Wednesday, March 28, 2012

Aku Peminat AmanWan

Kecepuukkk !!! Sungguh-sungguh aku menyatakan isi hati aku kan. Haaaa. Hehehe. Who's AmanWan?? Siapa AmanWan?? Sopo AmanWan?? Kauna AmanWan??

Hahahha. Korang masih ingat tutorial mekap bagi lelaki dulu??? 

Okay, aku ni kan suka geledah macam-macam kat website. So youtube salah satu favorite web gak la untuk dikunjungi. Haaaa gitu. So, ku kan ternampak tutorial AmanWan yang betajuk Tutorial Mekap tu. So, bila aku jenguk vlog AmanWan yang lain, banyak yang superb!!!! I love his talent sooooooo much! Hahaha.

Jom jenguk ke video yang buat aku gelak bila tonton banyak kali ponn.. Apa yang penting, vlog AmanWan mempunyai content yang berilmiah dan juga lawak yang versatile.



Takmo kasi banyak-banyak la, korang kalau nak tengok lagi banyak vlog AmanWan ni, korang search la sendiri. Hahaha. Apa yang penting, aku suka dengan AmanWan yang juga dikenali sebagai, Muka Aaron Aziz, Suara Pierre Andre dan juga Badan Afdlin Shauki!


Wa Salute Lu Bro!!!! Keep It Up!!

Dulu Picnik Tetapi Sekarang....

Haaaaa.... Dulu aku suka sangat edit gambar guna online. Before berjinak-jinak dengan Photoshop ni la kan. Time tu manaaaa ada masa nak layan Photoshop yang rumit tu. So, aku lebih suka guna online editor macam Picnik, Phixr, Photo Flexer, Lunapic and apa saja adik beradik dengan nya. Hurmm. 

Kalau sesiapa yang gila Picnik macam aku, semua dah dapat pengumuman dari mereka kan, yang menyatakan Picnik akan tutup April ni. Haaaa. Frust tak?? Frust tak?? Hahahaha. Toksah la frust semua. Korang tekan link kat atas yang aku kasi tu, korang akan ketemu sama editor yang lagik gempaq okay. Percaya lah kata hamba yang comel ni.. 

Ni site untuk korang-korang yang malas nak ngadap Photoshop atau tak reti guna Photosop. Dekat iPiccy ni, korang yang ak reti tahan gaban pon akan terautomatik pandai gunakan nya. Serious okay. So, jangan berlengah lagi.. Cuba lah korang ke iPiccy pulaaa.... '\(^_^)/'

Nak tengok best ke tak??Lawa ke tak?? Meh tgk hasil editing aku ye...

Gambar Asal

simple editing yang aku termampu buat

Fuiyyooo tak?? Hahhaha.. Pada aku fuiyyoo la sebab dia punya tool lebih kurang Photoshop.!!!! 


Enjoy semua!!!


Oh Sejuknye..

Sekarang dah lebih kurang pukul 2.30pm waktu Putrajaya, sejuk diaaaa, macam waktu Subuh! .. Hahaha. Over tak aku? Hurmm, kat tempat korang sejuk juga tak? Mestila kan, sebab pagi tadi hujan lebat betul, nasibla bila bas sampai depan office, hujan tak turun dah. hehehehe. 

Korang buat ape tu? Aku tengah pening mengusahakan diri mencari kerja di laman web bagai la kan. Then, aku pon cuba la buat itu ini. Update SPA8 aku. tapi tu laa, susah nye la nak cari kerja. Kadang-kadang bila dah susah nak cari kerja ni, baruuu la aku rasa bersyukur gila aku tengah bekerja sekarang! Haaa. Punya terok kan aku ni. Hahaha. Yela, ada lagi member aku kat luar tu yang menganggur. aku tak mampu nak fikir cmne la perasaan diorang. Aku yang macam ni pon still gelabah babah nak cari kerja. Tak duduk diam. Haa...

