Friday, January 16, 2015

Berhijrah ke Utara

Salam Jumaat...
Hari ni Kedah cuti, tetapi laki aku tak cuti. So, tinggal la aku dan Arjuna di rumah. Kalau kira hari ni, hampir 17 hari kami menetap di rumah baru. 

Kuala Kedah. Tempat baru keluarga kecil aku. 17 hari disini, sangat mencabar bagi aku. Seminggu yang pertama, rumah aku dikunjungi adik beradik dari belah laki aku yang amik peluang datang ziarah memandangkan mak metua aku pon ada sekali. Alang-alang la kan. Then selepas seminggu berlalu, Arjuna pula demam. Mungkin demam pindah tempat baru, demam rindu, demam bertukar bulan dan paling ketara, demam sebab dua-dua gigi taring giat membuahkan hasil. 

First time selama aku lahirkan Arjuna, ini la time dimana aku hilang pedoman sikit. Hihi. Yela, selama 11 bulan dia ada kat bumi Allah ni, tak pernah lagi dia demam yang teruk. Stakat demam manja adalah. Dan selama dia duduk bumi Allah ni, ini la first time dia batuk. Dan paling teruk sekali, Arjuna kena jangkitan 3 beradik yang aku tak sangka. Dari demam, ke selsema dan trus ke batuk. (Nages)

Allah je yang tahu aku punya perasaan. Aku dah cuba cara traditional unuk rawat dia. Tapi tak jadi. Terpaksa pergi klinik.amik ubat. Demam 3 hari dah gone. Sambung pula selsema.Ter 'srettt' 'sreett' hidung penuh hingus. Kesian gila. Kami sedut pon ak jdi apa. Siang hari aku takda peluang langsung nak buat keje. Melepek je kat aku. Pantang jauh, habis menanges macam kena pukul.( tekanan)

Bila batuk datang, dia package dengan kahak sebab selsema tak habis lagi. Allah.. time tu Allah je tahu aku punya tekanan perasaan. Biasa la. Aku bukan orang yang mudah sakit. Bila ada anak, sakit macam ni, aku jadi tak reti nak buat apa. Sejak anak aku sakit ni, aku keep whatsup adik beradik aku minta tips apa yang patut. Nasib membantu. 

Malam hari, Arjuna masih tak dapat tidur lena sampai la hari ni. Bayangkan, bila dia mengamuk, dia nak tidur atas aku. Satu malam tu memang banyak kali la kene alih dia atas aku. Bila da selesa sikit, alih ke atas katil balik. Bukan aku taknak dia tidur lama atas aku, aku takut dia terbiasa, lagi parah aku. 

So, pindah disini masih belum bagi aku moment yang happening lagi. Otak masih penat fiirkan Arjuna yang masih lagi tak fully recover. Pada aku, selagi batuk dia tak habis, selagi tidur malam dia terganggu. Dia masih lagi tak sihat.

Bila jadi macam ni, otak negatif aku kata yang tempat ni masih tak dapat terima kami sepenuhnya. Otak positif aku, Allah nak uji aku and family kecil aku. Mungkin Allah nak aku jadi kuat sebab disini sangat lain suasana dia. Aku pon sampai sekarang masih lagi usaha nak terima keadaan suasana disini. Mungkin  au terlalu sibuk hal Arjuna sampai aku malas amik tahu hal jiran tetangga. Nanti la ye jiran-jiran sebelah. Bila Arjuna da okay, aku beramah mesra la ngan hampa semua. (Hope)

Doa aku sekarang ni, just nak Arjuna aku yang biasa. Yang suka sakat aku, yang suka buat sepah rumah, yang berdikari, yang pandai amik hati, yang sentiasa memahami mama papa dia. Ya Allah, sembuhkan lah Arjuna. Amin.

0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..