Tuesday, April 14, 2015

Jangan dihina kejadian Allah

Assalamualaikum.
Pagi-pagi dah emo. Hahahaha.
Pagi-pagi layan FB. Macam ni la jadinya. Aku nak cite pasal sesuatu. Isu sensitif. 
Korang tau kan isu breasfeeding ni isu yang sensitif. Tapi orang keliling kita, yang konon nya hebat dalam memberi sokongan padu pasal breasfeed ni, tak perasan yang ayat-ayat diorang agak melampau. Diorang bajet, bila diorang buat ayat-ayat macam tu, mampu naikkan semangat mak-mak untuk breasfeed?

100% mission fail. 

Aku tak tau kenapa orang yang macam ni wujud. Cakap, kalau tak bagi susu badan, anak tu nanti besar jadi anak tak baik, degil, tak dengar kata, tak cerdik. Aku kadang nak je korang buktikan anak-anak korang yang bercakap gah ni, tunjuk depan aku. Anak-anak korang dengar kata sangat ke? Anak korang mudah dijaga sangat ke? 

Isu ni jadi bila, mereka kata, kalau tak breasfeed, anak jarang disentuh. Kalau breasfeed, anak kerap disentuh sebab direct breasfeed kan. Lawak la hai statement. Nampak sangat la awak tu yang jarang sentuh anak. Time breasfeed je peluk ke? Time lain layan FB? Kan? Sentuhan tak kira masa kak oi. Selagi boleh dipeluk, boleh dicium, buat setiap minit, setiap masa. Bukan tunggu breasfeed je.

Mentality orang kita. Ingat sikit, tak semua orang bertuah mampu susukan anak. Jangan dilekehkan anak-anak yang tak dapat menyusu badan lama macamanak korang yang hebat tu. Jangan di hina mak-mak yang tak mampu menyusukan, walaupun semua perempuan ada breast. Sama la macam isu mengandung. Tak semua bertuah boleh mengandung walaupun ada rahim. 

Nak masuk tahun 2020 dah. Mentality masih tahap bawah. Ingat Allah maha kaya. Allah memberi segala. Allah mencipta manusia macam ni. Jangan pertikaikan. Setiap berlaku ada lah hikmahnya. Jangan dihina setiap kejadian. Jangan terlalu bangga dengan kelebihan. Takut nanti Allah tarik balik, jangan waktu tu terpinga-pinga. 

Aku harap, aku tak jumpa la lagi orang yang suka bandingkan anak breasfeed dengan tak breasfeed ni. Anak tu macam kain putih, apa yang dia akan jadi tu, atas didikan korang. Baik didikan, baiklah jadinya. Jangan lah suka salahkan susu ibu la, susu haiwan la. Orang kita ni, bab menyalahkan sesuatu, memang excellent! Tak pernah pon nak salahkan diri sendiri dulu sebelum menunding jari pada yang lain.

Berubahlah. Cukup-cukuplah taksub sesuatu perkara. Pergilah muhasabah diri. Daripada kondem orang sana sini, baik korang pergi beramal. Huh. Sabar je la.