Friday, March 6, 2015

Suamiku Encik Perfect 10!

Assalamualaikum.
Siapa dah tengok cerita ni?
Best ke cerita ni?
Syok ke cerita ni?

Haaa.. aku balik Putrajaya, Mak Metua aku dok racun aku suruh langgan Astro Shaw. Aku gelak je la kan. Sebab dia kata anak sedara dia tengok kat wayang, then katanya sedap cerita ni. Hihi. Aku pon dengan baik hati, langgan la cerita ni. 

Astro Shaw - channel 486
Harga - RM 15.00 + 6% tax
Duration - 2 hari

Okay la tu kan. Bukan aku yang bayar nanti. Hahaha. Aku jalankan tugas aku untuk melanggan je. Better la dar bayar RM 10.00 untuk sekali tengok kat wayang. Hihi.

Pada pandangan aku, cerita ni tak boleh la bagi 10 star. 5 star pon tak dapat kot. Cerita dia ringan sangat. Boleh tahu apa jadi. Cerita ni adaptasi novel jugak ke?? Aku bukan kaki novel, so aku tak tahu la kan. Hihi.

Okay la cerita dia, sweet-sweet gitu. Tak berat tak ringan. Haaa, hebat tak aku timbang? haha. Apa yang syok nya bila tok mak (normah damanhuri) dan ibu ( jasmin hamid) cakap utara. Itu yang buat cerita ni layan. Hihi.

Part lawak bagi aku, part yang baju dalam besi dan tak besi. Pada aku part tu betol-betol buat aku geli segala. Lawak okay.
Part sedih tu banyak la. Cuma takda la aku nangis beria. Sekadar touching-touching tu ada la. Hihi.

So, pada sesiapa yang nak tengok, recommended la. Cerita okay, tak la rasa teruk pon. Yang penting, ada Aaron Aziz sama Lisa Surihani oiii. Hihi.