Tuesday, March 10, 2015

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.
Tengah duduk-duduk menantikan orang service Coway datang, aku pun layan la facebook. Sementara anak pun tengah tidur. Time ni la pun nak goyang kaki kejap. Hihi. Dalam syok layan facebook, nampak la kawan-kawan yang post pasal baru bersalin. Dan-dan tu juga la aku teringat time bersalin aku dulu.

Aku kan masuk wad awal. 33 minngu da masuk. Air ketuban pecah. Aku taknak la cerita pasal ketuban pecah tu. Aku just teringat pasal contraction. Aku takkan lupa sampai bila-bila pasal tu. Sakitnya tu, Allah je yang tahu. 

Bila siang ada juga mak metua and laki aku datang lawat. Ok la boleh cool down sikit sakit. Bila malam, duduk sorang-sorang, Allahuakhbar. Rasa tak terperi. Aku solat pon duduk. Dah tak larat nak bongkok badan bagai. Bila contraction, jem satu badan aku rasa. 2 malam aku nangis senyap-senyap. Hahaha.

Malam finaL sebelum esok petang nya nak beranak, aku call laki aku mintak tips. Sakit melampau sampai nak putus nafas tau. Lastly, laki aku bagitahu, cuba baca Fatihah 100 kali. Aku gigih la baca, hihi. Alhamdulillah. Tidur aku lena malam tu. 

Esok nya,  contraction yang terakhir sebelum keluarnya Arjuna Abid. Selepas keluarkan dia, hilanglah segala sakit bagai. PUAS. hahaha. Okay. Itu je nak cerita, just teringat pasal sakit contraction. Sakit itu indah...

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..