Khamis minggu lepas, Arjuna ank sulung aku demam. Lepas tu Sabtu Indra yang nombor 2 tu pula demam, lepas tu harini aku pulak dah sakit tekak & selsema sambil kepala berat. Alahai.
Macam ni la turutan selalu. Yang last sekali kena tu confirm aku. So nak dekat 4 hari tidur aku ni tak berapa nyenyak plus sakit belakang badan sebab masih breastfeed si kecik tu. Tak kecik mana lah, 2 tahun dah. 😅
Sini musim hujan & panas tak menentu. Duduk di kawasan pulau macam ni lah. Bila panas, panas ya amat. Bila hujan, siap pakej angin kuat.
Semoga kita semua dilindungi lah dari mara bahaya dan diberi kesembuhan.. 😊
Semoga kita semua dilindungi lah dari mara bahaya dan diberi kesembuhan.. 😊
0 orang say hi:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak korang kat sini ye... sekali jejak pon okay ..