Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
isu yang hangat di minggu ini, selepas pengumuman juara lagu baru- baru ini, maka timbulla spekulasi bahawa lagu ini tidak layak menjadi pemenang, hurrmm.okay! jujur- jujurnye aku pon agak terkejut ngan keputusan ni, tapi bila kite dengar betol- betl dan lihat balik liriknya, memang die layak untuk menang. lirik yang puitis, kretip dan innovatif =)) ..sesuai dengan pertandingan ini yang berlandaskan taruhan antara lirik-lirik lagu, dan bukannya pertandingan antara artis-artis. haaa... sila take note! hehe.. okay la! kat luar sane tuh, tak perlula nak emo sangat tentang hal ni, macam korang lak yang bertanding kan, =_='
sebelum saye akhiri syarahan saya ini, ijinkan saya menujukkan sepotong video lagu "TOLONG INGATKAN AKU" ini ye.. wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh ~
dah rezeki diakan, tapi lagu ni lama2 dgr best gak! :)
ReplyDelete