Ini merupakan serba sedikit apa yang ingin diidamkan oleh aku sepanjang 2012. Insyaallah. Kalau ada usaha, tentu ada hasil nya. Ye kan? Jum lihat antara apa yang aku ingin kan sepanjang perjalanan 2012 ni:
Friday, January 6, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Ubat Bosan Korang
Dah petang-petang ni, sura korang ngantuk kan? Lagi-lagi bila kerja korang semua dah siap. Apa mahu buat? Nak balik? Tak boleh..nanti bos potong gaji. Nak makan? Tak boleh.. nanti gemuk. Nak tidur? Tak boleh.. nanti Bos pelangkung kepala. Habes! Nak apa?? Meh ikot aku menghayati lagu-lagu ni bagi membuatkan korang menyegarkan mata mengikut rentak rancak mereka ni. Hehehe. Jum Semua!
Labels:
Lagu
Kadang-Kadang Orang Pandai Pon Ada Bodohnya
Sejak menjak ni, banyak cerita kontroversi yang terpampang di dada akhbar dan laman sosial dan sebagainya. Memandangkan persekolahan baru nak bermula, maka setiap orang hanya mementingkan cerita yang berkaitan pelajaran dan kejayaan anak-anak mereka. Salah satu fobia untuk ibu bapa ini adalah untuk memastikan anak-anak tidak mendapat keputusan semua A di dalam setiap peperiksaan kerana khuatir menjadi seperti Nur Amalina. Hahahahaah!!
Aku baru tahu cerita pasal Nur Amalina ni semalam. Korang tahu siapa Nur Amalina ni? Haaa.. Jom imbas kembali. Nur Amalina merupakan pelajar cemerlang SPM 2007 dulu. Korang tengok gambar di atas, mesti korang ingat kan yang mana? Sebab ini gambar yang membuatkan aku teringat budak ni dulu time dia dapat 17A dalam SPM. Haaa.. Sapa yang tak ingat, suka hati korang la. Hehe. Sekarang dia masih melanjutkan pelajaran nya di salah sebuat universiti di United Kingdom dalam course medic (kenapa medic je yang pandai?)haha..dan di sponsor penuh oleh Bank Negara (kau mampu??). Okay, Kan sekarang hebooh menceritakan tentang budak ni mempamerkan diri dengan imej yang berbeza dari dulu. Dalam erti kata lain, tudung dia dah terbang ke dalam laut. Cuba lihat gambar di bawah:

Kisah Universal
Tuesday, January 3, 2012
Yeay!! Yeay!!!
Esok dah masukk sekolah! Yeay !! Yeay!! Sapa yang sekolah esok? Angkat tangan...! Hahaha.. Bila nampak keseronokan budak-budak sekarang ni membeli belah untuk masuk ke sekolah, aku teringat zaman sekolah dulu, heheh .. Bila first time masuk tadika, aku masih ingat bila aku menangis dalam kelas. Hahaha. Siap sapu hingus dan air mata dengan sapu tangan. Mak aku dah sediakan awal-awal sapu tangan untuk kegunaan aku. Hahaha. Serius aku sedih time mak pak aku tinggalkan aku kat tadika tu. Mana aku kenal orang lain ooii. Yang penting, aku tak la kejar mak pak aku time diorang pergi tu, tu yang aku duduk diam kat tempat sediri sambil esak-esak nangis tutup mulut ngan sapu tangan. So, takde la dengar sangat suara aku tu melainkan teman sebelah aku perasan. Hahaha. Anak bongsu kan, kena la mengada sikit!
So, itu lah pengalam pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah kan. Kenal ngan kawan-kawan, yelaaa.. Sebab sebelum ni main masak-masak ngan jiran-jiran jek, jiran-jiran tu la kawan-kawan aku, jiran-jiran tu la juga bagaikan adik beradik aku, jiran-jiran tu juga la pasukan nakal aku. Hahaha. Serius rindu zaman kanak-kanak kan, macam tak mahu dah dewasa macam sekarang ni, aku lagi suka main-main kat umah jiran, pergi lari sana, lari sini, main masak-masak, main kawin-kawin(ada peranan mak, pak, anak),haaa... Korang pon sama kan? Tipu la kalau tak kan.
Esok bermulalah sesi baru 2012 untuk semua yang masih bersekolah..

Siapa yang baru pertama kali masuk ke sekolah,
SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYERONOKKAN DI ALAM PERMULAAN PERSEKOLAHAN YE ADIK-ADIK SEMUA,
kepada sesiapa yang masuk ke tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5,
SELAMAT BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MENCAPAI KEPUTUSAN YANG MAKSIMUM,
dan kepada semua..
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!
Labels:
Kisah Universal
Mereka Pon Nak Christmas
Walaupun hati tengah panas dek kerana ada manusia yang sangat menyusahkan ni, aku dengan berbaik hati ingin meletakkan entry baru iaitu berkenaan dengan si dia yang cute ni. Heheheh.. Sambutan Christmas baru-baru ni disambut meriah oleh mereka yang cute ni. Yelaaa, semua nak sambut Christmas kan.. Jum lihat keghairahan mereka!!!
Labels:
Kisah Universal
Kemalasan
Really bad day. Hahahaah..
- Rasa nak demam
- Masuk-masuk dah ada task atas meja (spinning words)
- Menggunakan fokus yang tinggi untuk memahami isi kandungan surat
- Lupa bawa shawl nak tampung kesejukan office
- L.A.P.A.R
Arrrggghhhh! ... Ngantuk okay, nak buat apa pon tak ada mood dah sekarang ni. Ni punca kepenatan dan kecutian baru-baru ni la. Penat tu dia bawa ke hari ni. Kan tak best tu. Semalam kenapa tak nak demam wey? HahahhahahaDDDuuuiii.. Korang pula macamana? Ada mood tak kerja hari ni? Sesiapa yang dah kerja semalam, kira okay la kan boleh adapt hari ni. Hahahaha... Aku pon dah tepu otak nak bercerita memandangkan surat yang aku kena buat untuk bos aku ni lagi meruntum jiwa lara aku. Hahaha.. Okayla.. Aku nak review semula semua yang berpusing-pusing ni. Okay yeee.. ketemu lagi semua.
Labels:
Kisah Aku
Monday, January 2, 2012
Berlari Ke Melaka
Hohoho.. Best nyoo lah. Tak pernah pergi Melaka, ni first time tau. Haaa.. So bad kan. Hahahaha. Tapi tak pergi banyak tempat, cuma biasa-biasa je. Maybe akan datang aku akan pergi lagi, sebab masa tak cukup nak berjalan disebabkan kekangan waktu. hahahaha. Ayat tunggang langgang. Banyak betul aktiviti yang dijalankan di Melaka ni, lagi-lagi yang dekat dengan A-Famosa tu kan. Penuh orang yang datang. Macama-macam jenis ade. hehehe.. Meh je la tgk gambo. Aku tak amik byk pon. Itu je yang mampu.
Labels:
Kisah Aku
Subscribe to:
Posts (Atom)