Korang ni takde kerja ke nak offer kat aku.. Jadi bibik pon boooley, asal gaji nya RM2000 sebulan.. Mampu tak korang? Peliissssssss .. =)

Okayla, merapu rapet je aku kan, suasana di office sungguh sejuk, so mood hari ni pon sejuk. Tambahan bos outstation. YOHUUUU!!!.. hahaha. Saya queen of the office today. hehehe. 

Okay bye. 

(^_^)
Sungguh Berwarna Warni Mood Aku Hari Ini.. lalallaalala



Today's Story

Assalamualaikum..Selamat malam sebelum tidur. Hurmm.. Hari ni aku offday. So, bila aku offday, aku buli si Sepet untuk mengheret aku ke MSU. Untuk apa?? Untuk amik result laaaaaaaaaaa... hehehehe..
Amacam? Sapa terra, boleh nampak result aku? heheh.. 


Result cmne?? Alhamdulillah.. tu je mampu ungkapkan.. =)


Tapi tu la, dalam kegembiraan, ada pahit getir nya juga. Hurm.. Alkisah, aku nak setelkan segala hal mengenai MSU hari ni, tetapi.. disebabkan satu department yang system down, habis ranap segala clearance aku, bak kata orang, kerana nila setitk, rosak kasut sepasang. Hurmm.. -___-'

Dah satu kes terpaksa tunda, so niat dihati nak amik voucher RM200 tu. Aku dapat wehhhh!!! hahaha. Saja nak habaq satu dunia. So, aku pon pergilah ke pejabat urusan untuk mengambilnya, tiba-tiba orang-orang pejabat semua meeting. Mak hangin betol la. Mula-mula kasi notis sampai pukul 5.30 je, than boleh  pulak dengan tiba-tiba, dia drag masa ke 6.00 pm. Then lepas diorang abeh meeting 6.00pm tu, boleh depa kata apa?? "DIK, DATANG ESOK JE LA YE" .. demm.. dalam  hati ni.. TAHI LA KAU.. AKU KEJE OKAY.. sesuke hati je nak soh datang bila-bila. Pastu, ada sorang student ni kes sama ngan aku, dah kerja, datang semata-mata nak amik voucher, dia serbu terus ke pejabat kata " kak, saya ni datang dah banyak kali semata-mata nak amik voucher, saya ni kerja, ni last saya boleh datang, tolong la bagi kami voucher tu" .. hahahha...

Nak tak nak, akak tu kene stay la bagi kami voucer. Kalau sorang dua tak dapat takpe gak. Ni ramaii okay. Tu la, sapa soh buat pengagihan pukol 5-6pm je..tak masuk akai laa.. menyusahkan orang lain.. hurmm.. Lepas dapat voucher .. APA LAGI!!!!!


Haaaaaaa... Rembat seberapa banyak buku..!!!! Disebabkan Encik Sepet dipaksa terheret sekali meneman aku ke MSU, aku kasik laaaaa dia amik buku apa dia nak.. AKU BELANJA! hahahaha.. tapi guna duit gomen laaaa.lalalala... 


Muka bahagia kann... kan . kan . 



Lepas dah penat mengshopping buku, kita layan kepsi puleeerrr.. Ohh.. ini berpunca daripada aku mengidam benarrr nak makan.. Almost a year tau tak makan!!! =_='



Dan yang penting, aku pakai baju yang sama tema dengan wallet tersayang!. Ko ada????? Kompem korang takde kan. kan. kan. 


Okay laaa.. Itu sajeee nak mengarut. Happy for the last result, and happy for everything. Alhamdulillah.. =)




Monday, March 26, 2012

Tak Kisah La Apa Kata Depa...

Semalam hari Ahad. Aku dok melangok depan TV. Aku dok tunggu nak tengok Melodi. Hurmm. Tu la budak zaman sekarang, orang dok gosip, kita sibuk nak tengok kan. Hehehe. SO, sambil tunggu-tunggu tu, aku pon layan la Propaganza kat Astro Ria dulu. Layan punya layan, dah 12.30 pm. Aku pon tengok la Melodi. Lepas tu aku mandi sebab nak balik dah. Itu je.. Macam HAREEM kan cerita macam ni. Hahahaha.

