Friday, March 27, 2015

Mencegah Anai-anai

Assalamualaikum.
Anai-anai.
Selama hidup aku nak masuk 27 tahun, aku tak pernah langsung tau rupa anai-anai tu macam mana, sehinggalah hari ini sejarah tercipta. Aku nampak anai-anai bersarang di dalam bilik nombor 2. Haiyoyo. Geli geleman aku nengoknya. Dengan bunyi krip krip dia makan. Eyyy.

Aku apa lagi! Amik bygon dan sembor. Beribu-ribu anai-anai menjadi arwah. Aku jakun sangat tengok anai-anai tu. Hahaha. So, aku tanya mak mertua aku, macam mana nak bunuh anai-anai? Dia bagi tips:

Cuka
Garam

Okay. Tu je. Campurkan, then letak dalam penyembur. Lepas tu, sembur. Mak mertua aku kata, guna kaedah ni lambat sikit la anai-anai naik semula berbanding beli penyembur kat kedai.

Keberkesanan dia aku tak tahu lagi. Sebab aku tak buat lagi. Nanti dah buat aku review okay.

Bye anai-anai.

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..