Sunday, October 16, 2011

Kalau Dah Namanya Perempuan ..

Kita kena ada terapkan kewanitaan kan. Tak kiralah korang cantik ke, buruk ke, hot ke, warm ke, Kalau dah namanya perempuan.. Kita kena tahu memasak, mengemas dan juga menjaga rumahtangga ( kalau dah kahwen la ye).. Then bagi train diri aku sendiri supaya meningkatkan lagi kewanitaan ni, aku dengan bangganya bangun awal di pagi ahad semata-mata kerana nak masak. Haaa.. Lapar okay. Kena makan.. kalau tak nanti aku pengsan (tipu) .. Okay .. Apa yang aku masak hari ni untuk perut comel aku? Haa.. malam tadi aku termimpi ayam masak lomak cili padi. Itu lah yang aku masak hari ni. Jum lihat ayam masak lomak aku yang terlebih lada merah.!


Tapi color tak menganggu apa-apa okay. Taste nye macam mana?? Haruslah meletup!! Korang tak percaya? Maila datang sini. Aku bab-bab masak lomak ni, memang expert ( bangge diri) .. hahaha ... Pedas tak hingat okay.. Nak resepi?? Okay.. aku agak rajin sekejap ni.. boleh la aku kasi. Okay jum tengok apa yang perlu ada:
  • Ayam segar dari ladang
  • Bawang merah & putih yang dibuang kulitnya
  • Halia yang dipotong sedkit ikot kesukaan anda
  • Serai yang diketu-ketuk
  • Santan sekotak 
  • Kentang ikot sesuka hati
  • Cili Padi beberapa biji ikot sesuka hati juga
  • Serbuk kunyit / Kunyit hidup
  • Garam

Saturday, October 15, 2011

Mereka Cute la...

Walaupun mereka dah selamat diijabkabulkan, tapi tak salah kan aku tunjuk video dorang? Haa.. heheh .. Okay, aku sungguh berminat melihat video save-the -date si Nabil Raja Lawak ni. Haaa.. Cute la mereka berdua. Aku suka sungguh! .. Walaupun video dia takde la grand mana.. But the content is really cute ! Nak macam tuh jugak la... (Berangan Time) .... (-_-")

Amacam? Cute tak? Hehhe .. Lawo kan bini dia. Mulus dan tulusss je kulitnye. Auww.. Hahah ... Selamt Pengantin Baru Nabil dan isterinya.. Moga berkekalan hingga hujung nyawa.. Amin.. 

Saya Ngantuk ni .. Tapi boooleh laaa.. =)


Walaupun mengantuk bagai nak rak. Siap boleh tidur seberapa minit .. Tapi masih boleh melayan kamera mak nye. Hehehe .. So adorable budak cenonet ni .. Haiyaaaa... '\(^_^)/'

Apa Dah Jadi Kak Oii....

Hahaha.. Okay . Dah macam minah propa dah intro nye kan. Hurm , takde apa nak share sangat. Heheh . Korang kenal Christina Aguilera tak? Mestilah kenal kan. Alaa.. Yang nyanyi lagu Beautiful dan Hurt tu.. Alaaaa.. Kenal kannn.... Kalau tak kenal meh aku kasi ingatkan yang mane ye . NAH!





Apa cerita dia sekarang. Aku rasa dia tak popular sangat kat Malaysia la sekarang. Dulu aku minat gila ngan lagu tinggggi dia tu. Best la dia ni . Ape ceritalah sekarang kann. Haaa.. Nak tau apa kabar si Christina Aguilera ni? Haa.. Aku call dia sat tadi, dia kata dia kabar baik. Makin sihat walafiat kata nya. Yela.. Bahagia ngan boyfren dan juga anak lelakinya tu. Mestilah sihat walafiat kan. Haaa.. Agak-agak korang makin cantik tak si hot mama ni? Haaa.. Dia mestilah Beautiful macam macam lagu yang pernah dibawakannya dulu. Cuma dia makin beautiful la sekarang ni.. Erkk. =_=' .. NAH tengok picture terbaru dari Christina Aguilera yang makin hot di konsert trebute Micheal Jackson baru-baru ni .. Jum Cekidauutttt !!

