Friday, March 6, 2015

Hati separuh-separuh

Assalamualaikum.
Hati aku sekarang bukan nya seronok sangat sebenarnya. Rasa sebu je. Haaa. Macam perut sebu tu. Macam tu la rasa dia. 

Aku sekarang ada kat KL. Minggu lepas balik Raub. Lepak la dengan parents aku. Aktiviti biasa balik kampung adalah, mengumpat meluah perasaan kat mak. Banyak la cerita, almaklumla, simpan sebulan punya cerita. Hambur semua sekali. Hihihi. 

Aku anak bongsu. Perkara biasa la kan ank bongsu manja mak lebih sikit. Biarpun tak selalu contact, tapi aku harap mak faham situasi kehidupan aku. Hihihi. Aku ngan Apak(ayah) aku bukan tak rapat, cuma biasalah. Ayah ni ada ego dia sikit kan. Hihihi. So, aku lagi selesa la bercerita ngan mak. Cerita kat Apak cerita yang dia tanya je. Yang lain tak cerita. Hahaha. Bukan apa, tak baik terjebakkan apak ngan gosip. Tak sesuai. Hahaha.

Okay, beralih ke perkara hati aku yang sebu. Apak aku sekarang kerap tak berapa sihat. Aku ni bila tengok dia macam penat, macam tak bermaya, muka kadang nampak tak happy, dada aku jadi sebak. Tapi aku tahan je. Mak aku cerita, banyak kali dah Apak semput, nak pensan bagai. Allahu. Anak mana yang tak terdetik kan bila tau Apak macam tu. 

Lagi aku rasa sebak bila nak balik hari tu, muka Apak lain sangat. Dia macam sedih je kami nak balik. Bukan tak sedih selama ni kami balik, cuma yang ni lain. Nampak la sedih campur tahan sakit. Allahu. 

Aku kat sini tak berapa senang duduk. Dengan Arjuna makin aktif nak berjalan. Dalam penat aku layan Arjuna, otak masih nampak Apak. 

Aku harap sangat Apak sentiasa dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik. Hati aku Allah je tau. Semoga segalanya okay saja. 

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..