Monday, July 15, 2019

Musim Demam

Khamis minggu lepas,  Arjuna ank sulung aku demam.  Lepas tu Sabtu Indra yang nombor 2 tu pula demam,  lepas tu harini aku pulak dah sakit tekak & selsema sambil kepala berat.  Alahai.  

Macam ni la turutan selalu.  Yang last sekali kena tu confirm aku.  So nak dekat 4 hari tidur aku ni tak berapa nyenyak plus sakit belakang badan sebab masih breastfeed  si kecik tu.  Tak kecik mana lah,  2 tahun dah. 😅
Sini musim hujan & panas tak menentu.  Duduk di kawasan pulau macam ni lah.  Bila panas,  panas ya amat.  Bila hujan,  siap pakej angin kuat.

Semoga kita semua dilindungi lah dari mara bahaya dan diberi kesembuhan.. 😊



Saturday, July 13, 2019

Tahun 2019

Ya Allah...  Lama mana dah aku tak buka blog ni.  Tiba-tiba teringin sangat nak menulis balik.  Rindu nak meluah-luah.

Tahun 2019 bulan Julai

Anak masih dua orang,  sorang dah tadika, umurnya 5 tahun. Sorang dah 2 tahun.  Dua-dua lelaki ganteng.  Hahaha😂.

Tahun ni,  aku lagi pilih senyap dari segala hal.  Media sosial paling utama.  No more sharing kat Facebook & Instagram.

Sebab apa?

Sebab aku penat jaga hati manusia sekeliling.  Sebab aku malas nak share dengan manusia sekeliling.  Sebab aku nak tenang kan fikiran,  sedut energy-energy positif dan fokus pada keutamaan.

Tahun ni umur aku bakal masuk 31 tahun. Makin dewasa.  Hahaha.  Makin comel.  Yang penting,  skill bebel aku makin meningkat untuk 3 orang, iaitu Suami & anak-anak. Untung aku ada 3 hero yang ada dengan aku ni,  sebab semua hadapi bebelan aku dengan redha.  😊

Tahun lepas, 2018 bukan tahun yang seronok untuk aku.  Make it short,  mak aku sakit & aku anxiety teruk.  But alhamdulillah, mak aku sihat semula dan aku makin pulih dan masih belajar meningkatkan kestabilan diri dan masih belajar untuk menahan diri dari mendapat balik gejala tu.  Doakan aku ok😊.

Okay lah post untuk yang pertama setelah sekian lama ni.  Hehe... Insyaallah..  Rajin nanti aku post lagi.  💋




Friday, January 27, 2017

Penat

Assalamualaikum
Petang-petang macam ni..  Agak emosi sikit.. 
Biasalah kan..  Dengan mendung lagi.  Huhu
Duduk diam-diam sambil teman anak tengok tv,  duduk termenung.  Kadang-kadang rasa penat sangat duduk jauh dari suami yang outstation ni.  Dengan anak yang makin aktif dalam melalui proses tumbesaran dia.  Aduhai.  

Bukan merungut.  Tapi tu la kan..  Kadang-kadang perkataan penat tu akan keluar dari hati ni. Bila makin dewasa ni,  bukan saja kena fikir pasal diri sendiri,  lagi-lagi dah kahwen dan beranak ni.  

Nak kena fikir suami
Nak fikir mak bapak
Nak fikir anak

Memang nampak jenis aku diam macam  tak kisah hal sekeliling.  Tapi apa orang tahu kan. Kita ni usaha sebaik mungkin untuk senangkan hati semua orang,  jaga hati semua orang.  Tapi dalam kita menjaga hati tu,  tetap ada juga yang terasa hati,  tetap ada juga yang tak puas hati. 

Aku ni hidup pon sebersalah.  Kalau lah orang tahu yang hidup aku ni lagi banyak fikir pasal orang lain dari sendiri.. Kalau lah orang tahu aku ni lagi banyak planning cara untuk jaga hati orang lain dari diri sendiri.   Kalau la orang tahu.. Urmm

Kadang bila fedup sangat.  Rasa macam nak lari jauh je jauh sejauh jauhnya.. Biar orang tak ambil tahu dah kewujudan aku ni.  Biar aku ni tak sakitkan hati orang dah.  Biar aku ni tak buat orang tertunggu-tunggu.  

