Monday, January 19, 2015

Anak 11 Bulan

Selamat Malam,
Perut sakit, nak memerut pun berfikir. Hahaha. Anak tunggu masa nak bangun menyusu. Kalau pergi memerut sekarang, dia bangun naya je aku. Potong pula mood memerut nanti kan. So, finally, aku decide menahan dan menunggu waktu anak bangun. Inilah pengorbanan seorang ibu.(HAHAHAHA)

Arjuna Abid. Hari ni dah 11 bulan 16 hari. Apa yang aku lalui sepanjang Arjuna didunia ni, takda la teruk sangat. Anak-anak, macam -macam la ragam dia kan. Dari baby, paling teruk aku rasa pun time dia tak nak tidur malam. Menangis malam. Tapi tak lama pun. Dalam 3 bulan je. Hahaha. Mata panda tu dah tak heran da pada aku. 

Orang kata, baby dalam umur 0 hingga 5 bulan tak penat sangat nak jaga. Tapi 6 bulan keatas, jaga-jaga la. Aku fikir, 6 bulan ke atas tu aku penat mengejar anak la.. rupa-rupanya bukan. Arjuna makin meningkat usia, makin suka melepek kat aku. Nak aku ada je kat sebelah dia. Tak boleh langsung hilang dimata. Perangai melepek dia makin menjadi-jadi bila dia baru baik demam yang panjang ni. Fuhh. Dugaan sungguh la. Nasib la time aku solat dia memahami.(lega). Kalau tak memang aku kena belajar la cara solat sambil gendong anak. Hihi...

Bila tengok anak membesar depan mata, aku rasa sebak sangat. Yela, siapa sangka kita sempat lalui moment macam ni kan. Full time mommy bukan la perkara yang mudah pada aku. Aku respect mak aku yang ada 6 orang anak dan dia mampu jaga tanpa bantuan maid. Aku yang sorang ni pun lelah mengah semua. 

Tahun ni insyaallah kalau sempat merasa, umur aku bakal masuk 27 tahun. Sekejap sangat masa berlalu. Bulan depan Arjuna insyaallah masuk setahun. Makin besar tanggungjawab lepas ni. Hope aku and husband mampu membesarkan Arjuna dengan baik. Bila tengok dia tidur kat sebelah ni, tak tahu la nak cerita macam mana. (Sebak) 

Tuan kecik da bangun. Bye !!!