Sunday, October 9, 2011

Bila Yang Kurang Bijak Berbicara

Bila kita dalam golongan kurang cerdik dari segi agama, Silalah jangan mudah-mudah memberi pendapat. Tak semua menda boleh diberi pendapat. Lagi-lagi golongan yang dipandang oleh masyarakat. Wartawan adalah golongan yang bertanggungjawab mengajukan soalan-soalan kepada artis. Sebagai wartawan, rasanya mereka tahu isu sensitif yang perlu dan tak perlu ditanya. Hermm .. Isu HUDUD. Menjadi sangat hangat selain Budget 2012. Isu ini menjadi perbalahan antara penyokong dan pembangkang. Pelbagai spekulasi yang dilemparkan mengenai isu ini. Ada yang sokong ianya dijalankan di Malaysia, ada juga yang tidak sokong. Pada aku, biarlah pemimpin negara yang decide kan saja hal ini, kita sebagai rakyat hanya mampu menunggu apa keputusan seterusnya. Cuma, ada yang aku kurang senang bila, wartawan yang bijak ni, megajukan soalan ini kepada artis. Bukan nak kata artis tu bodoh dalam agama. Cumaaa ... Bak kata Wardina di Facebook nya ..

Gengstah Vs Currypuff

Haaa... title nak TAHII je kan. heheh .. Okay, aku dah lama gileeeee tak tengok movie. Eh, macam tipu lak. Hahaha .. Malam tadi, aku gagah marathon dua movie ( dua ajeeee) iaitu Karipap-Karipap Cinta sama Bini- Bini ku Gengstah .. hahah ..

Nama kedua-dua movie ni tah hape-hape kan. Macam kanak-kanak pula. Hurm ,, Jum lihat apa aku nak comment mengenai kedua-dua movie ni ..
  • Karipap-Karipap Cinta

Cerita ni mula-mula malas nak tengok. Yelaa, pelakon pun aku tak kenal.. Cuma si Gambit tu je la yang aku kenal kan.. Hahaha ...Tengok cover pon macam tak best ... lama gak la aku simpan movie ni dalam laptop. Kasi ada mood baruu la tengok. So, malam tadi takde kerja kan, aku pun roll la movie ni . Agak best juga cerita ni, romantic comedy kot genre die. Heheh .. Aku boleh kasi 3 bintang sajor. Kerana cerita dia biasa sangat. Tiada yang menarik sangat pon. Cuma filem ni berjaya juga la buat aku gelak. Tapi yang agak kureng nye bila banyak sangat penggunaan ayat carutan dan tak sedap didengar didalam ni.. heheh .. apa- apa pun Syabasss .. heheh
  • Bini-Biniku Gengster

Cerita ni buat aku sakit perut plus takot. Haaa... Sila ajak mak pak ye bila tengok cerita ni. Ganas okay. hehehe .. Best la pada aku. Siapa yang kata tak best tu. Memang takda taste. Hehe .. Cerita dia Comedy yang ganas. Haa.. Ada sedikit unsur-unsur 18SX. So, kurang elok sebenarnya budak-budak tengok. Bila scene gaduh tu yang aku suka. Soo real okay. Aku suka. Lagi-lagi si Yana tu. Nampak real gile dia punya fighting tu .. Fuuuyoo.. Congrat pada director kerana berjaya buat filem ni menambat hati saya. Heheh .. 4.5 Star la. hehe ..   

Akhir kata, kedua-dua movie ni berjaya buat aku senyum malam-malam keseorangan. Heheh .. Sebaik la ada menda yang teman aku kan weekend ni .. Thank movie.. =)

Ini Pun Termasuk Dalam Budget 2012 Ke?

Sebenarnya dari minggu lepas aku nak tunjukkan apa yang hangatt sangat dikalangan orang-orang yang ambil tahu mengenai Malaysia ni. Korang tahu tak yang kat Malaysia ni bakal ada Church terbesar di Asia? Korang tahu tak? Kalau tahu, bagus la .. Kalau tak tahu .. Ni aku dah kasi tahu. Hermm .. Aku tak reti nak komen sangat la menda-menda ni .. Nak cakap lebih kang, kata aku racist pula kan. Maka, aku just kasi info je la mengenai Church mewah ni .. Jum Cekidauuuttt..

Dosa Besar Ke Dosa Kecik?