Tup-tup , aku sampai Shah ALam Putrajaya, aku pon buka la internet. Tiba-tiba internet HAREMM juga. Tup-tup aku nampak, headline, Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya live! Demmm. Kenapa la aku tak tengok Propaganza tu jeee semalam, Kenapa aku mesti tukar ke TV3!!! Kenapa! Kenapa!! Hahahaha..

Punya la kan, Aku bukan apa, aku kalau boleh nak jadi orang yang tengok secara live, dan bukan orang yang kesejuta yang tengok secara YOUTUBE! .. Haaa. Aku bukan beria sangat sebab diorang lamar bagai tu, cuma aku happy for them la, ye laaa.. Kita boleh nampak Awal tu nangis. Ko ingat mudah nak tengok Awal nanges macam budak-budak tu??? hahaha. Exclusive tuuuu.. Kau ada? Scha cool je. Hehehe.. Macho sungguh Scha. 

aku nengok kat comment ramai yang kutuk bagai, ceramah bagai, aku senyum geleng kepala je la.. Siap kata p la jumpa mak pak Scha tu untuk melamar, kan lagi baik. Hurmm, kalau ikot logic otak terbengkalai aku ni, dah sah-sah Awal tu dah melamar Scha kat makpak Scha tu, now dia hanya melakukan sesuatu yang akan menjadi moment dia hingga akhir hayat dia. Pada aku tak salah pon cara dia, orang nampak salah sebab dia buat live, so orang seantaro dunio nampak, ceerr korang tengok kat Youtube, banyak kan orang melamar macam tu, sebenarnya, kita ikot niat laaa, jangan la kutuk je tau. Diorang tengah bahagia, kita amin kan kebahagian diorang je. 

Lagipon, kalau korang rasa ia nya salah, korang jadikan lah ia teladan. Jangan lah mengutuk bagai. korang ingat mengutuk tu tak salah? Ceeh, Taik idong korang la.

Okeh, jom tengok moment yang sedikit menyentuh air mata aku ni. Hehehe.. Walaupun nampak huru-hara, tapi aku suka... =')


Friday, March 23, 2012

Lelaki pon perlu mekap...

Hahahaha .. Korang tengok video ni .. Meh..Meh.. Lelaki paling terutamanyala kannn... Hahaha... Aku tak kisahla kalau korang yang dah tengok Tapi yang penting aku baru tengok. Sesiapa yang tak tengok lagi. Meh tengok cara-cara mekap lelaki yang terkini. !!! Layann tauuu




Best meh???Syok meh??? Hahaha....



Cacamarba Hits Minggu Ini!








Untuk Kaum Hawa (^_^)

.:: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

Thursday, March 22, 2012

Wanita Vs Kebersihan

Selamattt kepagian semua. Tengah buat apa tu?? Dok mengemas umah ke? Ke tengah mengemas tempat kerja korang? Hahaha. Okayla, hari ni nak celoteh sikitla.  Pasal kebersihan sikit. Hurmm..

Meh aku kasi copy paste sikit hadith mengenai kebersihan :

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Nampak tak betapa pentingnya kebersihan dalam Islam seperti yang di riwayatkan dalam hadith di atas. Haa. Apa aku nak habaq ni bukan apa, aku just nak advice gadis-gadis, wanita-wanita, adik-adik, kakak-kakak, mak-mak, nenek-nenek, kawan-kawan perempuan ...

Tolongla, reti menjaga kebersihan dari segi  diri, keperluan harian dan yang paling penting tempat kediaman korang. Korang suka ke duduk tempat kotor-kotor?Haaaa..mak dah naik suara dah ni. Heheh. Okeh, aku bukan nak kata aku ni pembersih ya amaaaaat. Tapi kiranya aku ni tahu la nak jaga umah kasi bersih..

