Monday, June 18, 2012

Mereka Kembali Ke Pangkal Jalan..

Ohhh.. Selamat pukul 11 Pagi semua! .. Apa cerit akorang hari Isnin yang indah ni??  So, now aku nak review cerita yang aku baruuuu tengok semalam. Jalan Kembali Bohsia 2. Seperti sedia maklum, jika Shamsul Yusuf yang mengarah, memang jarang yang mengecewakan kan. Sebab tu aku berani tengok walaupun dah banyak kali dikencing oleh cerita melayu yang syok sendiri sebelum ni. Tapi seriusly, kalau cerita Shamsul Yusuf, memang aku tak pernah fikir dua kali. Hahaha. Dulu, time Khurafat keluar pon, aku and kawan-kawan ramai-ramai p tengok wayang. See! Apa saja cerita dia, memang tak rugi bayar RM10.. hehe..

Sebelum ni Bohsia 1, memang best kan. So,a ku dengan tanpa pikir panjang, memang nak tengok Bohsia 2 sebab trailer macam best. So, p la tengok semalam. Okay! Tak rugi tengok! Cuma pada aku kalau dipanjangkan lagi waktu siaran tu, mesti banyak menda menarik dia boleh selit kan. Sebab tak puas tengok cerita ni tau.. Semua element dia masukkan, aksi, kelakar, ketuhanan dan macam-macam la. Shamsul pandai main emosi penonton untuk mana-mana cerita dia. 
Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2

Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
Penampilan baru seperti Zizan, Sofi Jikan dan Makcik apa tah dalam ni.. hehe.. memang menjadi okay. Zizan yang super lawak! Sofi yang super gila! Dan makcik yang super gengster! Babak yang buat aku ngilu adalah...
Babak filem Jalan Kembali Bohsia 2
Babak ni.. Perrgghh.. satu panggung diam tau. Sebab babak ni dimana, si Salina Saibi ni kene rodok dengan berus jamban kat tuuttt dia. Fuuhh!!! NGERI!!! Makcik ni memang gengster legend!! hahaha.. Dan senang cerita, dari awal sampai akhir cerita ni, memang best! Takde masa nak lelap sekejap pon sebab rasa semuanya menarik. Sapa rasa nak tengok jangan segan-segan dan jangan pikir dua kali. Sebab memang best! 

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..