Wednesday, March 18, 2015

Jiran Yang Baik Hati

Jiran.
Lagi-lagi cerita pasal jiran.
Muak kan?
Aku yang menghadapi ni lagi muak. Sangat muak. Sampai rasa meluat dan hilang minat dengan apa yang jiran ni buat. 

Jiran belah kiri aku ni, aku dah hilang minat nak marah. Hilang segala nya. Nampak tak betapa aku malas da nak amik kisah pasal kebebalan jiran ni. Bising. Bising sangat! 

Yang aku peliknya, 24 jam dia repair kereta dia. Bukan kereta rosak terbengkalai. Ini kereta yang dia bawak hari-hari. Aku tak tahu la apa yang dia repair. Dari pagi sampai malam. Malam sampai pagi. Life dia mengadap bonet enjin kereta dia. 

Yang penting, muzik kuat-kuat tu wajib. Sebelum ni aku syak diorang ni duduk dalam hutan la. Aku yakin. Sebab diorang takda perasaan langsung bila buat bising macam tu. Kereta da sedia mengaum. Bunyi kereta dia dari ujung dunia pon boleh dengar. Habis macho la kot kan. Hihi

Aku sekarang kesian kat jiran ni je. Kesian dia takda life lain. Memang la dia suka. Tapj kesian la sebab dia sia-sia kan hidup dia untuk kereta yang tak bagi apa pon kat dia. Kesian dia sebab hari-hari orang kata tak baik kat dia. Kesian dia sebab dia buangkan waktu muda dia buat satu perkara ni je. Sampai kadang-kadang aku perasan, solat jumaat pon buat-buat tak perasan. Kesian kat dia kan.

Aku sampai naik meluat la dengan perangai dia. Aku harap lah dia dapat petunjuk. Tak pun aku doakan dia dapat zuriat cepat. Semoga kalau ada zuriat tu nanti, dia boleh berubah. 

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..