Wednesday, October 31, 2012

Beza Dulu & Sekarang

'Bekerja' 
1001 pengalamn kalau kita bercerita pasal bekerja kan. Manis & Masam. 
Aku? Sejak dah gradute ni, aku dah kerja 3 tempat dah! Hahaha. Seee.. Banyak pengalaman tak tu?Hahaha.. Pengalaman memang la ada, tapi tu laaaa, Dalam tiga-tiga kerja, kerja yang latest ni la buat aku pening kepala. 

Skop kerja adalah sama, tetapi yang extreme nya di sini adalah, aku kena hadapi orang sekeliling yang mana aku boleh kata tidak friendly. Selalunya, kes orang kalau baru masuk, paling kurang pon, dalam sebulan mesti dah close dengan staff kan. Tapi kes aku kat sini, dah masuk sebulan, staff masih lagi suam-suam kuku. Kalau bahasa kasar nya.. macam aku ni invisible kat sini. 

Yang ajaibnya, bila ada je kerja mereka yang perlu dihabiskan, dan last minute. Tiba-tiba aku menjadi visible disitu. Haaaaa. Nampak environment kerja disini? Aku tak la mengutuk sesiapa, cuma apa yang aku nampak, sini tak mesra dan bahasa kasar nya, macam menggunakan kita. 

Tetapi bukan semua yang macam tu, cuma segelintir yang begitu. Aku jadi rimas bila dalam office tempat kerja sendiri kena jadi macam tah apa-apa. Politik kuat la kat sini. (^_^) . Ingatkan, bila dah kerja dengan ramai-ramai, boleh la di jadikan group member yang best kan.. Yela, bila dah kerja ramai-ramai, baru la kecoh sikit, boleh gelak sana gelak sini. Tapi kat sini, ada group-group dia tersendiri. Hahaha.. Dah macam budak-budak dah.. 'awak kawan ngan kite je tau, tapi awak jangan kawan ngan dia' ... So sweet.

So, itu lah rutin aku hari-hari. Yang penting, kat sini.. Umat manusia nya tidak mempunyai lesen di mulut. Ada masa aku bawak cili, baru ada akai..