Tuesday, November 6, 2012

Kebahagiaan Milik Saya

Selamat Pagi!Woooooop! hari ni baru masuk kerja! Semalam aku and Encik Sepet ponteng kerja! Gaara-gara konvo dia la ni! Huh. =_=" . haha. Yess!!! Kami berdua dah konvo... Yeaay!! Boleh kawin daaaaaaa! *motip. 

Okey, aku bosan gila, sebab aku punya mood kerja non ado. Bangun pagi jee, aku dah set nak kemas bilik yang bersepah dek kerana weekend tak berkesempatan nak buat. Ni pergi holiday punya pasal =) .. Seronok bila berholiday dengan family baru ni.. makin mengeratkan silaturahim dan juga mengerat kan kasih sayang sesama umat manusia. Waaahh, ayat ustazah =p. 

Korang punya weekend macam mana? Aku bermula November memang akan busy dengan jemputan sana sini. Wuuusss. Tak sabar nak p makan nasi minyak orang ni. Hahhaa. Boleh mintak resepi lepas ni =p. 

Yang penting pagi-pagi macam ni, sucikan minda, sucikan hati yang hitam, sucikan tangan yang menunding dan sucikal akal yang merapu, supaya kerja aku berjalan dengan jayanya disini. Happy working u semua (^_^)Y.

Thursday, November 1, 2012

Nikah November


Selamat pagi.. Korang tengah buat apa tu? Aku hari ni takda  kerja pulak.. Jangan nak balik kang ada keje berlambak sudaaaaah la kan. =_=' 

So, November dah kan? Lagi sebulan nak masuk tahun baru weh.! Tahun baru lagi? Cepat je masa berlalu kan. Seperti biasa, akhir-akhir tahun ni la semua berebut nak kenduri.. hehe. So, November dan Disember merupakan bulan yang sangat ramai kawan aku kawen. By next week, beratur... setiap minggu adaaaa je member yang nak kawen. ! Hehhee. Jeles! Alhamdulillah.. jodoh diorang dah sampai kan.. =) 

So, aku dah kerah Encik Sepet supaya free weekend! Sebab aku nak amik berkat. Hehehe. Gedik kann. So, kepada kawan-kawan yang nak melangsungkan hari pernikahan tak lama lagi.. TAHNIAH!!!!! Semoga berkekalan dan bahagia sampai akhirat.. Amin ..

Senyum Khamis (^_^)

Wednesday, October 31, 2012

Sifat Semulajadi Sejak Azali

Antara lelaki dan perempuan, aku lagi suka berkawan dengan lelaki!. Seriously i said la... Bukan sebab apa, aku rasa ada diantara korang sependapat dengan aku. Sebab apa, sebab aku leceh sangat nak kawan dengan perempuan, lagi-lagi banyak kerenah, leceh dan menyakitkan hati. Aku bukan la boyish sangat pon, tapi bab bekerja ke, berkawan ke, aku jadi selesa dengan lelaki. Sebab lelaki tak banyak perangai nya. Kalau kawan la. Kalau pakwe tu memang berperangai kannn. Hahaha. 

Kenapa tibaa-tiba aku cerita pasal ni? Haaaa, sebab aku nampak sekarang, kawan-kawan aku adalah lelaki! Bukan nak menunjuk or riak ke apa ke. Sebab aku baru perasan. Oooo.. Tak ramai geng perempuan aku ni. Hahaha. Lagi-lagi sekarang di alam pekerjaan, makin la buat aku menyampah dengan wanita-wanita yang bajet bekerjaya. Padahal jawatan apa ja kan. Haaa aku sedikit pon takda rasa berlagak tak kawan ngan perempuan ke apa, cuma sejak menjak ni, aku asyik dijumpakan dengan perempuan-perempuan yang pelik, mengjengkelkan dan membuat aku rasa nak letak racun tikus dalam minuman dia. Hahahaa..

Tapi kawan-kawan kolej aku juga yang the best! Kawan sekolah pon sama!! Semua best! Cuma bila dah di alam pekerjaan, aku diberi dugaan berjumpa dengan perempuan yang bajet-bajet nak jadi bos. Hahahaa. Yang masih aku tak boleh blah adalah, aku dipandang tak berapa senang oleh pekerja di situ. Hurm! Pelik! Tapi bila time ada kerja nak dibuat, mereka pandang aku dengan pandangan seperti jatuh cinta di pandang pertama. Great kan?

Aku rasa aku dah mengarut! Disebabkan bekerja dengan sekumpulan perempuan sahaja. Ia membuatkan hidup aku seperti berada bersama mak tiri Cinderella yang jahat tu!!Memerintah sahaja tahuuuuu. Perintah pon kadang-kadang salah. Apa pon tak boleh. 