Senang je ceritanya, bila kita duduk rumah, kita nak suasana yang aman dan damai dek kerana stress dengan keadaan siang waktu bekerja. So, bila balik rumah, mesti kita nak suasana yang sedaaap mata memandang kan. Kalau korang balik, tengok rumah bersepah, lantai melekat, bilik air berkarat, sampah membuak, apa korang rasa? Nak lempang je diri sendiri kan?

So, bagi wanita gadis seluruh dunia, silalah rajinkan diri untuk menyapu lantai, mengemop lantai, mengelap habuk, membuang sampah, mengcuci jamban dan adik beradiknya. Walau korang kerja sehebattt mana pon, sesibukkkk mana pon, setingggiii pangkat mana pon, korang tetap kena kemas rumah. Jangan asyik nak harapkan orang lain jadi 'bibik' korang. Tak patot tu.  Kalau korang duduk ngan family, takkannn la dah  besar gabak nak biar mak korang gak yang buat? Kalau duduk ngan kawan-kawan, takkan la nak soh bibik datang buatkan kan? takkan nak tengok je kawan yang sama gak yang buat kan? 

Jangan la terlalu malas untuk buat kerja rumah, kita ni sebagai perempuan, cantik mana pon baju, pakai barang mahal sekalipun, kalau tak reti jaga kebersihan rumah, TAK GUNA JUGA. Rugi jadi perempuan. Nak kata penat keluar cari rezeki, orang lain pon penat cari rezeki, nak kata tak reti mengemas, memang sampai mampus la tak reti kalau asyik cakap tak reti tapi tak pernah nak cuba mengemas, kalau nak kata mak tak kasi, meh jumpa aku, biar aku slow talk ngan mak korang. Huh

Panjang dah aku celoteh ni, aku bukan apa, dah banyak rumah aku duduk sebelum ni kan, so aku paham la kerenah-kerenah sesetengah orang. Macam rumah kampung aku, makpak aku orang meniaga, semestinya rumah agak messy, tapi aku sebagai anak, bila balik ke sana, pandaila guna kekretifan aku nak kemas kasi clean balik kan. Jangan la terlalu mengharapkan makpak korang. Kalau korang rasa korang ada tanggungjawab, korang buat..

Macam rumah sewa kan, mesti duduk ramai-ramai, jangan la asyik biarkan orang yang sama buat semua kerja. Korang balik-balik je rumah dah cantik, rumah dah sedaaap di pandang, korang jadi besar kepala la kan. tapi bila rumah kotor berkarat, korang buat apa? BUAT TAK TAU JE LA KAN. Erm, susah macam tu.. Lagi-lagi kalau yang bujang macam aku ni, kalau time bujang ni tak reti nak mengemas, for sure la time dah kawin nanti terkial-kial la korang nak mengemas, baru la kantoi ngan mertua kan, harap muka lawa, padahal pengotoq!. Huh.

Dah dah.. sudah cukup melalut aku ni, cuma tu la .. macam aku post kat FB dulu-dulu tu...

KALAU RASA NAK JADI PENGOTOQ,TOKSAH JADI PEREMPUAN!!

Sekian. jelik.