Aku ni kalau boleh la nak explain kat orang,  aku dah explain dah.  Aku ni kalau buat sesuatu tu,  duduk di setengah tempat tu,  aku buat semua bersebab.  Dan ada sebab munasabah yang tersendiri.  Kenapa aku kena duduk situ, kenapa aku kena balik nanti,  kenapa aku tak boleh buat ini,  tak boleh buat itu,  kenapa nak kene tunggu bila nak buat sesuatu.  Semuaaaaaa tu memang bersebab aku buat.  Dan percayalah!  Setiap apa keputusan aku buat,  semuanya atas perbincangan yang menyakitkan kepala.  Bukan atas suka seronok nak buat keputusan tu.  Dan bukan atas kepentingan diri.  

Bila dewasa ni.  Kepentingan diri tu jatuh nombor paling last! 

Argghh..  Ini lah kehidupan dewasa... 

Tuesday, December 13, 2016

Titik Hitam di Hati

Assalamualaikum.. 
Aku saja nak meluah disini. 
Tiba-tiba ternampak sorang hamba Allah ni komen di satu ruangan. Terus hati aku terdetik.  "Hurm ko ni lah.. ".

Aku ni jenis payah untuk tak suka kepada seseorang,  melainkan dia tu perangai tak serupa bikin. Kat Facebook ni ramai yang aku kenal dimana depan lain belakang lain.  Maksud aku,  aku tengok post di FB bukan main lagi,  gaya bukan main lagi. Tetapi realiti yang aku kenal di luar?  Hanya Allah dan aku je tahu. 

Kenapa la insan-insan jenis ni suka bermuka-muka?  Kasar kan maksud bermuka-muka tu.  Tapi tu la rialiti nya. Dalam facebook bapak lah alim nya.  Depan-depan sedih sangat perangai nya.  Depan-depan takda la kaya mana,  dalam facebook kemain update menda-menda mahal. 

Kenapa la taknak jadi diri yang sama di alam realiti dan juga media sosial?  Kan dah ada titik hitam kat hati aku ni sebab kurang gemar dengan insan-insan yang bermuka-muka ni. 

Friday, December 2, 2016

Aku yang duduk di over'the'sea.

Selamat malam.. 
Juna dah tidur.  Ada lah masa sikit nak merapu kat dalam ni kan.  Tadi pergi pasar malam ngan suami.  Turun sorang sebab malas nak bawak Juna malam-malam ramai orang ni.  Tujuan utama nak cari Durian.  Sebab tekak teringin nak makan masak tempoyak. 

Untuk makluman.  Aku duduk Langkawi ni nak dekat 3 bulan.  Tapi aku tak pernah jumpa orang jual tempoyak.  Maka nya..  Aku dengan tak mampu lagi untuk menahan gelodak nak makan tempoyak.  Terpaksa lah buat keputusan untuk buat tempoyak sendiri. 

Pergila ke pasar malam. Jalan hujung ke hujung pasar.  Bila tangan penuh dengan makanan.  Dah lupa nak beli apa yang utama tu.  Durian. Bila naik kereta baru cakap kat suami.  Then paksa la suami tolong turun belikan.  Hehehe. 

Then suami pon dapat beli 3 biji kata nya.  Orang tu bagi harga RM10.00. Okay lah not bad la.  Dengan yakin suami kata.. Orang tu kata kalau nak buat tempoyak ni okay sangat.. Makan pon boleh..  Untuk makluman..  Suami tak pilih durian u atas faktor harga dah murah dia bagi dan atas faktor kepercayaan kepada peniaga tu. 

Balik rumah.  Dengan seronok nya nak bukak durian sebab tak sabar nak buat tempoyak. Buka la plastik durian tu...

Allah..  Sampai hati.. 

Kat luar pon dah nampak tak elok.  Tapi aku positif kan diri supaya kata dalam hati..  Kat luar je ni..  Kat dalam ok ni..  Bukak la satu lapisan ke satu lapisan.. 

Nah!! 




Istifar aku bila tengok dalam durian ni.  Ini yang dia kata nak makan pon bolehhh tu?  Tak tau la kot dia memang makan durian macam ni.  Sedih aku tadi..  Dalam 3 biji tu,  hanya satu saja yg boleh dikira untuk buat tempoyak. Itu pun tak berapa elok juga.  Tapi masih boleh amik part yang elok tu la.  

