Monday, April 13, 2015

Boleh Jadi Fitnah

Assalamualaikum.
Hehe. Aku bila duduk saja, mulalah otak ni ada saja topik nak fikir. Latest topik yang terlalu kat kepala ni adalah. "Apa pekerjaanjiran kiri kanan aku?".

Dah kenapa la soalan tu keluar kan kat kepala ni. Aku pun pelik. Mungkin sebab, dah nak masuk 4 bulan disini. Jiran kiri kanan aku amat misteri. 

Belah kanan aku, sat ada dirumah, sat sampai berminggu takda kat rumah. Sekarang, hari-hari ada dirumah. Siang ada, malam sampai subuh hilang. Pagi baru nampak kereta. Orang nya tak pernah nampak dah. Hihi.

Belah kiri pulak. Makpak nye pencen la. Anak menantu pun 24 jam dirumah. Musykil. Anak laki nya 24 jam ngadap kereta, ngadap burung. Sini burung memang popular. Jiran belah-belah sana pon ada bela. Dan yang paling musykil, ada je orang datang tiap-tiap hari jumpa anak laki tu. Sat ja mai, pastu balik. Aku pun musykil sampai sekarang. Apa business dia buat?

Okay, tu je yang terlintas di otak. Jiran lain belah kanan ke kanan, kiri ke kiri sana aku tak kisah sebab diorang pergi kerja macam biasa. So, pelik tu pada jiran kiri kanan aku ni je. Hahaha. 

Okayla. Aku bukan nya kepoh ke apa ke, saja nak la juga tahu kan. Tapi selagi diorang tak kacau kami, kami okay je. Hehehe.