Tuesday, April 10, 2012

Kurang Gemar

Aku baru je lepas siapkan task dari bos aku. So, time to gedik-gedik with FB,aku pon jengah la gambor Nora Danish and the geng.. As all know, Nora Danish memang la seksi kan.. Nak wat cmne. Dah dia dilahirkan macam tu. Okay, bukan nak cerita pasal Nora Danish sebenarnya, aku nak cerita pasal kekurang gemaran aku terhadap teguran rakyat jelata terhadap industri hiburan dunia. Haaaa.. Macam serius je tajuk cerita dia.. Padahal.. TIDAK.. hehehe.. 


Bukan apa, aku dah lama dah perhati kan certain thing ni. Setiap kali artis post gambar, mesti adaaa je negative comment dari haters. Fiueewww... adala haters tapi dia like page tu.. Fieeuuwww lagi. Hahaha..


Apa aku nak cerita? Tak panjang pon cerita tu, aku just tak suka bila orang comment sesuka hati mulut busuk dia. Okay konon kata sotuasi dia cmni:


1) Nora Danish post gambar pakai baju dedah bahu.
   - haters/mulut busuk memberi komen, " cantik awak ni, ingat kan CRISTIAN, rupanya Islam. 


Nampak tak?? Pada aku, agak la kurang sopan cakap macam tu, agama merupakan isu sensitif. Janganla menilai orang dengan macam tu sekali. Aku bukan apa, memang dia salah pakai baju dedah bahu, tapi kalau betul nak nasihat, tak perlu la macam tu. Geleng kepala aku baca. Lagila yang comment tu pon kalau betol ISLAM sangat, takdenye kau nak CUKUR KENING kan. See, mulut busuk mana perasan dia mulut busuk kan. Ada lagi yang dulu punya isu,


2) AJL bertembung dengan Ceramah Ustaz Azhar Idrus.
   - Time tu memang dasyat haters and fans semua. Tak kirala untuk UAI ataupun AJL. Perggh.. Itu lagi buat       geleng badan aku. Hahaha. Haters AJL kata " Jatuh hukum haram kalau korang tengok AJL dan tak tengok Ceramah UAI"


Siapa awak nak cakap haram halal. Tak kisahla nak tengok yang mana. Habis yang korang duduk buka Fb dan tengok page AJL tu buat ape? Pergilah tengok ceramah UAI tu. Dah kata ada streaming kan, so, kalau la  kami tengok kedua-duanya, apa hukum pulak?? DOSA 50% PAHALA 50%? gitu? Fieeuuww.. Siap cakap pasal solat Maghrib la apa laa.. Padahal dia dok sibuk mengkomen dari atas sampaiii bawah. Habis, awak tu solat Maghrib tak? Seee.. 2 X 5 je kan. Mereka ni suka malukan sesama umat je. 


Konklusinya, nak nasihat, nak tegur, nak memberi pandanga, BOLEH. Tetapi, BIARLAH KENA PADA KEADAAN, DAN LIHAT DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK MEMPERBAIKI KELEMAHAN ORANG LAIN.


*Aku tak kata aku jahil or baik sangat. Aku cuma annoy dengan orang yang dia sendiri pon pakai ketat mcm nangka lepas tu nak cerita pasal halal haram berpakaian. So, awak pon Kristian la kan... Urrmm.. Kakak-kakak, makcik-makcik di luar sana, jagalah mulut tu, gunakan FB sebagai tempat yang elok, tak suruh jadi alim, cuma, sebelum cakap kat orang, tengok baju kat diri sendiri dulu.. MEMALUKAN DAN MELOYAKAN. Bye.


Tido Lagi Baik. Kroooogghhh...