Monday, August 11, 2014

Kerja Kosong

Assalamualaikum...
Okey... korang pernah berada dalam situasi ini?

Aku? 

Yes!!!

Ini soalan-soalan boring yang aku terpaksa hadap bila jumpa orang-orang yang terlalu 'concern' pasal aku. Soalan ni yang buat aku bosan dan kadang-kadang bila orang tanya, aku super duper malas nak jawab. Nak buka mulut pon malas. Senyuman je mampu aku pamerkan. Sebab apa? 

Sebab aku PENAT.

Macamana nak bagi orang tak tanya pasal ni ye? Kadang-kadang aku fikir, diorang ni tak muak ke tanya? Kadang-kadang orang yang sama tanya 3 4 kali. 

Aku ni senyum je boleh. Senyum je. Senyummmm je. 

Wahai semua... aku bukannya tak nak kerja... apa kata korang anggap la Allah kasi aku peluang relax kejap dengan family... mana la tau kot-kot aku ada rezeki kerja, and tak dapat nak spend time macam ni nanti kan... tak pun korang anggap je la Allah kasi peluang kat aku jaga anak aku sampai dia sekolah... kan.. tak pun korang anggap je la aku tak ada rezeki lagi... mudah kan?

Terima kasih kerana ambil berat... tapi pada aku, aku yang dah kawin dan ada suami yang dah kerja... rasanya soalan tu tak perlu la tanya... pada aku, bila isteri tak kerja tu bukan perkara pelik. Tapi kalau suami yang tak kerja tu yang jadi pelik.

Pada aku mudah je... bila bab macam ni, kita anggap je ni dugaan Allah bagi kat kita. Rezeki tu masing-masing dapat tak sama. Usaha la macam mana sekali pun. Kalau Allah kata aku tak akan dapat kerja, tetap tak dapat. Betul tak? So anggap la perjalanan hidup aku Allah create macam ni. Sudah-sudah la tanya soalan yang aku tak mampu nak jawab. Kalau ada gak yang tanya... aku jawab " korang p tanya Allah kenapa aku tak kerja lagi."

Aku duduk rumah ni pun aku kerja juga... kerja aku jaga anak and suami aku. Itu pon kerja juga kan??

Sekian terima kasih.

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..