Berdua Bersatu

Pernah dengar pasal Forteen?? Haaa.. Apaka itu ? Heheh .. aku sejak menjak ni dengar satu lagu ni, bila denga macam suara The Lima . Yang group Indon tu la. At last bila search kat tenet, rupa-rupanya anak Malaysia juga. Suara diorang boleh tahan la. Takda la bosan sangat nak dengar. Lagu dia yang buat aku terpikat. Heheh .. Edry Abd Halim yang compose. Haruslah sedap! Berani kau kate tak sedap? ! hahah .. Okay jum layan lagu ni, dan perkenalkan Forteen yang membawa gaya seperti K-Pop gitu.. hahah .. Okay lah . Layan


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatuJika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

DiSound Oleh Another Makcik Yesterday..

Hahahah .. Baca title 10X .. kalau tak paham sila buka Kamus Jawa okay .. Cari sendiri muka surat berpa yang korang suka. Haaa.. minggu ni minggu meng " sound" aganknye kan.. hurm .. Semalam, Actually kat tempat aku setiap Jumaat ada sukan. Ianya berlaku pukol 5pm. Tapi kalau dah namanye janji Melayu, ia akan jadi 6pm. Okay, now ceritanya bila aku menjadi mangsa sound Makcik howt ni. Haaa.. Alkisahnya bermula ..


Around 5.30pm.. Aku baru setel quotation last untuk client.. Then dengan kepala still ting tong dok kemas-kemas meja yang bersepah tahap PM dan sekaligus kemas beg sekali. Then tengah syok mengemas aku perasan ada lembaga lalu, ohh .. Makcik howt rupanya. Dia dengan machonya berjalan dengan membawa bola ditangan. Aku buat tak tahu jela, ye laa, dia ka lalu ngan macho , takkan lah aku nak tegor, kang terbantut kemacho an dia, then bila aku abaikan dia sekejap je, tiba-tiba aku terdengar " eh, minggu lepas awak tak turun kan?" ... Aku tekejut la. Bila masa lak dia pusing balik ni . Hahah .. Lawok okay . Siap tunding-tunding jari sambil kembangkan idong tanda marah mix macho. Damn! hahaha . Aku dengan selamber pon menjawab .. " eh.. yeke?? ade je .. " Gila selamba aku jawab .. berdosa ooo tipu orang tua. Hahah .. Then dia yang macho pon menjawab " Hah! awak jgn nak tipu la. semua practical student takde turun. !" .. Aku pon menjawab lagi .. " yeke,? bukan ade yang turun ke?" .. Sumpah aku mals nak menjawab, tapi bila lihat dia gagah kembang-kembang kan idong, aku jadi berani  nak menjawab. hahaha . Then aku membiarkan dia .. Dia toleh kedepan semula ala-ala model sambil tu dia mengomel dan bajet aku tak dengar la kan .. apa tau dia cakap ? ...haa.. " hurm! potong markah korang nanti tau la. " DAMN AGAIN!!! .. Huh ! 

Friday, October 14, 2011

Manusia Apakah Mereka Ini?

Hari Jumaat je nak post entry yang menyedarkan diri dan orang keliling jugee.. Sekarang ni perasan tak yang banyak sangat fesyen terkini yang wujud di dunia dan khususnya di Malaysia. Maka termuncullah gaya-gaya terkini yang mengarut dan agak jelik dari mereka yang bernama wanita muslim. Hurmm .. Aku tak kata aku ni bagus dalam bergaya dan berfesyen ni kan. Cuma aku agak sedar diri juga bila berfesyen. Nak kata berpurdah tidak la kan, cuma aku masih cuba untuk memperbaiki menutup aurat. Tapi jika kita sudah memakai hijab di kepala, maka silalah concern pasal pakaian yang dikenakan. Jalanganlah pakai sarung saja asal selesa. Selesa ke?? Haa.. Apa yang selesa bila pakai macam ni? Janganlah jadi salah seorang fasion desaster dan memalukan rakyat sahaja.