Wednesday, March 21, 2012

Suatu Pagi

Dah 2 hari aku pergi kerja awal. Bukan nak cerita pasal kerja, cuma aku nak cerita sikit je apa yang aku nampak dalam 2 hari ni. Aku perasan la kan, time aku lalu presint 8, aku jumpa sorang kakak ni.. Dia duduk kat bus stop presint 8 tu . apa yang buat mata aku nak tengok dia sebab nya, cara dia duduk. Haaa.. Ape kes aku nak sebok pasal duduk orang kan.. Padahal semua orang pon duduk. Tapi tu laaa.. 
Okay, cuba tengok cara dia duduk. Ermm.. susahla nak cerita.. sebab aku lukis pon takde perasaan, so, lukisan tak jadi sangat. Macam ni laa.. Kakak ni duduk kat bus stop mengiring macam tu, then dia nye kaki sebelah bersila dan lagi satu kat bawah. macam ditunjuk kat atas la kan.. Maybe pada korang biasa je, pada aku tak, sebab apa? Sebab kakak ni pakai tudung labuh gila. Tiba-tiba dia duduk macam jantan. Sumpah aku cakap, perempuan biasa takkan duduk macam tu melain kan dia kak Tomboyyy. Haaaa. begitu. Then, pagi tadi aku nampak lagi orang yang sama, but kedudukan yang berbeza, tetapiiiiii...
Rugged tak kakak ni? Macam TAHI tauuu .. Maafla kalau aku kata begitu, sebab sungguh tak senonoh okay. Lainla kalau dia sorang kat situ. Ni dala ada lelaki sorang tunggu kat situ, ko duduk macam tu, then bus stop kat tepi jalan, orang lalu lalang macam aku  ni, mesti la nampak, hadoiiila hai. Tak senonoh betol. Serius aku kataaa... Nak snap gambar tak sempat. Aku tau la dia pakai stokin hitam yang tutup segala jari jemari dan kaki, tapi stokin bukan jaminan yang kakak ni boleh duduk macam tu. terselak belakk u know. Batang kaki tu nampak gak kannn.. Bukan aurat gak ke tu??? Aku pakai baju kurung, duduk terkepit-kepit tau.. tak kuasa aku  nak kangkang macam ni. Macam TAHI.. Again. Sorry tersebut lagi. Bukan apa, orang kalau lalu lalang ni,, dia akan nampak sekali je kan, so, pertama orang akan nampak pakaian dia la.. Kakak tu seriuosly bertudung litup tutup sampai bontot tau.. cuma tau laaa...

Betol la orang kata, don't judge book by it's cover. Walaupun dia pakai macam tu, tu tak menjamin yang dia ada ilmu agama yang cukup. Betol tak? Kadang-kadang, disebabkan dia seorang yang macam ni, masyarakat akan tunding jari kepada semuuuuuuaaaa orang yang tudung labuh macam kakak ni semua perangai lebih kurang. Haaaaa. Betol dak?? Betoll kan.. Sebab aku pon macam masyarakat lain..


So, diminta korang-korang kalau korang pakai baju yang berunsurkan kain ke kan, jangan la duduk tak senonoh macam kakak ni. Maluu la orang pandang. Lagila kalau korang tudung labuh litup macam ni. Aisssshhhh.. geram rasa ingat menda ni. Aku tak kata aku baik sangat duduk tak pernah mengangkang, tapi orang kata agak-agak la kalau nak buat perangai tak senonoh. Jangan laaa kampung sangat kann. Haaaa. Orang kampung pon tau duduk molek.. ni kan kakak ni. Halaaaahai..


Tepuk dahi je la aku kalau sok aku nampak lagi. Pelik sungguh. Sampai sekarang aku dok pikir, kenapa dia duduk macam tu. Atau dia fikir tak salah duduk macam tu kerana tak menunjukkan aurat kulitnya??? Hurrrmmm.. korang ada akai, korang jawab sendiri.

Rasa Tak Perlu Kootttt...

Haaaa.. kalau kita tengok kat media sekarang ni, macam-macam diorang buat supaya apa yang mereka publish kan dapat menarik minat pengguna untuk menggunakannya dalam erti kata lain, mereka sanggup mengeluarkan iklan-iklan, cerita-cerita yang kadang-kadang tak masuk akal dan kadang-kadang tidak molek di paparkan. Ini salah satu marketing strategy supaya rating jualan mereka meningkat. Contohnya, pagi tadi aku beli paper Metro. Time syok baca-baca.. tiba-tiba mata aku tertumpu kat satu iklan kesihatan ni. Adoiila ha.. Mintak maafla kalau gambar yang aku paparkan ni adalah salah seorang ahli keluarga korang. Aku just nak share apa iklan yang kurang proper diletakkan di khalayak..


