Alkisah.. dah dalam 4 hari juga aku menjadi tutor kepada seorang bakal pekerja di dalam office aku ni. Umor nya dalam lingkungan 40-an, dimana aku harus memberikan balik memori lama beliau keatas basic Microsoft Office dan segala mak datuk function di dalam office ni. Sesiapa yang mengenali diri aku, mesti tahu aku ni macamana.. Sungguh la kurang sabar orangnya. Ni kira bagusla aku sabar lebih dari dua hari. Tapi now, aku memang dah hilang sabar.. Hari-hari aku mengajar menda sama, TETAPI!!!! dia lupa hari-hari. Apa kesss toooqqq.. Aku nak nanges!!! Yang aku baru ajar tak sampai seminit pon dia boleh lupa. Haaaaaaaaaa.. nak guling-guling ni haaaa.... Aku fikir dia dah berumur je aku ni sabar dan boleh kawal perkataan aku. Dalam sabar-sabar tu pon, kadang-kadang terkeluar juga nada yang agak kearah sinis menyampah.. tapi nak wat camne kan. Aku memang bercita-cita nak jadi pegawai Human Resource yang berjaya, tetapi kenapa takda pekerja yang usia setara ngan aku yang patut dilatih. ='( oohh... tersiksanya dakuu... Kalau umur macam-macam aku dok buat perangai macam ni, mahu aku bantai dah.. nasiblah ni mak orang, aku masih waras.Fuh.
*dia balik umah agak-agak dia telan semut ke??
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..