Friday, March 6, 2015

Janji Allah Tu Pasti

Assalamualaikum.
Solat Jumaat dah ke wahai kaum adam? 

Esok dah nak balik Kuala Kedah. Bermula lah semula kisah kami keluarga kecil. Hihi.

Bila duduk-duduk saja macam ni, tiba-tiba teringat tentang satu kejadian ni. Tajuk utama dia, KERJA. 

Ada makcik sorang ni, dia tiba-tiba tanya,
'Taknak kerja ke'?

Aku jawab lah. 
'Nak, tunggu la nanti. Bagi Arjuna besar sikit.'

Makcik tu pun cakap lagi.
'Bila'??
'anak kamu pun dah besar, bila lagi nak kerja, rugilah belajar tinggi-tinggi taknak kerja.'

Aku senyum.

'Kerja! Kamu kena kerja. Nanti jadi apa-apa kemudian hari. Macamana"?

Time tu, aku nampak makcik tu, aku jadi menyampah. Siapa dia nak cakap macam-macam kat aku. Aku tak pernah sekali pun usik duit dia. Apatah lagi kacau anak-anak dia. Dia bising kat anak orang lain, padahal anak dia pon dia tak 'ajar' betul-betul. 

Aku bersyukur, walaupun aku macam ni, tak kerja, at least aku ada adab, ada budi bahasa sikit bila begaul dengan orang. Macam makcik, belajar tinggi-tinggi, kerja hebat, tapi kalau anak-anak makcik pon makcik tak reti nak jaga, makcik takda hak nak bising kat aku.

Aku memang la dah lali bila orang tanya pasal kerja ni. Tapi tula, aku tiba-tiba jadi sensitif bila makcik ni tegur aku. Teguran dia agak kasar. Aku pun tak ingat la ayat dia 100%. Sebab aku tak suka nak ingat.

Tula susah bila kaya, kerja tinggi, hidup nak berlagak. Lupa pandang bawah. Asyik nampak nak kerja kekayaan dunia je. Usia dah meningkat. Cuba ubah diri sendiri dulu dari sibuk amik tahu perihal anak orang lain.

Sebelum nak sibuk hal anak orang lain, elok kan dulu family sendiri. Makan pakai suami pon tak terjaga. Anak-anak apatah lagi. Aku mampu senyum sinis je bila dia banyak sangat cakap pasal ruginya tak bekerja!

Makcik. Walaupun aku ni tak kerja hebat macam makcik. Tapi insyaallah, kerja aku sebagai surirumahtangga ni hebat di mata Allah. At least aku berpeluang jaga makan pakai suami dan anak aku. Aku bersyukur walaupun sekarang kerja aku hanya membantu suami aku menjaga rumahtangga. 

Bila aku akan bekerja cari duit/makan gaji? Tunggula. Allah je ada jawapan tu. Pergilah tanya Allah ye makcik.

Nasihat aku, jangan la menghina sangat orang yang tak bekerja ni. Janganlah ingat awak kerja bagus, awak ada hak nak komen macam-macam. Ingat. Kalau buat apa-apa tu, bawak cermin. Cerminkan diro diri sebelum komen macam-macam.

Kalau adik beradik aku yang tanya pasal menda ni aku tak kisah. Lagi-lagi mak pak aku, lagi aku tak kisah. Tapi bila orang luar masuk campur hal rezeki ni, aku akan automatik blacklist dia. Hahaha.

INGAT!!! rezeki Allah ada dimana-mana.


0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..