Sunday, October 9, 2011

Dek Kerana Taksub Sama Superman

Tak pelik jika ada sahaja manusia yang suka mengikut apa sahaja yang bersamaan dengan artis pujaan nya. Hurm.. Macam contoh terdekat, ramai yang nak jadi Siti Nurhaliza, Makanya termuncullah suara-suara merdu bak TAHI.. dan tak kurang juga nak follow dia punya fashion yang tudung terbuka tu. Haa.. Nampak disitu kan? Tapi korang pernah dengar lagi tak yang ada kalangan peminat fanatik ni sanggup buat plastic surgery semata-mata mahu menyerupai superhero kesayangan nya? Jawapannya .. ADA...

Jejaka kacak + comel dari Filiphina ni, salah seorang yang sanggup membuat pembedahan plastik bagi menyerupai Superhero Kegemaran, Superman.Dia menjalani beberapa peringkat pembedahan di bahagian hidung, dagu, bibir, dan peha.




Ini lah jejaka yang sungguh fanatik dengan Superman. Dan bagaimana dia kelihatan selepas dapat menyerupai superhero kegemarannya??? Jum cekidauuutttt...

Weekend Itu Masih Tak Cukup

Sometime orang bertanya, "apa kau buat kat rumah weekend-weekend selalu?"

Aku hanya mampu menjawab, " aku dok umah, tidur puas-puas, relax kan badan dan kemas rumah. "

Mesti orang fikir aku takde life kan?Hahah ... Ini lah hidup sebagai mimi.. Hidup aku hanya ada family, En Sepet, laptop dan kawan. Kalu semua tu takde dekat ngan aku, aku prefer pilih laptop la kan.. Yelaa, family jauh.. En Sepet jauhh.. Kawan ..... hermm .. jauh juga.. So, how? Laptop je tak reti nak jauh dari aku .. Ai Love U lebih la Laptop ku!. iwiwiwiw

Kalau la korang nak tahu, aku punya hobi adalah kemas rumah! Haaa.. Dun see my face okay .. Hahaha .. Muka pecah takpa, asal pembersih okay. Haaa.. Thay why aku sayang nak habiskan masa weekend aku kat luar. Kalau tujuan tu berbaloi, aku akan keluarla. Tapi kalau rasa agak kurang berbalaoi, aku takkan keluar. Aku lebih prefer duduk rumah dan kemas rumah sambil layan internet. Haa.. Time ni je la aku boleh layan sepuas-puasnya. Biaq p la orang nak kata aku takdak life pun. Lagipun, sejak duduk berdikari, aku kena pandai budget duit. Nak taknak cover la kan. Aku taknak la bazir over limit..

Aku ni tengok je serabut sengal, tapi bab kebersihan kekemasan rumah, aku sunggguh jaga. Tak kira lah rumah mak pak aku ka, rumah sewa aku ka, aku memang jaga. Hurm .. Aku tak kisah kalau orang lain tak mahu amik kisah pasal kebersihan rumah, Tapi pada aku, aku ada tanggungjawab kasi tempat aku guling-guling ni bersih.! Even aku kemas seminggu sekali! Haaa... Sekali kemas.. kasi licin semua .. Bagus dak?? Ada sesiapa yang nak jadikan menantu?? Hahaha .. Kompem taknak kan.. Kalau jadikan hantu mesti ramai yang nak kan.. hemmm...

So, kepada sesiapa diluar yang nak ajak aku keluar, dun worry, kalau tak menjadi keberatan aku akan keluar.. Tapi kalau mood aku tak hingin nak keluar.. Aku minta maaf sesangat la. Aku memang bukan jenis keluar sangat kalau weekend. Soooo Bored Life Loo.. Hehhe ..
b
Tape la..Myabe pada korang hidup aku sungguh bosan..Tapi pada aku.. Aku sungguh enjoy.. Sebab time-time macam ni la digunakan untuk menabahkan ilmu.. Ilmu apa?? Ilmu Memasak la... hahahah .. Aku ni suka try macam-macam. Jadinya .. time cuti ni la waktu nya kan. Lagi sekali aku tanya..sapa nak amik aku jadikan menantu?? y
Okaylah..Aku nak blah dulu ler.. Im happy now..
n