Aku baca, aku geleng kepala, perlu ke??? Kadang-kadang iklan ni aku nengok macam nak galakkan menambah bini walaupun tak mampu dari segi kewangan tapi mampu dari segi batin.. Hurrrmmmm..  "BIAR BERAS KURANG, JANGAN KURANG TONIK' ..kalau idop nak layan batin jeee.. anak-anak nak makan ape kan??? Makan batin jugak ke??? hurmmm... buat iklan tu kasi senonoh sikit laa, dah tu pulak orang Melayu kita ni.. pakai tudung lagi tu... dah tok aji dah tu.. haisyooo.. geli aku baca dialog diorang.. kalau bukan salah diorang pon, salah yang buat iklan ni laaa, tak syok la baca.. hadu.. 


Kalau korang rasa iklan ni molek dipaparkan, korang punya pendapat la. Aku tetap dengan pendapat aku. Headline dia pon tak boleh blahh.. Hailaaaa Metro... Suka keluarkan sesuatu yang pelik dan jelik.. aku pon beli kannnnn .=_= ....


.jelik.



Mengimbau 2005

Selamat pagi semua.!!

Hari ni bersamaan 21/03/2012... haaaaaa.. budak-budak SPM tahun lepas mesti tengah gendong macam-macam perasaan kan?? dup dap dup dap!!!

6 tahun yang lepas, aku jugak alami perkara yang sama. Haaaaa sungguh asyik okay. hahaha. Mana tak nya, dah dalam otak memang bersedia nak mengadap mak and apak aku. Ini berpunca dari sikap aku yang tak bersungguh-sungguh langsung amik peperiksaan SPM. Haaaaa. So, Hambikkk kau. Result tak best langsung. A?? Jangan harap. HAhahahahaha!! Gelak dekat diri sendiri. Orang lain, mesti ada satu A paling koman pon kat Bahasa Malaysia kan? Aku? Toksah cite laaaaaaaa.. Aku pon kadang-kadang fikir, hari-hari aku cakap BM tapi BM dapat 4!!!!!!! Cehhh!. lagi sikit nak dapat C. GILA. Mak geleng kepala. tu la haaaaiii... 

Makpak antar p sekolah soh belajaq.. Bukan main. Hahaha. Itu la yang terjadi kepada aku. Aku ni kalau dapat masuk apa-apa aktviti, ,memang aku akan taksub kat situuuu je. So, alkisahnya bila tahun 2005 iaitu time aku kat tingkatan 5, aku tekad, aku nak masuk Kadet Bomba sebab nampak syok.! Lagi satu, Kadet Bomba kat sekolah aku time tu tengah popular. Kiranya bolehla poyo-poyo kan, bajet hottt bila dapat masuk Kadet Bomba. Haaaa. aku berusaha time masuk ujibakat. Ade ujibakat tu. hahaha. Tup tup, aku terpilih!!!!!YOoooHHHhhooo!!

Dah kata masuk Kadet Bomba, adalah kawad kaki kan. So, setiap tahun sekolah aku jadi top 1untuk pertandingan kawad kaki. Kira paling hot di Pahang la time tu. Bila masuk pertandingan je, semua orang kenal. CeeeeeehHHH. Seee hot ke tak hot?? Haaa.. So, bermulalah kehidupan Kadet aku bermula awal tahun tanpa rasa bersalah nak exam SPM. Ade aku kisah? hahaha. So, bermula dengan pertandingan peringkat daerah sampaiiiii la kebangsaan.! See, betapa hebatnya kami kan.! Hahahah. BANGGA! BANGGA! .. =) 

sapa nampak aku... dia hebat!.lalalalalala..
Oleh kerana terlampau hebat aku nye pasukan ni, maka training kawad kaki dan kerahan harussslah diadakan setiap petang setiap hari. Kulit?? Toksah tanya la... No fair and lovely, just arang. Hahaha. Hitam gila muka aku, macam anak angkat pulak bila aku balik umah. Pak aku mampu geleng kepala. Hahahaha... Dasar anak bongsu degil! 

