polis tu, tup-tup ko yang kena tangkap, aku gelakk je dari jauh. Salah orang la kalau dia nak ugut. Aku mangsa tau... Then, benar-benar dia buat tak tau je, sampai hari ni, dia masih tak bayar gaji aku. So, tempoh dah tamat. Aku akan lapor kepada pejabat buruh. Hahaha! Padan muka kau!
Aku harap tuhan balas la segala perbuatan dia..sebab dia membuatkan ada mangsa yang dibuang kerja dek kerana terlalu berani bersuara meminta gaji sendiri, ada pekerja yang terpaksa meminjam duit untuk makan sebab duit gaji tak dibayar, ada pekerja kelaparan dan terpaksa minta belas orang keliling untuk makan. Kesian kan..
Secara logik, kalau dia ada krisis dengan kewangan, mesti dia ada simpanan kan? Dia bos, pekerja tak ramai. 4 orang je. Paling teruk dia akan ada simpanan RM10,000 punya kan? Tetapi kenapa dia tak bayar gaji pekerja? Bukan dia miskin pon, banyak altenatif lain dia boleh bayar, anak dia kerja Petronas, gaji basic 4k.. pinjam la kalau betul takda duit kan, bini kerja hebat dalam kerajaan, takkan la tak mampu bantu kan. Tiada alasan seorang majikan tak mampu bayar gaji pekerja!!!
Ini tidak, 1001 alasan dia bagi bila pekerja minta gaji. Pekerja ada hak. Bukan kerja sebab suka-suka. Mestila kerja sebab nak tanggung keluarga. Ni tidak, keluarga dia pandai dia jaga, tapi kebajikan orang lain? Bila difikir balik, sangat kejam perbuatan dia. Sebab dia, pekerja-pekerja tak mampu makan, tak mampu tampung keperluan hidup. Sekian terima kasih..
Sekadar renungan:
"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."
Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give More" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..