Thursday, April 5, 2012

Seperti Biasa

Post aku mesti bosan. Hahaha. Okeh, apa kabar semua... Aku hari ni ada dua cerita pendek. Tak tau la ia boleh dikategorikan sebagai cerita atau pun sampah. Haaa gitu. 

Cerita Pertama:

Semalam aku balik rumah aku naik bas.. Bas No.500 menghala ke Putrajaya Sentral. Aku mula-mula melangkah ke tangga, aku dah tak suka dengan drebar bas ni. Aku bukan kata semua orang kena suka aku. Aku cuma kata, aku tak suka drebar bas ni jee. Okay. Toksah panjang cerita. Aku dah agak drebar bas ni someting. So, dalam perjalanan, berhentilah di destinasi Kompleks A tak silap, ada seorang kakak yang muulussss kulitnya datang ke pintu bas dan bertanya.. " Pergi 14 tak??" .. Lepas tu dengan selambanyaa, drebar tu buat tak tau. Kalau nak kata drebar tu tak dengar, TIPUU BESAR. Sebab aku dengar sangat jelas dan sungguh kuat akak tu cakap. drebar tu lama tunggu, akak tu ulang banyak kali. Drebar tu tak pandang pon. Pastu dengan selamber badak, drebar tu jalan dan tutup pintu. SUNGGUH KURANG HAJAR! Aku nampak muka drebar tu kat cermin, aku pandang slek kan dia. Dia perasan, pastu dia bawak bas sambil geleng kepala, bajet akak tu nampak keeee kalau ko geleng kepala sekarang?? BINGAI. 

Yang aku tau, ni drebar bas baru, sebab langsung tak pernah tengok dia bawak. Orang kalau baru-baru ni, mana nak tunjuk otai. At least cakapla "tak"  ke, " sentral" ke, "geleng time tu" ke .. ape ke biadap sangat. Terok la orang macam tu. Muka tak kacak pon, makin tak kacak aku tengok bila dia buat camtu. Berlagak samseng. Sumpah aku berdebar-debar tahan marah semalam. Sebab selama ni, takde la berlaku depan aku, drebar kurang ajar macam ni, buat tak tau, blah, tutup pintu. Kakak tu terkejut je aku tengok. Mesti dia dendam dengan orang tu lepas ni. Sedangkan orang-orang lama pon, pandai hormat penumpang, ni yang baruuu ni pulak yang kurang hajar. Sekali lagi aku nampak dia buat macam tu, aku report Perbadanan. Huh.

Cerita Kedua:

Sekarang ni aku agak 'bizi' sebab keje lagi, dating lagi, tidur lagi, main game lagi.. hAaaaa.. banyak tak kebizi an aku tu. So, dalam bizi-bizi aku ni la kan, aku mampu lagi kemas rumah! Aku takde pulak manjakan diri aku, dek kerana tak melekat kat umah, so tak payah kemas umah. Haaaa.. Paham ayat aku? Tak paham ye, heheh. Baguuss. sebab aku pon tak paham.. -_____-' .. Makne aku adalah, aku ni pon kerja, balik kerja, dah nak dekat Magrib, duduk lepak-lepak, bontot tak panas, dahh kene keluar dating. Hahahaha. Macam berat je dating tu kan. So, balik dah malam, nak tidur. Nampak kan di situ aku bizi?? TETAPIIIII , dalam bizi aku tak letak bontot kat rumah, aku masih mampu curi waktu kemas rumah. Sampai siap dengan package, menyapu, mengemop, memberus bilik air. Ha! .. 

Aku pelik dengan orang yang dok rumah tapi tak nak kemas rumah. Aku pelik. Kalau dah duduk rumah sewa. Kemas la rumah tu sekali. Jangan la terlalu angkuh kemas bilik sendiri je. Jangan terlalu mengharapkan orang lain jadi bibik. Kalau semua orang nak kemas bilik sendiri je, memang la rumah tu jadi rumah sampah sedunia! .. Begituuuu... Orang yang ada ank ponnnn ada masa sapu rumah.. Ni kan lagii yang tak beranak. Saya pelik. Saye pelik. Ni bilik air berkarat lagi,dan lagi, dan kompem orang yang sama juga akan meggarasnya lagi dan lagi. Pantang betol la aku tengok bilik air berkarat.

Kalau la ada juga yang tak mahu berubah, aku doalaaaaa, in future ada family sendiri, jangan la dia buat macam tu, huduh benar perangai. Ni aku nasihat diri aku juga la nii.. Jadikan pengajaran. Hurmm.. Betul la orang kata, kalau menda-menda macam ni tak dipupuk dari sekarang, macam-macam boleh berlaku in future.. 

*kisah benar di suratkhabar: pasangan suami isteri nyaris bercerai dek kerana si suami tak tahan dengan perangai si isteri yang tidak kemas rumah dan tidak menyediakan makanan pabila dia pulang dari kerja. Si isteri hanya surirumah, 8jam dirumah hanya duduk sahaja tanpa mengusik kerja rumah langsung.. 

Kalau rasa menda kecik seperti kemas rumah ni tak jadi hal kan korang, korang silapp ye perempuan-perempuan, lelaki ni walaupun ada yang suka sepah-sepah barang semua, tetapi.. dia MEMANG mengharapkan korang dan aku juga yang perempuan-perempuan ni, untuk mengemas dan meringankan beban mata dari kesepahan itu.. Ada paham?

Haaa.. ini sahaja cerita pendek aku nak sampaikan. Pendek kan? Pendek la tuu.. Asal ada input.. Dah.. Nak buat kerja ni.. Ngantuk okay.. #_#

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..