Assalamualaikum.
Dah masak?
Dah makan?
Aku dah makan.
Aku dah kemas rumah.
Aku tengah tunggu Arjuna bangun dari tidur siang nye. Hihihi.
Alhamdulillah. Hari yang ke 22 hari di sini. Arjuna getting better. Aku pun 80% boleh sesuaikan diri kat sini. Lama kan nak aku sesuaikan diri? Hahaha. Mungkin aku culture shock kot. (Poyo)
Bila Arjuna dah act seperti biasa, berdikari, reti bawa diri, nangis bila perlu and back to normal. Aku mampu cakap Alhamdulillah je. Aku harap dia akan selalu macam ni. Lega aku bila dia dah boleh biasa kan diri dalam rumah ni. Itu doa yang aku harap kan hari-hari. Once Arjuna tak selesa disini, aku double triple lagi tak selesa. Ni bila dia da boleh 90% sesuaikan diri. Aku suka. Aku lega. Aku boleh buat aktiviti seperti biasa. Yeay!!
Kesihatan Arjuna: 90%
Kesihatan aku: 80%
Hahaha. Aku pun tak berapa sihat. Hari tu aku berjangkit dengan Arjuna. Then now aku diserang sakit kepala/migrain yang agak kuat. Aku syak rabun mata aku lagi tinggi sebab aku tak nampak apa langsung bila tengok tv. Harap suara je la. Ni kali kedua spek mata aku hilang. Hilang yang tak jumpa bayang pulak tu. Misteri sangat.
Okayla. Nak relax mata sat. Kejap lagi anak teruna ni bangun, aku nak kena layan dia punya cerita pulak. Hihihi.
Bye.
Showing posts with label Arjuna. Show all posts
Showing posts with label Arjuna. Show all posts
Wednesday, January 21, 2015
Monday, January 19, 2015
Anak 11 Bulan
Selamat Malam,
Perut sakit, nak memerut pun berfikir. Hahaha. Anak tunggu masa nak bangun menyusu. Kalau pergi memerut sekarang, dia bangun naya je aku. Potong pula mood memerut nanti kan. So, finally, aku decide menahan dan menunggu waktu anak bangun. Inilah pengorbanan seorang ibu.(HAHAHAHA)
Arjuna Abid. Hari ni dah 11 bulan 16 hari. Apa yang aku lalui sepanjang Arjuna didunia ni, takda la teruk sangat. Anak-anak, macam -macam la ragam dia kan. Dari baby, paling teruk aku rasa pun time dia tak nak tidur malam. Menangis malam. Tapi tak lama pun. Dalam 3 bulan je. Hahaha. Mata panda tu dah tak heran da pada aku.
Orang kata, baby dalam umur 0 hingga 5 bulan tak penat sangat nak jaga. Tapi 6 bulan keatas, jaga-jaga la. Aku fikir, 6 bulan ke atas tu aku penat mengejar anak la.. rupa-rupanya bukan. Arjuna makin meningkat usia, makin suka melepek kat aku. Nak aku ada je kat sebelah dia. Tak boleh langsung hilang dimata. Perangai melepek dia makin menjadi-jadi bila dia baru baik demam yang panjang ni. Fuhh. Dugaan sungguh la. Nasib la time aku solat dia memahami.(lega). Kalau tak memang aku kena belajar la cara solat sambil gendong anak. Hihi...
Bila tengok anak membesar depan mata, aku rasa sebak sangat. Yela, siapa sangka kita sempat lalui moment macam ni kan. Full time mommy bukan la perkara yang mudah pada aku. Aku respect mak aku yang ada 6 orang anak dan dia mampu jaga tanpa bantuan maid. Aku yang sorang ni pun lelah mengah semua.
Tahun ni insyaallah kalau sempat merasa, umur aku bakal masuk 27 tahun. Sekejap sangat masa berlalu. Bulan depan Arjuna insyaallah masuk setahun. Makin besar tanggungjawab lepas ni. Hope aku and husband mampu membesarkan Arjuna dengan baik. Bila tengok dia tidur kat sebelah ni, tak tahu la nak cerita macam mana. (Sebak)
Tuan kecik da bangun. Bye !!!

Labels:
Arjuna
Friday, January 16, 2015
Berhijrah ke Utara
Salam Jumaat...
Hari ni Kedah cuti, tetapi laki aku tak cuti. So, tinggal la aku dan Arjuna di rumah. Kalau kira hari ni, hampir 17 hari kami menetap di rumah baru.
Kuala Kedah. Tempat baru keluarga kecil aku. 17 hari disini, sangat mencabar bagi aku. Seminggu yang pertama, rumah aku dikunjungi adik beradik dari belah laki aku yang amik peluang datang ziarah memandangkan mak metua aku pon ada sekali. Alang-alang la kan. Then selepas seminggu berlalu, Arjuna pula demam. Mungkin demam pindah tempat baru, demam rindu, demam bertukar bulan dan paling ketara, demam sebab dua-dua gigi taring giat membuahkan hasil.