So, now, aku terpaksa kuatkan hati aku, fokus kerja. Hahahahah. Abaikan bayang-bayang mak tiri tu , anggap je la langau yang hinggap sebentar untuk berak! Hahahaha.. (^_^)

Menyembuhkan Batuk!

Aku rasa, sekarang memang musim batuk, demam, dan sebagainya. Sebab cuaca makin tak menentu lagi-lagi la baru habis raya korban! Demam daging masing-masing kan. Aku pon termasuk la dalam golongan yang bermusim itu. Aku memang selalu tercalon dalam list ni, sebab nya aku ni kan manja. Hahaha.  

Aku kalau demam, pening kepala, sengal-sengal badan, mampu lagi la aku menahan kan. Tapi kalau aku batuk! Ya Tuhan. Macam nak terkeluar segala organ badan aku. Batuk aku sangat mengerikan. Dari keluar bunyi sampai tak berbunyi! Nampak teruk tu? Haaaaaaa. Aku batuk paling koman akan sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu.

So, baru-baru ni balik umah mak pak aku, kakak aku tengok je aku batuk, dia pon berkata " ko pergilah beli madu yang kat kak yeh tu" .. Itu serba sedikit perbualan kami. Sebab apa dia suruh beli madu dekat kakak aku lagi sorang? Sebab, dia pernah bawak balik madu sebotol.. dan katanya, kalau anak-anak batuk, kasi makan madu tu. Jenama apa aku tak ingat. Tapi aku ingat botol dia panjang tinggi. Tu je aku tau. Yang lain aku tak amik tau. Aku malas nak tanya lebih kakak aku. Sebab aku rasa malas nak amik tau bila tengah tak sihat.

So, balik ke Putrajaya, aku baru teringat aku ada madu dalam peti. Apa lagi! Tonggak la sebanyak mungkin! Yummmeh!! Tekak segarrrrrr je. Hahaha. Batuk la juga. Tapi tak la seteruk pada awal nye tu kan. So, aku pon amalkan laaaa madu aku makan ni hari-hari. And now, just sikit sahaja batuk nya. batuk manja gituuu.. (^_^), So, semua di luar sana, kalau rasa batuk korang teruk, try telan madu, niat nak sembuhkan batuk. Insyaallah.. Berkesan. 

Madu apa aku makan??
Siap ada harga lagi haaaa. Aku tak tau la madu aapa lagi boleh guna. Maybe madu ni just psycho aku je kot kann,.Hahaha. Takpa la. Asalkan batuk aku hilang! Aku dah lega. Aku mencatat rekod sendiri dengan sembuh batuk di waktu yang singkat! =)

Rindu Zaman Kurus!

Haaa!!! Selamat malam.. Lama dah tak buat coretan malam.  So, dalam syok rehat-rehat kan badan sambil layan hujan dan juga lagu, tiba-tiba tangan gatai klik gambar-gambar zaman dahulu. Alkisahhh.. 

Aku 4 tahun lepas, iaitu bermulanya Degree, aku tekad nak kurus plus mak pak aku dah resah gelisah bila badan aku naik bagai tak diduga. Hahahaha. 
Nampak??? Nampak??? Tak tertanggung-tanggung kan? Hahahaha. So, after dah menyesal, kena lah berdiet sakan supaya aku mampu kecikkan sikit badan aku menjadi lebih ringan. Nak taknak, 3 bulan jugak aku tak pandang nasik! Hebat tak aku??Hahaha.
Then, this year.. aku mengembang kembali seperti biasa. Atas alasan.. " AKU BAHAGIA" . hahahahaah!! itu je alasan mampu aku bagi. Bagus tak? Alaaaaaaaa, aku yakin korang pon guna ayat tu untuk cover kegemukan korang kan? Hahaha. Tapi yang best nya, tahun ni aku punya berat turun naik. Turun mendadak, kemudian naik mendadak. Sungguh kurang sihat aktiviti badan aku kan. 
Nampak???Nampak??? ahahhaha. Teruk nau laaaaa. So, tekad laaa tahun depan kena turun mendadak-dadaknyaaaa. Kalau tak, takdak sapa nak kat aku kan susah.. =p .. Berusaha ELMIEAH!!!!

Pelamin Idaman

CANTIK KAN!!!!
Aku menggedik bila melihat pelamin-pelamin ni. Cantik giloss! So, sesiapa yang mencari-cari pelamin yang cantik dan up-to-date, jom jenguk dekat page surizlanbridal ni. Aku saje je nak usha-usha kan, mana la tauuu bila dah usha-usha ni,  boleh kawenggg. Hahhaa.. Cantik kan!! Rasa nak kawen berkali-kali bila tengok pelamin-pelamin yang dia hasilkan. Marvelooss!!