Tuesday, June 12, 2012

Kenapa Mereka Begitu..

Kenapa sekarang budak-budak remaja pompuan terutamanya,,, suka sangat letak gambar pakai  lens  color-color dan besar-besarkan mata???? Macam gambor di bawah ni. Hehehe..
Haaa..tapi gambar aku ni aku edit je. Sebab aku tak retilah nak dandan mata aku jadi macam ni kan.. Haa. Berabalik ke cerita asal. Kenapa ye mereka suka buat muka bajet kembung-kembung pipi lepas tu besar-besarkan mata, pakai lens dan bermulut itik.! Hahaha. Rimas aku tengok  nyee. Cer tunjuk gambar sebenar. Kan ke cantikk.. Ni tak, aku  nengok.. habis semua album gambor cenggini. Hahaha. Maybe mereka-mereka terlalu K-Pop kot kan.. Sungguh besar pengaruh K-Pop ni di negara ni kan. Rosak.. =p .. Tang pakai lens la aku paling geli perut. Mana tak nyaa. awak tu Melayu, kulit itam manis, tapi nak pakai lens biru.. Padayappa betol la kann. Muka lak melayu tulin. lagiii laaaaa.Cer tengok macam aku.. biar natural.. calit sikit-sikit sudah.. baru la nampak kite yang sebenar. Baru la orang tak tertipu di sebalik muka ala-ala Barbie doll korang tu kann. Bukan apa, ni kan ciptaan Tuhan. Dah Tuhan kasi mata kaler itam.. itam la dia.. dah tuhan bagi mata sepet.. sepet la dia.. dah Tuhan kasi pipi cengkung.. cengkung la dia.. kann.. hahahaha... 

Yang makin rimas bila, ada caption gambor tu mcm ni.. " ni muka cedihhh kiteeww.. tak pakai makeup powwn.." . Tapi kat mata ade celak tebal. Hahahaha. Budak-budak sekarang. Dahagakan sungguh puji-pujian dari semua orang. Bukan dapat apa pon dek. Dapat tambah dosa lagi ada. haahaha..Yela kan. Bila dia buat caption cmtu, nanti ade la yang comment " ehh.. tak mekap ke.. cantik nye awak yeww,, cute jewww.."' .. pompuan memang suka kalau orang puji comel-comel kan... Sapa tak suka tu TIPUUUU BESAR. Then nanti budak pompuan tu pon kata la.. " eehh.. mana adeeww, mukeew kiteww biaseww-biaseww jeeww, tak comel powwnn"... =_='

Geli kan? Hahha.... Suka jual muka kat orang ramai. Hahaha. Tau la awak sorang jewww mampu beli lens kaler biru tuww.. hahah.So, nasihat saya kepada adik-adik di luar sana.. nak bergaya boleh, nak bermekap boleh. But please besederhana. Toksahlaaaaaaah seronok sangat jual muka kat FB tu.. Kalau cantik betul takpa jugak. Cantik mekap tebal buat apa kann.. kan.. hehehe.. Cuba jadi macam akak nii..
Nampak? sikit-sikit sudah.. Tuhan dah create comel dah muka kita kan.. Cuma kene pandai jaga je la. Gambar ni la aku guna untuk edit jadi seperti gambar di atas. Hahaha. Caya tak aku edit?? Elmieah kannn.. hehehehe.. 
*semua orang nak tiru muka kiteww yang cute nii.. hurrmmm..