Tuesday, December 13, 2016

Titik Hitam di Hati

Assalamualaikum.. 
Aku saja nak meluah disini. 
Tiba-tiba ternampak sorang hamba Allah ni komen di satu ruangan. Terus hati aku terdetik.  "Hurm ko ni lah.. ".

Aku ni jenis payah untuk tak suka kepada seseorang,  melainkan dia tu perangai tak serupa bikin. Kat Facebook ni ramai yang aku kenal dimana depan lain belakang lain.  Maksud aku,  aku tengok post di FB bukan main lagi,  gaya bukan main lagi. Tetapi realiti yang aku kenal di luar?  Hanya Allah dan aku je tahu. 

Kenapa la insan-insan jenis ni suka bermuka-muka?  Kasar kan maksud bermuka-muka tu.  Tapi tu la rialiti nya. Dalam facebook bapak lah alim nya.  Depan-depan sedih sangat perangai nya.  Depan-depan takda la kaya mana,  dalam facebook kemain update menda-menda mahal. 

Kenapa la taknak jadi diri yang sama di alam realiti dan juga media sosial?  Kan dah ada titik hitam kat hati aku ni sebab kurang gemar dengan insan-insan yang bermuka-muka ni.