Monday, April 13, 2015

Gosip Artis Seksi

Assalamualaikum.
Haaa, dah macam Melodi pulak nak cerita pasal artis kan. Ala, aku manusia biasa, yang hidup macam orang biasa, so mesti la aku sebagai perempuan akan ada sikap ingin bergosip a.k.a mengumpat. 

Aku ada follow satu artis ni, memang aku follow ramai artis, tapi aku nak cerita yang satu ni la. Tak tahu nak ungkap dia ni apa. Maksud aku, dia bodoh sangat ke pasal Islam. Itu soalan yang terlintas.

Korang bayangkan, kalau ada event, aku tengok, pakaian model/artis non muslim cukup kain. Tapi dia? Lobang sana sini. Aku perasa  sejak dia putus dengan pakwe tatu dia tu la. Dia suka pakai pakaian yang tunjuk bawah dada ke pinggang. Kadang six pack pon nampak la. Aku jadi malu pulak tengok.

Aku ni bukan lah mak-mak sangat kan. Nabila huda seksi juga. Tapi aku boleh terima. Bila artis yang sorang ni seksi begitu. Aku jadi malu. Lagi aku heran bila, kat ig post gamba seksi, dalam masa post gamba seksi, pos juga pasal islamic. Macam kat situ, nak tunjuk la Islam tu tak kisah hang pakai macam mana. Berdakwah dalam keadaan seksi. Hurm. Bijak sangat.

Ni tadi dia ada buat statement bodoh. Walaupun dia tak tutup kepala, dia jaga hati, jaga mulut. Maksudnya dia nak kata la, dia ni walaupun seksi, dia baik. Hurm. Tula, bila terlalu nak up, nak berfashion, sampai boleh sesuka hati cakap pelik-pelik. Aku boleh terima lagi kalau dia tak buka mulut pasal agama. Ni dia terlalu kerap cerita yang ibadat dia hanya dia dan Allah je tau. Dia jadi macam ni pun sebab takdir. Bla,,bla..bla.. 

Lawak. Aku boleh kata dia ni. Bodoh. Tu je. Lama dah aku tak tulis sesuatu yang meluat macam ni. Harap maaf la kalau post macam kureng hajeerr sikit. Hahaha. Yang penting, hope dia sedar la sebelum dia berlobang baju dari atas ke bawah. Dan cakap tu takdir dia sampai dia jadi macam tu. Hahaha. Okay la. 

Bye.