Training....pertandingan...training..pertandinga... berlarutan sampai nak dekat beberapa bulan nak  exam, time tu aku sungguh syook sampai satu hari bapak aku tanya.. ' Seronok sangat ke main tu ? Dah lupa ke exam lagi bape bulan ni?' ... DUUUUMMMM!!!! =_#  ... aku lupaaaaaaaaaaa... terlalu alpa.. time tu jantung berdup dap gak laa, bapak aku kalau marah, lain macam sikit, nak taknak, aku kena redha. Time tu nak dekat pertandingan kawad kebangsaan kat Perlis. Aduuuhhh... Takpa-takpa, tahan telinga lagi, try study apa yang patot. Padahal, takdela sungguh-sunggu sangat aku study. hahaha... Sooo bad ..
kenangan ni tauuu..korang ade?? carila lagi kalau jumpaaa.. =_= 
So, lepas habis segala bagai pertandingan, aku pon relax dah laju-laju baca buku. Derrrr kalau baca buku last-last minute ingat ade magic ke boleh kasi kau A semua subject? Memang tak leeeeee. =_= .. So, dengan seronoknya, aku amik result takda A dan ada nya E.. DEMMMMMM lagi. time tu nak menyesal pon tak guna. Ingat nak give up la kononnya.. hahaha.. lawak..
Kenangan di Dorm C2... =)
So, aku pon takpeeeelaa... dengan result macam ni, sah-sah takda universiti tempatan aku akan dapat, aku redha lagi.. Then lepas tu aku cakap kat mak aku nak kerja kat tempat kakak aku. So, tak sampai sebulan kerja, aku dapat offer MSU.. Private college deeeerr.. amik je la dari takde kan. HAhahaha.. So, time Diploma.. still tak insaf-insaf.. Result Masyaallah.. hahahahah!!!!

Then sampaila sambung ke Degree, Alhamdulillah, baru aku nak insaf.. Result Alhamdulillah, dapat juga merasa jadi salah seorang dean's list.. hehehe. Alhamdulillah lagi. Dan sekarang, dah dapat kerja walaupun kena mula dari bawah. Alhamdulillah lagi. Kalau idtu dah rezeki aku kan.. Maybe kemudian hari rezeki lagi berganda kita tak tahu kan??? Semua Tuhan yang aturkan.. =)

So, kepada adik-adik yang nak amik result tu, dapat apa keputusan pon takpa. Jangan ingat nasib kita akan datang ditentukan oleh result SPM tu.. Banyak lagi cara yang  boleh buat kita berjaya. Kannn... Tengok macam sayaaa... lalalalla.. hahaha.. dah dah.. jangan jadi macam aku!! mainnnn je tau. Huh. hahah.. tapi apa-apa pon, life kat sekolah memang seronok, tak payah pikir masalah negara sangat , main main dan main. Belajar tu sikittt je. Hahahaha... Now dah dewasa ni.. aduuuhhh.. pedih. banyak nau nak pikir.. Tapi takpelaa.. 

Turun naik kehidupan, semua akan merasa kan.. so just have fun dengan kehidupan.. baru lah enjoy!! (^_^)

Tuesday, March 20, 2012

Besday Mak!!

Lame bebenar nak update menda ni, adoilaa. Bukan apa, tiba-tiba gambar tak boleh nak upload, gabak sangat kot saiz dia, nak-nak pulak laa internet last week haram jadah.. maka tertundala sehingga hari ni. Hokey, saja nak share pasal family gathering kami last week 10 march 2012. Actually a week before adalah perancangan kami untuk mengadakan besday mak, tapii last-last minit, apak aku boleh tak jadi datang, sabaar je laa ai tau. Sebaik laaaaa aku tak involved dalam preparation. Hahahah. Okay, sudah diberi tahu sebelum ni, aku dapat anak sedara baru!!! Meh nak tunjuk muka hemsem anak abang aku ni...