Haa.. Meh nak cerita satu kejadian yang buat aku sentap hari Jumaat baru-baru ni. Ini kisah client kat tempat aku LI ni la. Alkisahnya bermula......

Dalam redup-redup bising budak-budak kat keliling PICC, aku dapat panggilan dari seorang chinese yang tak tahu nak cakap BM sangat and tak tahu nak cakap BI sangat plus pula dia tak dengar ape aku cakap dan aku bertammmmbah tak paaham apa dia cakap. Conversation bermula...

Me : Selamt Petang, PICC ,Hello....
C    : Saya mahu tanya haaa.. is it international convention haaaa?
Me : Ya, sini Putrajaya International Convention Centre
C   : Esok haa.. apaa ituuu ada event kat situ ya??
Me : ??? Hurrmm?? Event apa ye miss...
C   : Ituuu yang K** punya tu.. haaa.. esok yaa??
Me : Ohh.. ye, boleh saya bantu miss?
C   : Boleh saya tahu pasal event tu haa?? Saya tak tahu apa-apa pasal event ni ma..
Me : You tak dapat surat ke ?
C   : Tak dapat.. saya ada minta, tapi aaa mereka kata dah habes surat...
Me : Ohh.. saya tak tahu apa-apa la miss, lagipun kami bukan organizer untuk event ni. Organizer tak brief you apa-apa ke??
C   : Takde ooo.. itu sebab saya mahu kamu tolong.. saya dari jauh oo.. tak tau apa-apa ni..
Me : Hermm .. okay.. hold on please.. hurmm.. okay miss, saya kasi miss number organizer ye. Then you ask her about tomorrow event ye.. Nama dia ***A ... number dia 017-********
C   : oo.. ya?? Okay-okay.. thanks ya... thanks yaa...

Aku pun continue buat quotation dengan kepala penin dengar sura bising budak UniKL nak konvo... Lepas beberapa minit, Miss tu kol balik . Aku tension gak la.. Apa lagi dia nak kan.. Then aku pon layan kan jela..

Saturday, October 8, 2011

Baru Perasan..

Dah seminggu aku biarkan belog aku takde entry baru kan.. Heheh .. Almaklumlah.. Sejak masuk department bizi ni.. Syok melayan call dari client je la kan.. Nak layan Belog?? Asal buka je, terus mata ngantuk.. Nak tak nak , tunggu weekend la, baru segar dan bugar kan.. Hehehe .. Sebenarnye aku nak bercerita pasal weekend lepas punya cerita. Hah!! Punyaaala dah basi berkulat kan cerita nye. hahaha .. Takpe-takpe, layankan je la kan.

Ceritanya bermula bila, weekend lepas mak pak aku datng kesini. Mereka disini atas sebab nak attend kenduri kesyukuran makcik n pakcik aku sebab nak terbang ke Mekah 6hb baru-baru ni. Maaf la acik Mi and acik Amin, Mie balik lambat, that y tak boleh attend kenduri.. Semoga mereka dapat Haji yang mabrur..

Mak Pak Aku .. heheh ...malu-malu kucin lak nak bergambor kan.. '\(^_^)/'

 Haa.. keesokan harinya, iaitu Sabtu 01102011, aku bangun laju-laju sebab nak laju laju jugak ke rumah abang aku kat Klang, dimana menetapnya mak pak aku. hehe .. Then, kasi message sama abang aku yang menyatakan apa plan mereka sebentar lagi, . Then dua saat kemudian abang aku call menyatakan mereka semua akan ambil aku kat Putrajaya. YES!!!! hahah.. Boleh sambung tidoooo... zzZZzzzZZ.. sesampainya mereka kat rumah aku, aku sunggguuuhhh terkejut bilamana half of my family bertandang. 3 kereta okay.. Ai kan VVIP.. hahahah ... Sampai kakak aku yang duduk Pahang tu pon ada.. Waahhh ... Sungguh terharu .. Thanks Kak Yu and Abang Long kerana sampaii juga kat Putrajaya ni. Heheh ..

Nadi Putra Bus Makin Melampau

Bas Nadi Putra makin melampau pula aku tengok. Okay, now aku betul-betul hangen dengan Nadi Putra. Sebabnya, semalam aku kena tinggal ngan bas. Huh. Aku bukan lambat kat bas stop tau. Ni sebab bas tak sabar nak harung trafiq light hijau tu, then biarkan penumpang terkapai-kapai kat bus stop. APEKEDEHAL nye weyyy...