Aku bukan nak marah.. Tali ini lah hakikat orang kita.  Meniaga nak kotor je.  Kenapa taknak meniaga elok-elok.  3 durian busuk awak bagi kat saya..  Patut nya jujur lah bila menjual.  Tak kira la kami beli yg murah pon.  Kalau murah sekalipun..  Takkan kami dapat durian yang tak boleh dipanggil durian.. 

Aku bertabah sungguh la tadi.  Tapi Alhamdulillah la..  Boleh la dapat sikit untuk dijadikan tempoyak.  Aku anggap Allah bagi takat tu je la rezeki tempoyak tu kan.. 

Kepada penjual tu.  Sila la berubah sikap.  Terap dalam hati tu..  Kalau awak bg 3 yang elok pada pelanggan.. Percayalah Allah bagi 30 orang untuk beli durian awak..  Tapi bila awak dah buat macam ni kat kami..  No wonder la durian awak tu tadi banyak tak surut-surut..  

Arjuna yang bertuah

Assalamualaikum.. 
Aku tengah lapar gila masa menulis ni.  Hihi
Saja nak share cerita kejadian sebentar tadi.. 

Anakku Arjuna... 

Aku duduk dalam bilik sambil relax dengan phone.  Juna datang lah dekat aku sambil muka reaksi yang aku tak mampu nak rungkai.. Aku pon biasa-biasa je la kan. Then tiba-tiba dia usap-usap rambut aku..  Aku senyum la.. Sebab fikir syok nya anak usap-usap sayang ni kan. 

Tiba-tiba!!! 

Aku bau sesuatu yang biasa aku bau.  

Najis!!! 

Aku tengok tangan dia..  Astarfirullahhhhhh... Anak oii..  Tangan dia ada kesan najis.  Mesti tadi dia nak garu bontot tapi tak sangka ada najis dalam tu. 😂😂😂

Anak... Anak...  Hai la anak.. 

Tak memasal awak kena mandi semula.  Tak memasal juga Mama kena shampoo rambut.  Kesian rambut Mama kena najis awak tu.  Hahahaha... 

Macam-macam karenah la anak bujang sorang ni. 


Sunday, November 20, 2016

Antara Perempuan Dan dot dot dot...

Assalamualaikum..petang-petang macam ni terasa nak meluah perasaan. Bukan perasaan jiwang... cuma perasaan kesian/terkilan/confius & banyak lagi la. Kes nya bila aku tengok gambar-gambar di Instagram.

Instagram ni medium yang bagus sebenarnya untuk share moment kehidupan ataupun business. Tapi tu la.. sekarang ni aku tengok, lagi-lagi budak generasi sekarang ni.. makin lama makin diluar kawalan. 

Aku suka klik pada button search. Then keluarlah gambar-gambar anon. Yang menjadi tak seronok dimata aku bila ramai sangat budak perempuan Melayu Islam yang seperti tak tahu malu. Menjadikan aset diorang sebagai point utama dalam instagram diorang. Breast & Bontot di tonjolkan tanpa limit. Semua macam berlumba-lumba nak tunjuk apa yang dalam baju yang sepatut nya di sembunyikan. 

Aku yang perempuan ni pon malu nak tengok. Kenapa diorang sekarang berani sangat ye? Parents diorang tak kata apa ke pakai macam tu? Sedara mara tengok tak rasa malu ke? Hurm..

Aku ni kesian tengok diorang tu. Jadi lauk pada pandangan lelako saja. Bila baca komen pon semua nak sex. Bangga sangat ke jadi simbol sex pada mata lelaki-lelaki buaya tu? Ish ish ish.. pakaian diorang tu, lagi barat dari orang barat. 

Bila aku tanya husband aku kenapa diorang berani sangat buat macam tu... husband aku kata, selalunya budak-budak yang buat ni sebab business. Diorang nak jual Instagram diorang. Tu sebab kena ada ramai followers. Dan iti juga yang menyebabkan diorang ni beraksi seperti itu.

Tapi pada aku, diorang ni memang saja nak tunjuk aset, sebab masing-masing nak tunjuk siapa lagi famous, siapa lagi ada bentuk badan yang mengancam, siapa lagi kaya. Thats it!

Zaman sekarang diorang makin berani. Semoga tak melebih-lebih la hendaknya. Aku ni mudah je sekarang. Kalau aku tengok orang yang tayang over sangat sampai nak terkeluar dah semua menda. Aku tak anggal dia perempuan. Aku anggap dia PONDAN!

Bye.bye...