Bila Yang Kurang Bijak Berbicara

Bila kita dalam golongan kurang cerdik dari segi agama, Silalah jangan mudah-mudah memberi pendapat. Tak semua menda boleh diberi pendapat. Lagi-lagi golongan yang dipandang oleh masyarakat. Wartawan adalah golongan yang bertanggungjawab mengajukan soalan-soalan kepada artis. Sebagai wartawan, rasanya mereka tahu isu sensitif yang perlu dan tak perlu ditanya. Hermm .. Isu HUDUD. Menjadi sangat hangat selain Budget 2012. Isu ini menjadi perbalahan antara penyokong dan pembangkang. Pelbagai spekulasi yang dilemparkan mengenai isu ini. Ada yang sokong ianya dijalankan di Malaysia, ada juga yang tidak sokong. Pada aku, biarlah pemimpin negara yang decide kan saja hal ini, kita sebagai rakyat hanya mampu menunggu apa keputusan seterusnya. Cuma, ada yang aku kurang senang bila, wartawan yang bijak ni, megajukan soalan ini kepada artis. Bukan nak kata artis tu bodoh dalam agama. Cumaaa ... Bak kata Wardina di Facebook nya ..

Gengstah Vs Currypuff

Haaa... title nak TAHII je kan. heheh .. Okay, aku dah lama gileeeee tak tengok movie. Eh, macam tipu lak. Hahaha .. Malam tadi, aku gagah marathon dua movie ( dua ajeeee) iaitu Karipap-Karipap Cinta sama Bini- Bini ku Gengstah .. hahah ..

Nama kedua-dua movie ni tah hape-hape kan. Macam kanak-kanak pula. Hurm ,, Jum lihat apa aku nak comment mengenai kedua-dua movie ni ..
  • Karipap-Karipap Cinta

Cerita ni mula-mula malas nak tengok. Yelaa, pelakon pun aku tak kenal.. Cuma si Gambit tu je la yang aku kenal kan.. Hahaha ...Tengok cover pon macam tak best ... lama gak la aku simpan movie ni dalam laptop. Kasi ada mood baruu la tengok. So, malam tadi takde kerja kan, aku pun roll la movie ni . Agak best juga cerita ni, romantic comedy kot genre die. Heheh .. Aku boleh kasi 3 bintang sajor. Kerana cerita dia biasa sangat. Tiada yang menarik sangat pon. Cuma filem ni berjaya juga la buat aku gelak. Tapi yang agak kureng nye bila banyak sangat penggunaan ayat carutan dan tak sedap didengar didalam ni.. heheh .. apa- apa pun Syabasss .. heheh
  • Bini-Biniku Gengster

Cerita ni buat aku sakit perut plus takot. Haaa... Sila ajak mak pak ye bila tengok cerita ni. Ganas okay. hehehe .. Best la pada aku. Siapa yang kata tak best tu. Memang takda taste. Hehe .. Cerita dia Comedy yang ganas. Haa.. Ada sedikit unsur-unsur 18SX. So, kurang elok sebenarnya budak-budak tengok. Bila scene gaduh tu yang aku suka. Soo real okay. Aku suka. Lagi-lagi si Yana tu. Nampak real gile dia punya fighting tu .. Fuuuyoo.. Congrat pada director kerana berjaya buat filem ni menambat hati saya. Heheh .. 4.5 Star la. hehe ..   

Akhir kata, kedua-dua movie ni berjaya buat aku senyum malam-malam keseorangan. Heheh .. Sebaik la ada menda yang teman aku kan weekend ni .. Thank movie.. =)

Ini Pun Termasuk Dalam Budget 2012 Ke?

Sebenarnya dari minggu lepas aku nak tunjukkan apa yang hangatt sangat dikalangan orang-orang yang ambil tahu mengenai Malaysia ni. Korang tahu tak yang kat Malaysia ni bakal ada Church terbesar di Asia? Korang tahu tak? Kalau tahu, bagus la .. Kalau tak tahu .. Ni aku dah kasi tahu. Hermm .. Aku tak reti nak komen sangat la menda-menda ni .. Nak cakap lebih kang, kata aku racist pula kan. Maka, aku just kasi info je la mengenai Church mewah ni .. Jum Cekidauuuttt..