Bas 600 dan 601 adalah bas yang aku tengok paaaaling malas nak amik penumpang. Nak harap naik PICC?? Jaaaaangan Haarappp okay. Kalau kami tak kata " PICC ye" .. jangan harap la pemandu bas tu nak naik PICC. APEKEDEHAL nye weyy...

Yang aku selalu nampak la kan, bas ni lagi suka kejar trafic light hijau dari ambil penumpang. "Mak tak marah pon awak nak bawak laju bagai rider terhebat.. tapi mak marahh bila awak tak nak amik penumpang semata-mata nak kejar lampu ijoo tuh.. awak paham tak?? " Disebabkan korang, kami selalu masuk kerja lambat. Kami dah tunggu lamaaaaa sangat kat bus stop, then bila 600 dan 601 sampai.. kami tahan la.. then korang lajuuuuuu je kejar lampa ijo. Korang pikir korang bawak bas tu sebab nak buat perlawanan siapa paling banyak harung lampu ijo ke??? Huh! Syiaalll ... %#$%@$%#%

Marah?? Of course la aku marah. Sekali dua aku boleh la nak terima. Aku pelik kenapa bas ke PICC tak banyak. Kenapa dua bas je yang naik? Kenapa tak banyak -banyak yang naik? Buatla bas 701 ke, 301 ke, 200 ke, haaa.. kenapa mesti 600 dan 601 je?? Kenapa banyak sangat bas boleh naik ke Wisma Putra? Naik bertalu-talu pula tuh. Macam la sejuta orang tunggu kat Wisma Putra tu kan? haaaaa... Fuhh.. ~ Saboorr..

Aduan? Aku dah sending aduan kat perbadanan.. Lihat je la ade ke tidak tindakan nye.. Hurmm..

PANAS Sungguh Isu ni...

Semalam siapa tengok Budget 2012?? Haaa... korang rasa semua seronok ke ngan bajet tu?? Haaa.. jawapan nya .. AKU TAK TAHU.! ahahahah.. Aku sebenarnya tak minat nak tahu pasal bajet-bajet ni. Aku bukan apa, apa yang adoo aku terima je la kan. Tapi disebabkan aku Praktikal kat gomen, maka Budget 2012 menjadi isu hangattttt sangat disini. Puuhh~ Macam-macam reaksi aku lihat. Semalam pula, tengah sedap-sedap tunggu bajet depan TV, tup  tup .. ZzzzZzoiiiiiiZIZIiiiizz.. Tv pon tak tayangkan siaran. Haaa.. department IT saja la tu taknak kasi semua orang tengok kan..hahaha ... Lawok lihat reaksi mereka-mereka yang teringin nak tengok. Hahah.. Then , at last proceed la kepada radio Hot Fm.. Pasang kuat-kuat kot. Dah macam tunggu pengishtiharan raya da. Heheh ..Aku?? Buat tak tau je la even speaker ade sebelah aku. Kawan aku beria sungguh mendengarnya.. Takpela, dia jiwa rakyat.. Aku jiwa apekedehal nye.. heheh .. Jum lihat ape budget 2012 yang disampaikan oleh PM kita ye...

Jumlah bajet 2012 – RM232.8 bilion.
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion.
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
  • Peruntukan rancakkan pembangunan - Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
  • Kereta hibrid - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
  • RM1 bilion untuk sekolah - Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. - Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
  • Felda - Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
  • RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
  • Yuran sekolah - Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
  • Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
  • Pencen - 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
  • Kakitangan awam - Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
  • Polis - RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
  • Keluarga tentera - RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
  • Subsidi - Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.           
Korang faham?? Hermm.. aku tak nak paham. Sebab aku malas nak amik tahu selagi aku tak kerja. Hahah.. Boleh?? Tapi janganlah disebabkan budget ni, rakyat bertekak.. Aku tengok kat FB , sini sana dok sokong tak sokong mende budget ni. Aduuhh... Malu ai lihat gaduh-gaduh macam tu. Kalau umur tak matang takpela, ni semua dah matang sangat .. kenapa perlu nak gaduh-gaduh bagai?? Why?? Why?? But the important is.. MELAYUUU JE YANG LEBIH-LEBIH GADUH NI... =_='