Tuesday, February 24, 2015

Jiran Membawa Berkat

Assalamualaikum.
Petang yang agak redup. Tak berapa panas macam semalam. Hopefully redup tu lama lah. Hihi.

Jiran.
Jiran ni orang yang duduk berdekatan dengan rumah kita. Tak kiralah sebelah kanan, kiri, atas, bawah, belakang atau depan. Semua tu boleh dikategorikan sebagai jiran.

Masa mula-mula pindah sini, aku sangat mendapat kejutan budaya. Kejutan sungguh. Hahaahah. Almaklumlah. Bila bertahun duduk Putrajaya, aku jadi awkward dengan persekitaran yang bising.

Jiran aku kiri dan kanan. Kiri suka buat bising, kanan kadan-kadang suka gaduh laki bini. Fuhh.

Bayangkan, sepanjang bulan January hari tu, jiran belah kiri aku ni memanjang bising. Tak kira lah siang malam pagi ataupun petang. Pattern modifide kereta ni. Kejap dia vroomm sana, kejap vroom sini. Buka muzik kuat-kuat macam nak pecah jantung. Arjuna nak tidur pon tak boleh. Tidur kejap bangun kejap bangun. Aku memang memaki je la dalam hati. Hahaha.

Jiran kanan baru lagi pindah. Tapi masa bulan January, jiran aku ada 3 orang anak lelaki. Lelaki kan, sangat-sangat lasak la jadinya. Kejap jerit sana, kejap menangis sini. Fuhh. Jiran baru ni, laki bini. Baru-baru ni dengar dia bergaduh laki bini. Hahahah. First time wooiii ada pengalaman dengar laki bini bergaduh tanpa segan silu. Jerit macam histeria. Haahah. Paling kepoh laki aku la. Siap duduk kat pintu sebab nak dengar. Hahahaha. Tapi takpela, lantak la laki bini ni nak bergaduh pon, janji jangan kacau kami anak beranak. Hihi.

Sejak dua menjak ni, jiran kiri macam dah behave sikit. Agaknya dia dapat hidayah kot. Yela, aku sambil memaki dalam hati, aku berdoa gak supaya jiran aku ni berubah dan menghormati jiran lain. Hihi. 

Baru dua bulan duduk sini, banyak lagi pengalaman yang aku bakal tempuh. Aku dah makin boleh biasakan diri dengan negeri kedah ni. Insyaallah makin terbiasa la lepas ni. Arjuna pon dah back to normal. Alhamdulillah. 

Itu saja cerita jiran kiri kanan aku. Hopefully mereka bertambah baik dan baik la lepas ni supaya aku yang duduk tengah-tengah ni boleh hidup dengan aman dan damai.

Bye.