Wednesday, March 4, 2015

Motherhood Journey

Assalamualaikum.
Amik masa sikit. Sesak nafas. Mintak nyawa. Hahaahha. Over sangat haih. Orang lain pon ada anak juga, macam la aku sorang je kan. Hihi.

Arjuna Abid. 
Fuhh. Berpeluh dahi ketiak semua bila fikir pasal dia. Hahaha. Baru kita tahu betapa aktifnya budak-budak bila masuk fasa nak berjalan ni. Allahu. Aku layan anak 24 jam. Sendiri. So, bila macam tu, kita tahu la macam mana perangai dia, apa yang dia suka apa yang dia tak suka and macam-macam lagi. 

Bila rumah sendiri, dia behave sikit. Sebab mama dia duduk dengan dia je. Takda orang lain. Tapi bila dia balik rumah tok dia, rumah embah dia, Masyaallah. Kentut pon aku tak sempat lepas. Hahaha.

Kadang-kadang hilang juga pedoman ni. Banyak kali juga nak angkat tangan kat dia. Tapi bila fikir balik, istifar dalam hati. Astarafirullah. 

Pengalaman menjaga anak sendiri ni memang syok. Banyak menda yang aku belajar. Sifat sabar la banyak aku tanam kat dalam diri ni. Aku bukan orang yang penyabar sangat. Tapi bila dah ada anak, Allah bagi dugaan anak aktif macam ni. So, automatik la sifat sabar tu jadi tebal sedikit demi sedikit. Semoga aku maki sabr mengharungi detik pembesaran anak aku ni. Insyaallah.