First time selama aku lahirkan Arjuna, ini la time dimana aku hilang pedoman sikit. Hihi. Yela, selama 11 bulan dia ada kat bumi Allah ni, tak pernah lagi dia demam yang teruk. Stakat demam manja adalah. Dan selama dia duduk bumi Allah ni, ini la first time dia batuk. Dan paling teruk sekali, Arjuna kena jangkitan 3 beradik yang aku tak sangka. Dari demam, ke selsema dan trus ke batuk. (Nages)
Allah je yang tahu aku punya perasaan. Aku dah cuba cara traditional unuk rawat dia. Tapi tak jadi. Terpaksa pergi klinik.amik ubat. Demam 3 hari dah gone. Sambung pula selsema.Ter 'srettt' 'sreett' hidung penuh hingus. Kesian gila. Kami sedut pon ak jdi apa. Siang hari aku takda peluang langsung nak buat keje. Melepek je kat aku. Pantang jauh, habis menanges macam kena pukul.( tekanan)
Bila batuk datang, dia package dengan kahak sebab selsema tak habis lagi. Allah.. time tu Allah je tahu aku punya tekanan perasaan. Biasa la. Aku bukan orang yang mudah sakit. Bila ada anak, sakit macam ni, aku jadi tak reti nak buat apa. Sejak anak aku sakit ni, aku keep whatsup adik beradik aku minta tips apa yang patut. Nasib membantu.
Malam hari, Arjuna masih tak dapat tidur lena sampai la hari ni. Bayangkan, bila dia mengamuk, dia nak tidur atas aku. Satu malam tu memang banyak kali la kene alih dia atas aku. Bila da selesa sikit, alih ke atas katil balik. Bukan aku taknak dia tidur lama atas aku, aku takut dia terbiasa, lagi parah aku.
So, pindah disini masih belum bagi aku moment yang happening lagi. Otak masih penat fiirkan Arjuna yang masih lagi tak fully recover. Pada aku, selagi batuk dia tak habis, selagi tidur malam dia terganggu. Dia masih lagi tak sihat.
Bila jadi macam ni, otak negatif aku kata yang tempat ni masih tak dapat terima kami sepenuhnya. Otak positif aku, Allah nak uji aku and family kecil aku. Mungkin Allah nak aku jadi kuat sebab disini sangat lain suasana dia. Aku pon sampai sekarang masih lagi usaha nak terima keadaan suasana disini. Mungkin au terlalu sibuk hal Arjuna sampai aku malas amik tahu hal jiran tetangga. Nanti la ye jiran-jiran sebelah. Bila Arjuna da okay, aku beramah mesra la ngan hampa semua. (Hope)
Doa aku sekarang ni, just nak Arjuna aku yang biasa. Yang suka sakat aku, yang suka buat sepah rumah, yang berdikari, yang pandai amik hati, yang sentiasa memahami mama papa dia. Ya Allah, sembuhkan lah Arjuna. Amin.
Monday, September 15, 2014
Alahan Time Pregnant
Setiap orang yang pregnant ni, macam-macam ragam dia. Alahan pon sama. Tak semua orang dapat alahan yang sama, tak semua orang dapat alahan yang teruk dan tak semua orang yang tak langsung kena alahan. It's depend.
Aku.
Alahan okay-okay saja. Takda la teruk sangat. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Mungkin aku dapat tahu time Ramadhan kan. So, Allah bagi kemudahan la kot. Aku trimester pertama, alahan aku sekadar pening-pening lalat. Then tak boleh nak bau dapur. Asal lalu je, kepala pusing, asal lalu je, rasa nak muntah. Then, aku tak boleh gosok gigi, asal gosok je rase nak muntah. Hihi...Tapi okay la, takda la teruk sangat. Yang paling penting, walaupun puasa, aku sikit pon takda rasa penat. Thanks anak mama sebab memahami. Huhu..
Aku awal-awal pregnant memang takda muntah-muntah. Aku pelik juga la. Sebab most of member-member aku dapat morning sickness. Aku takda d3ngan jayanya sehingga pregnant masuk 6 bulan. Haaaa, time tu baru aku rasa apa itu muntah kuning. Muntah tu aku panggil muntah kuning sebab dia warna kuning. Haaaa, jijik tak? Hahaahha... Yang penting sekali, kita tak payah susah-susah nak keluarkan muntah tu, sebab nya, muntah kuning ni dia hebat. Automatik dia akan tolak dari perut ke dada, kemudian ke tekak dan akhir sekali keluarlah ia dengan bersungguh-sungguh tanpa bantuan aku. Seriously okay!!! Fuhhh... seksa sekejap. Tapi Alhamdulillah la, aku muntah tu kadang-kadang sebulan sekali. Dan kadang-kadang 2 kali sebulan. So, maknanya aku merasa muntah tu juga la. Hihihi...
So, itu saja la alahan aku. Yang banyak nye cuma mengidam je, memanjang teringin makan tu ini. Hahahaha. Kadang-kadang tak mengidam pon mintak macam-macam jugak, amik kesempatan kan time pregnant ni. Bukan selalu. Pengakhirannya, membawa badan la aku. Dengan baby dalam perut dan lemak dalam badan. Hahahaha.. teruk-teruk.
So korang, time-time pregnant ni, enjoyla alahan dan apa saja yang mendatang. Best. Perit. Penat. Tapi tak serik. Sebab bukan selalu dapat rasa.
Nanti continue cerita lain pulak ye.
Sekian.

alahan,
Arjuna,
morning sickness,
pregnancy
Thursday, August 7, 2014
Page Berhabuk
Woo..lama sangat laaaaa tak menulis dekat sini. Lama sangat. Sampai dah ada anak sorang dah! Siap dah 6 bulan dah anak ni.. huhuhu...
Ni pon saja nak jengah balik blog ni.. rindu nak menulis, rindu nak syok sendiri. Husband bagi green light syok sendiri kat sini. So aku apa lagi kan..hihihi...
Okayla.. banyak sebenarnya cerita nak share.. sat g aku sambung...
Kisah...
♥pregnant
♥beranak
♥jaga anak
Banyak lagi la..hehehe..
Selamat bersua kembali...
Subscribe to:
Posts (Atom)