Thursday, January 14, 2016

Adab Breastfeed

Assalamualaikum
La ni kecoh cerita pasal breastfeed Selfie ni.
Macam-macam orang kita ni. Nak sangat perjuangkan hak breasfeed di tempat awam. Tapi cara yang ditunjukkan agak tidak beradab. 

Selfie Semasa Menyusukan Anak

Itu yang di viral kan. Bukan nya Hak menyusukan anak di tempat awam dipertikaikan. Awak nak menyusukan anak di tempat awam, dipersilakan lah. Tapi yang jadi tak comel tu bila mana awak siap selfie dan upload di media sosial. Bila tersebar gambar tu, awak kata pula orang aib kan awak. Awak ni mesti mental kan.

Masa uplaod tu takda fikir apa-apa ke? 

Tapi bila ada kawan-kawan yang seangkatan pemikiran macam awak ni backup awak. Seronok la awak kan. Padahal yang backup tu pun 2 x 5 je dengan awak yang tak faham perbincangan sebenar nya. 

Awak menyusukan anak, mesti awak ada suami kan? Ada tanya pendapat suami tak sebelum nak upload dan berlagak pasal gambar tu? Takda kan? Saya yakin yang suami awak tak dayus kan. Tu la, lain kali nak buat apa-apa sila minta izin suami. Sebab apa? Sebab awak sedang tunjuk aurat awak tu, walaupun bukan secara nyata, tapi mata LELAKI ni ajaib. Awak tunjuk macam tu je, dia boleh fikir sampai tujuh lapis di dalam tu. Tolong lah malu awak oi.

Awak kata laki ni pervert? Tunduk je la bila tengok orang breastfeed. 

Hahaha. Awak bagi umpan depan mata. Takkan depa nak biarkan. Dan suruh tunduk tu kalau awak duduk di tempat awam, mungkin la depa akan tunduk pandangan. Ni awak bubuh kat Facebook. Gambar sebesar-besar lalu. Siapa yang sempat nak tunduk. Hahaha.

Macam-macam la awak ni. Awak saja buat kecoh, lepas tu awak marah orang tengok pulak. Macam-macam...

So, lepas ni tolong lah wahai kaum wanita Melayu Muslim. Buat apa-apa tu, fikir dulu. Fikir Suami, fikir keluarga, fikir anak-anak. Jangan syok sendiri je tau. Malu 7 keturunan.

Dan lagi satu, sudah-sudah lah riak dengan nikmat menyusu tu. Ingat orang lain yang tak dapat nikmat tu. Ingat oiii!


0 orang say hi:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..