Monday, April 13, 2015

Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.
Haahaha. Mana ada tips! Aku tipu je. Saja nak share. Arjuna dah setahun 2 bulan. Masih manja nak berjalan walaupun mampu. Ikutlah anak, dah rajin nanti. Jalan la sepuas hati okay. Mama Papa tak paksa, janji awak bahagia. 

Okay, saja la nak borak-borak kosong. Semalam pergi potong rambut, aku and Arjuna sekali. Payah nya nak cari muslimah saloon kat sini. Last skali dapat jumpa kat Jitra. Nasibla service okay. Potong pon cantik. Arjuna pon cantik rambutnya. Potong di kedai cina. Laju betul cina tu buat kerja. Zap zap siap. Arjuna?? Laju nangis. Hahaha. 

Now, anak laki aku ni alhamdulillah, makin boleh bawak diri sendiri. Bila dia bosan je dia kacau aku. Sejak Papa dia kerap outstation, dia dah faham la yang dia kena juga jaga Mama dia. Kecik-kecik kena ajar dia, dia kan abang sulung. 

Kalau dulu nak buat apa pon kene tunggu dia tidur. Masak laju-laju, makan laju-laju, berak laju-laju, mandi asal basah. Semuanya singkat la. Tapi sekarang, semua nya boleh dibuat time dia berjaga. Mandi boleh, masak boleh, berak pon dah boleh. Hahaha. Apa yang aku buat, aku setiap kali nak pergi mana, buat apa, aku akan mention kat dia. Lama-lama dia faham. 

Aku nak solat pon takda masalah. Kadang-kadang dia dok depan kita, tarik telekung kita, tepuk kepala time sujud tu, biasala. Menda macam tu, tak jadi masalah la. Dia bosan, dia pergi la main jauh-jauh. Hihi.

Siapa rasa ada anak yang mengepit je selalu, especially mak yang fully housewife kan. Cuba la cara aku ni.

⚠bagitahu anak bila nak buat apa saja. Biar anak tu faham. Selalu bercakap dengan dia, lama-lama dia akan biasa.
⚠ jangan stress bila anak nak berkepit. Layan kan je. 
⚠ bila nak buat apa-apa, bawak dia. Letak kat bawah.Masak ke, solat ke, berak jangan la. Hihi

Tu tips sikitla. Nampak macam kita ajar dia berkepit, tapi percayala. Lama-lama diorang sendiri bosan. Haha. Aku masih lagi ber eksperimen untuk menambah baik service. Hahaha. Buat masa ni, banyak improvement bila aku layan kan aja kehendak dia tapi bersyarat. Kalau dulu, aku agak baran bila 24jam anak nak berkepit. Aku lansung tak boleh buat apa. Tapi bila aku buat macam tip kat atas, kami sama-sama boleh bekerjasama. Haahha. 

Anak ni bukan nak apa pun. Asal kita bagi perhatian kat dia, okay la dia. Tips kat atas kena amalkan selalu. Sebab anak kena diingatkan selalu, baru dia faham kan. No worries la, pengalaman anak mengepit ngn kita ni bukan selalu kan. Esok dia dah besar, korang pulak bosan dia takmo kepit ngan korang da. Haaa. Baru nyesal kan tak bagi dia mengepit  dulu. Hahaha.

Okay, tu je cite bosan nak tulis. Hihi. 

Bye!