Thursday, June 7, 2012

Perginya Seorang Embah..

4 Jun 2012, 7:30am.. satu-satunya embah aku yang tinggal sudah meninggalkan aku.. =(  .. Aku nak kata rapat, agak rapat time kecik-kecik dulu, selalu lepak umah embah aku ngan sepupu sepapat aku.. Bila dah besar ni je jarang jumpa. Last aku jumpa sebulan yang lepas dengan family aku. Itu pon dia dah sakit tak boleh nak berjalan sangat. Dan moment yang aku tak kan lupa bila dia tanya, " mimi buat apa sekarang?" aku jawabla.. "dah kerja kat Putrajaya" .. Dia dengan tak berapa larat dan tak berapa nampak tu hulur tangan  kat aku cakap" tahniah..tahniah... kerjo elok-elok, kerjo sungguh-sungguh.." . Dan aku tak sangka itu last words yang aku dapat dengar dari dia ='( .. Last week dia mula sakit.. aku tak dapat pergi sebab aku kerja and memang aku pikir nak pergi weekend. Then dengar-dengar cerita embah aku nak kena transfer ke Raub.. then aku balik Raub alang-alang boley tengok parents aku sekali kan. Tapi rupa-rupanya embah tak jadi di transfer. Aku pon pikir macam nak pergi dalam minggu ni. Tapi.. sesampainya aku di Office hari Isnin tu, apak and mak aku kol, cakap " Embah dah  meninggal tadi .."  

.....................................................

Time tu tak sedih pon lagi, tapi bila dah gelabah-gelabah nak kemas beg nak kena naik bas balik ke umah cepat-cepat.. time tu la bergenang air mata. Tiba-tiba time tu laaa keluar semua memori aku ngan embah. Teringat time dia jaga aku time mak aku takde p Haji dulu. Teringat kenangan kat kampung. Teringat semua. RALAT sangat bila tak dapat tengok dia time sakit. Sangat Ralat. Tapi aku sabar hati aku ni. 

Dah dalam perjalanan ke kampung, rupa-rupanya baru aku tahu, jenazah embah dah dikebumikan.. Makin luluh hati aku. Ni la padah nya pada aku agaknya. Putrajaya ngan Klang bukan jauh pon. Kenapa la aku tak pergi lawat dia time dia sakit tu. Bodoh aku ni. Tapi apakan daya. Itulah takdir aku. Aku berharap dapat ciom dia sebelum dia dikebumikan. Tapi tu pon tak tercapai. Sedih dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi aku tahan.

Sesampai di tanah perkuburan, time tu dah baca-baca doa dah. aku duduk jauhhhh dari tempat pengebumian. Tak sanggup rasa hati. Time tu sebak je dada. Nak nangis tak mampu dah. Sebab ralat yang teramat sangat. Aku cari-cari mak aku and apak aku. Diorang ada kat depan tu. Dah habis doa. AKu pergi kat mak aku. Aku salam dengan mana-mana yang sempat je. Aku tengok je orang siram tanah embah aku. Aku nak pergi tapi aku taknak. Sebab aku takot aku tak mampu kawal perasaan. Aku act seperti takde ape-ape berlaku. Teruk kan aku? 

Then aku beransur pulang.. 

Ralat, tetap ada sampai sekarang. Tapi aku hanya mampu berdoa je la supaya segalanya selamat dan embah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah. 



0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..