Dalam pukol 4 lebih ke pukul 5 petang tadi, time aku syok-syok baru mengadap makanan istimewa buatan aku sendiri iaitu sandwich beger daging cheese telor! Cissss! Ubat tambah lemak je kan tu... Haaaa. Sambung cerita, aku dapat rasa kehuyung hayangan.. aku pikir aku tengah penin-penin ke tadi, aku bukak la pintu umah, tengok ade mende yang luar biasa tak, still tak jumpa, tapi still rasa huyung hayang, tengok air dalam cawan, agak huyung hayang gak, dahhh nampak bukti dah.. tak puas ati lagi, aku amik telur sebijik, letak atas meja, dan bukti kukuh!! telur tu huyung hayang gak.! Ape jadi?????
Aku yang bijak lagi cendiakawan ni pon, buka la FB, haaaaa...kata berita hujung jari kan, ape kes buka FB kan?? hahaha. Sebab FB je orang update status every second.! So, time log in je, nampak status kawan pasal gegar! Sah.. tiba-tiba teringat 2 3 tahun lepas, time aku kat Shah Alam, time syok-syok lepak dalam bilik, aku rasa huyung hayang, yang ni power punya huyung hayang, aku keluar bilik, tengok botol atas TV dah jatuh, TV pon tunggu waktu nak jatoh, cepat2 lari kat TV, then panggil kawan-kawan, tanya diorang rasa tak gegar.. Fuuhh!! Time tu jantung tak yah cerita la kann.. Nak tercabut rasa.
So, tadi aku dapat tau, ade gegaran gempa bumi sebanyak 8.9 skala ritcher dekat Acheh dan juga amaran Tsunami. Ooo... patotla gegar semacam, aku doakan Acheh baik-baik la hendaknya. Ni tadi baruu rasa lagi gegaran, dalam pukol 6 lebih ni, aduuuuu... risau .. dah la duduk sorang-sorang.. Harap-harap malam ni aman dan tiada lagi gegaran. Amin..
Hanya Doakan Sejahteraan Bumi Allah ni.. =) |
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..