Aku rasa, sekarang memang musim batuk, demam, dan sebagainya. Sebab cuaca makin tak menentu lagi-lagi la baru habis raya korban! Demam daging masing-masing kan. Aku pon termasuk la dalam golongan yang bermusim itu. Aku memang selalu tercalon dalam list ni, sebab nya aku ni kan manja. Hahaha.
Aku kalau demam, pening kepala, sengal-sengal badan, mampu lagi la aku menahan kan. Tapi kalau aku batuk! Ya Tuhan. Macam nak terkeluar segala organ badan aku. Batuk aku sangat mengerikan. Dari keluar bunyi sampai tak berbunyi! Nampak teruk tu? Haaaaaaa. Aku batuk paling koman akan sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu.
So, baru-baru ni balik umah mak pak aku, kakak aku tengok je aku batuk, dia pon berkata " ko pergilah beli madu yang kat kak yeh tu" .. Itu serba sedikit perbualan kami. Sebab apa dia suruh beli madu dekat kakak aku lagi sorang? Sebab, dia pernah bawak balik madu sebotol.. dan katanya, kalau anak-anak batuk, kasi makan madu tu. Jenama apa aku tak ingat. Tapi aku ingat botol dia panjang tinggi. Tu je aku tau. Yang lain aku tak amik tau. Aku malas nak tanya lebih kakak aku. Sebab aku rasa malas nak amik tau bila tengah tak sihat.
So, balik ke Putrajaya, aku baru teringat aku ada madu dalam peti. Apa lagi! Tonggak la sebanyak mungkin! Yummmeh!! Tekak segarrrrrr je. Hahaha. Batuk la juga. Tapi tak la seteruk pada awal nye tu kan. So, aku pon amalkan laaaa madu aku makan ni hari-hari. And now, just sikit sahaja batuk nya. batuk manja gituuu.. (^_^), So, semua di luar sana, kalau rasa batuk korang teruk, try telan madu, niat nak sembuhkan batuk. Insyaallah.. Berkesan.
Madu apa aku makan??
Siap ada harga lagi haaaa. Aku tak tau la madu aapa lagi boleh guna. Maybe madu ni just psycho aku je kot kann,.Hahaha. Takpa la. Asalkan batuk aku hilang! Aku dah lega. Aku mencatat rekod sendiri dengan sembuh batuk di waktu yang singkat! =)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..