Monday, August 11, 2014

Positif Mengandung

Tanggal 10 Julai 2013
Alhamdulillah...

Alkisah bermula...

Seminggu sebelum tarikh aku dah rasa tanda-tandanya sangat ketara. Lagi ketara bila aku tengok laki aku lain macam. Diala yang demam, tak sedap badan, mual-mual, siap nak makan aiskrim yang tak pernah makan. Kepala otak aku pikir lain la bila dia berubah kan... hahahaha... time tu fikir tak nak jadi janda muda-muda. Hahahahah!!! Sangat teruk pemikiran.

Then, sebelum suami aku sendiri yang memaksa aku pergi beli pregnancy test, aku siap jatuh lantai lagi. Time jatuh tu, suami aku gelak, aku berderau darah dah. Sebab aku tak bagitahu suami aku yang aku dah seminggu lewat period. Then tanda-tanda pregnant pun aku dapat rasa sejak beberapa menjak tu. Tapi aku diam tak bagitahu suami aku. Agaknya naluri suami aku ni kuat, lepas aku jatuh tu, dia tanya aku... "sayang tak datang period lagi kan?" Aku senyum je la. Itu lah kisah nya bermula suami aku paksa beli pregnancy test.

Masa nak keluar malam tu, hati aku debor sangat. Hahahaha. Nak cakap excited, tapi tak berani. Aku tak tau la pulak suami aku rasa apa kan. Hahaha. Sampai-sampai shopping mall... terus pergi Watson. Nak beli pregnancy test macam nak beli apa je, lama benau memilihnya. Last, amik yang macam kat atas tu.

Balik rumah,terus test. Tik.tik.tik.tik. sepuluh saat. Result dia seperti di atas. POSITIF. Aku panggil suami aku, aku tunjuk. Kami dua-dua tak kata apa. Tak berani nak excited. "Esok kita buat confirmation" kata suami ku kepada diriku. Tidur malam jadi tak lena, dok pikir result esok.

Esoknya, jumpa doktor. Alhamdulillah... Positif. 4 ke 5 minggu macam tu. Syukur sangat. Tapi kami laki bini tak nak excited sangat, sebab kita tak pasti apa jadi sebab baby baru lagi kan... masing-masing happy secara sederhana. Hihihi...

Sekian.

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..