Sesiapa pernah dengar dengan mitos menyatakan, jika kita ada masalah, kita kena gunting rambut.! Haaa. Pernah dengar? Aku memang pernah dengar. Sebab tu, kalau aku ada problem ke, aku stress ke, mangsa pertama aku adalah, rambut! Tak kira la aku nak potong sikit ke, potong banyak ke atau apa sahaja dengan nya. So, semalam ada lah melayangnya sisipan di pintu rumah aku. So, aku tengok la ape kebenda nya kan. Muslimah Hair Saloon. Cut.Wash.Blow. RM 28 .!
OKEY!!! INTERESTING!!!
Aku apa lagi, dek kerana jiwa agak kacau dengan sekeliling, aku pon tekad nak gunting rambut.Fuh.Nekad.Nekad! bukan Naked! =_=' . Kalau ikot hati, aku malas nak potong rambut, sebab dah panjang giler sampai tanah(silapercaya), tapi disebabkan panjang sampai ke tanah ni la, aku jadi tak boleh tidur, tak selesa dengan cuaca, dan blablabla..Dan sebelom maghrib tadi, aku search la hair cut yang comei-comei buat muka bulat macam saya ni kan. So cari punya cari.. YES!!
Terus pergi ke kedai, tiba-tiba disambut oleh kakak yang agak bengis. SO, dah lama sikit keluar akak yang molek.. dia la tukang dandan aku. Nasib aku tak dapat yang bengis tu. Fuh. Aku sebenarnya bersyukur sebab selalunya aku ke kedai gunting rambut, aku selalu dapat orang yang betul-betul dapat hasilkan rambut yang seperti aku nak. Aku pon tunjuk kat kakak tu gambar rambut yang aku nak. Dia kata..SET! .. Fuh.. Nasib dia tak kisah. ahhaha.
Gunting punya gunting, basuh punya basuh, urut punya urut, blow punya blow, akhirnya siap.. '\(^_^)/'. Akhirnya style rambut aku yang diidamkan pon tercapai..!!
Kepala ringan!! Stress berkurang!! Muka nampak lagi muda(tipu)!! Ohh.. Indahnya!! hahaha
*salah satu sebab mengapa orang memotong rambut dikala stress or seangkatan dengan nya adalah, kerana selepas kita gunting rambut,muka kita akan berubah. Kan? So, muka kita yang kita nampak time stress tu sudah tiada. Macam aku la, time mengahadapi stress yang melampau, rambut aku panjang kan. So, aku amik keputusan drastik potong sependek-pendeknya bagi menghilangkan wajah stress yang mengdilemakan aku tu. Fuh.! Berjaya 88%. =)
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..