Dosa Besar Ke Dosa Kecik?

Haa.. Meh nak cerita satu kejadian yang buat aku sentap hari Jumaat baru-baru ni. Ini kisah client kat tempat aku LI ni la. Alkisahnya bermula......

Dalam redup-redup bising budak-budak kat keliling PICC, aku dapat panggilan dari seorang chinese yang tak tahu nak cakap BM sangat and tak tahu nak cakap BI sangat plus pula dia tak dengar ape aku cakap dan aku bertammmmbah tak paaham apa dia cakap. Conversation bermula...

Me : Selamt Petang, PICC ,Hello....
C    : Saya mahu tanya haaa.. is it international convention haaaa?
Me : Ya, sini Putrajaya International Convention Centre
C   : Esok haa.. apaa ituuu ada event kat situ ya??
Me : ??? Hurrmm?? Event apa ye miss...
C   : Ituuu yang K** punya tu.. haaa.. esok yaa??
Me : Ohh.. ye, boleh saya bantu miss?
C   : Boleh saya tahu pasal event tu haa?? Saya tak tahu apa-apa pasal event ni ma..
Me : You tak dapat surat ke ?
C   : Tak dapat.. saya ada minta, tapi aaa mereka kata dah habes surat...
Me : Ohh.. saya tak tahu apa-apa la miss, lagipun kami bukan organizer untuk event ni. Organizer tak brief you apa-apa ke??
C   : Takde ooo.. itu sebab saya mahu kamu tolong.. saya dari jauh oo.. tak tau apa-apa ni..
Me : Hermm .. okay.. hold on please.. hurmm.. okay miss, saya kasi miss number organizer ye. Then you ask her about tomorrow event ye.. Nama dia ***A ... number dia 017-********
C   : oo.. ya?? Okay-okay.. thanks ya... thanks yaa...

Aku pun continue buat quotation dengan kepala penin dengar sura bising budak UniKL nak konvo... Lepas beberapa minit, Miss tu kol balik . Aku tension gak la.. Apa lagi dia nak kan.. Then aku pon layan kan jela..

Saturday, October 8, 2011

Baru Perasan..

Dah seminggu aku biarkan belog aku takde entry baru kan.. Heheh .. Almaklumlah.. Sejak masuk department bizi ni.. Syok melayan call dari client je la kan.. Nak layan Belog?? Asal buka je, terus mata ngantuk.. Nak tak nak , tunggu weekend la, baru segar dan bugar kan.. Hehehe .. Sebenarnye aku nak bercerita pasal weekend lepas punya cerita. Hah!! Punyaaala dah basi berkulat kan cerita nye. hahaha .. Takpe-takpe, layankan je la kan.

Ceritanya bermula bila, weekend lepas mak pak aku datng kesini. Mereka disini atas sebab nak attend kenduri kesyukuran makcik n pakcik aku sebab nak terbang ke Mekah 6hb baru-baru ni. Maaf la acik Mi and acik Amin, Mie balik lambat, that y tak boleh attend kenduri.. Semoga mereka dapat Haji yang mabrur..

Mak Pak Aku .. heheh ...malu-malu kucin lak nak bergambor kan.. '\(^_^)/'

 Haa.. keesokan harinya, iaitu Sabtu 01102011, aku bangun laju-laju sebab nak laju laju jugak ke rumah abang aku kat Klang, dimana menetapnya mak pak aku. hehe .. Then, kasi message sama abang aku yang menyatakan apa plan mereka sebentar lagi, . Then dua saat kemudian abang aku call menyatakan mereka semua akan ambil aku kat Putrajaya. YES!!!! hahah.. Boleh sambung tidoooo... zzZZzzzZZ.. sesampainya mereka kat rumah aku, aku sunggguuuhhh terkejut bilamana half of my family bertandang. 3 kereta okay.. Ai kan VVIP.. hahahah ... Sampai kakak aku yang duduk Pahang tu pon ada.. Waahhh ... Sungguh terharu .. Thanks Kak Yu and Abang Long kerana sampaii juga kat Putrajaya ni. Heheh ..