Friday, November 21, 2014

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum.


Malas amik kisah dah pasal post entry lambat ke cepat ke, hihihi. Susah nau nak cari masa. Masa tu ada, tapi bila ada masa, tak terasa la pulak nak buka blog. Macam-macam laaaaaa perangai.

So, aku just short cut la cerita part beranak ni. Tapi part beranak ni la yang seronok sekali nak cerita. Sebab nya, disinilah bermula kisah yang pelbagai emosi.

Time kandungan aku 33 week aku ditimpa tragedi. Haaa, tak kusangka tragedi ini berlaku pada aku yang tak tahu apa-apa ni. 

Pagi lepas solat subuh, aku perasan yang aku macam terkencing dalam seluar. Aku pon anggap biasa je la sebab memang bila pregnant and dah masuk trimester ketiga, terkencing/nak terkencing kerap tu memang menjadi teman. So, aku buat-buat biasa je la.  Dalam laki aku dok siap-siap nak pergi kerja, peristiwa terkencing tu kerap pulak. Tak payah susah-susah terasa nak terkencing, dia terkencing sendiri. Hahaha. Ayat macam tak bertamadun kan. Hahaha. Aku pon bagitahu la laki aku pasal ni. Dia pon pikir yang perkara sama macam aku pikir.

Last-last aku tanya kakak-kakak aku. Habis semua orang aku tanya. Untung ramai kakak termasuk kakak ipar sekali tau. Hahaha. Bila cerita keadaan aku, diorang kata, itu mungkin AIR KETUBAN. First time tau tu agak cuak la. Ingat baby akan bahaya bila keluar awal-awal ni. Last-last depa suruh relax, pergi klinik/ hospital. Pergi cek. So, aku pon cool la. Aku tanya gak kawan aku yang doktor ni, dia kata kalau ikotkan cerita, ia memang air ketuban. To make sure, just pack barang keperluan, pergi mandi, get ready pergi klinik/hospital, pergi cek. Kalau ketuban, time tu juga aku kena duduk ward. Aku pon okay saja. Time ni perasaan aku biasa je. Takda pikir apa pon.

Aku siap kata kat laki aku, stanby la telefon tu. Anytime aku akan call. Aku suruh dia pergi kerja dulu, sebab nak tengok air ni keluar lagi atau dia stop. Finally, air still mengalir macam sungai. Nak tak nak, aku pack barang, capai buku merah, pack baju baby and semua yang patut. Capai telefon, call laki aku, dan vrrooommm ke klinik. 

Sesampai klinik, cek punya cek, dia suruh pergi hospital. Buat full checkup. 

Hospital Putrajaya. Siapa yang tahu, bila da pergi sini, parking dia Allah je tau. Hihi. Payah nau. Semua satu Malaysia memang suka datang cek kat sini ke? Hahaha. Datang-datang terus pergi Dewan Bersalin punya bangunan. Register bagai, then aku di check oleh doktor. Check punya check, sahih la ia nya air ketuban. Selamat Menginap di Hospital Putrajaya wahai Puan Elmieah.

Sebelum dibagi katil, aku diberi suntikan bagi mematangkan paru-paru baby. Sakit dicucuk tu Allah je tahu. Siapa yang pernah kena cucuk ni, dia faham sakit tu tahap mana.  Air ketuban aku banyak sangat yang leaking, tinggal beberapa percent je dalam kantung ni. Dan aku pon bermula la risau. Bercampur baur. Nampak anak je dalam otak ni. Okay tak dia, cukup oksigen tak dia, macam-macam aku pikir. Memang menitik juga la air mata sementara tunggu nak dibawa kat wad. Fuhh fuuhh... control macho. Siap check, pergi mengadap laki aku, buat-buat cool. Hihihi.

Sepanjang 5 hari aku duduk hospital, kerja aku adalah, melayan CTG Scan nak check keadaan baby dalam perut. Pagi petang siang malam perut ni kena cek. Aku dikira special kes juga la kat sini. Hihi.. alhamdulillah, wad aku selesa and segalanya elok. Putrajaya kan. Sebab tu ramai yg pilih nak pergi hospital sini. Aku selama 5 hari tu, aku sangat la moody. Bukan apa, actually aku kalau ikutkan boleh je diberanakkan sebab air ketuban agak kurang memberangsangkan. Tetapi disebab kan ventilator mechine takda, and baby tak mempunyai berat yang memberangsangkan, aku tak boleh keluarkan baby. Hari-hari aku harap dipermudahkan, maka nya pada hari ketiga aku mula contraction. Selang sejam sekali. Baru la aku tau rasa contraction tu macam mana. Besar betul pengorbanan mak-mak kat luar sana nak beranak. 

3 hari aku layan contraction. Ko bayangkan la betapa aku berjerawat nya sebab hari-hari mengadap kesakitan. Second day, setengah jam sekali and the last day 5 minit sekali dan kemuncaknya sampai seminit sekali. Tak sempat aku nak amik napas. Hahahaha.

Hari yang last tu, petang-petang mak metua aku datang jenguk, aku sikit pon tak layan. Nampak tak sakit dia macam mana? Aku mampu tahan sakit. Kejang je badan. Sakit dia, Allah je tau. Mak metua aku kesian tengok aku teruk sangat, dia mintak doktor cek. 

Petang tu aku tiba-tiba ada energy makan petang. Hidangan ayam tomyam dan nasi putih. Makan sampai licin. Selera ada sungguh time tu. Time makan, aku rasa ada sesuatu keluar dari bawah. Lepas makan doktor datang cek, sebab aku sakit sangat kan. Check punya check, 4cm. Selamba. Hahahaha. Aku call laki aku yang baru balik tu suruh datang. Masa dah tiba. 

Time ni aku mampu berdoa, doa dan doa. Sakit tetap sakit.

Laki aku datang lepas maghrib. Aku sakit tahap megucap je mampu. Laki aku pon just bagi kata semangat la. Sebab dia pon tak tahu nak buat apa kan. Aku still duduk wad tunggu labour room get ready. Last-last datang makcik cleaner dia tengok aku teruk sangat, hahahah. Dia cakap kat laki aku, pergi panggil doktor, dah teruk sangat tu. Hahahaha. Punya la kami laki bini blur. Nurse sampai, cek bukaan aku, BAM!!! Melompat nurse-nurse semua. 10cm!!! Laju-laju la lock katil aku di unlock, nurse-nurse buat drift tolak aku ke labour room. Kalau aku tak sakit time tu mesti aku gelak.hahaha. Time tu aku da rasa macam nak buang air besar tu. Time tu baru la aku faham maksud kakak-kakak aku yang kata kalau nak beranak rasa dia macam nak memerut. Hahaha. Sambil drift, nurse suruh aku tahan dulu, jangan teran. Aku time tu hanya boleh kata, tak tahannnn. Hahahaha. Lawak sangat lawak. Bila ingat balik, memang drama.

Sesampai di labour room. Dalam 5 kali push. Keluarlah hamba Allah. Lelaki. Menangis. Disambut azan Isyak. Alhamdulillah. 

34 week. Aku lahirkan anak lelaki aku. Berat 1.8kg. 10 hari duduk dekat NICU. Sihat tubuh badan. Cuma kecil je badan nya. Aku syukur. Selamat Datang Arjuna Abid Bin Muhammad Ikhwan. 

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..