Memperkenalkan our new emsem boy!! Muhammad Amar Shahid... (^_^) .. (idong tu keturunan tu.. ehem)



Haaa... muka nya ada la lebih kurang abang nyee, sonok la Adam lepas ni, ada geng dah dia.. tapi bukan baby girl tau.. hehehe.. Next time baby girl yeee.. heheh.. Bukan apa, before ni, tima mak dia mengandung, semua pikir ni baby girl, sebab Adam suka sakat sepupu sepapat pompuan dia a.k.a anak sedara aku la kan. So, tengok dia sayang sangat kat sedara mara nya, semua pikir pompuan la adiknya nanti.. tapi.. Hero juga yang keluar.. hahaha.. takpela dam,, next time yee. hehhee..

Hemsem tak saya?? Nanti adik saya emsem macam saya jugak laaa.. (^_^) - Adam

Okay, so datang-datang he umah abang aku, semua perot lapar. Almaklumla, janji nak makan sama-sama nanti bila dah sampai umah abang aku. So, alkisahnya kakak aku masak nasik tomato and yang lain bawak la kek and kuih. As usual la kan. Hehehe. Then, kami pon makan dengan rakusnya sampai tinggal ni...


Aku makan takde la rakus (tipu), sebab panas ya amat time tu.,, hanya tuhan yang tau. Lagilah bila rameeei sangat time tu, family aku dah se'bas, datang jugak family kak ipar aku se'bas, haaa.. cuba bayangkan.. cuba! cuba! hehe..

Jom layan keletah mereka-mereka ni... hehe.. seronok bila sekali sekala kumpul macam ni kan... =)

sepupu sepapat

apa la didalam minda mereka nii..semua macam tengh berfikir.. hehehe

budak yang takde perasaan.. tak reti duduk diam yeee.. heheh

budak yang buat perangai, bila dah nak balik baru nak layan orang.. hadoila yana...

the geng of budak-budak kecik

semua bizi hal sendiri..

adam: hadoii..camne la nak kemas umah ni kangg.. parah .. =_=

epic picture!
Hahaha.. macam-macam perangai kan? Seronok je layan diorang ni.. pening kepala aku.  hehehe.. Okay sebelom balik, kami pon nyanyi-nyanyi laaaa nak sambut besday mak.. hehehe...
Happy Birthday M'bah(nenek) .. hehe style tak??

Happy besday mak!! Semoga bahagia sampai bila-bila.. ( aliaa tak sabar..hahha)
Okeh laaa.. banyak sangat celotehnye.. bukan korang baca sangat pon kan. heheh.. Okay bye.! =)

Editing Mood

Hahahaah..!! kasi aku gelak dulu okay. Bukan apa, aku ni kan suka explore menda baru dalam hidup aku.. Baru la syok kan hidup. Okay, aku ni kan down-to-date sikit kan, so time orang dah 10 tahun dulu tau edit mengedit ni, aku baruuuu la ni nak bertaktehh kan. Takpe, janji aku ada ilmu tu daripada takde langsunggg. Kau hadoo? Heheh

Okay, aku explore apa yang menarik lagi kat photoshop ni, then cari punya cari, aku tiba-tiba rasa nak touch up gambar kasi badutt style sikit. Hahaha. tu la aku gelak gila tu. Boleh time edit-edit, aku gelak, macam tengok cerita lawak.. tu la salah satu terapi jiwa tau dak. Jagan ingat tengok cita lawak je boleh gelak, buat apa yang kita suka ponnn kita boleh gelak. Have fun katanyaa.. Okay, meh tengok ni..

First time edit, tak tengok tutorial.. so hasilnyeee.. takde la wow sangat kan..

 >>>>

Then, ini la hasil yang buat aku pecah perot tu... sekali pandang macam perempuan tuuuttttttttt... eissshh dosa-dosa.. =_=' ,, pandang banyak-banyak kali macam badutt pon ada.. hahaha.. tapi kalau sekilas pandang, comei gak... macam baby doll.. uweeeerrrkkk.. hahahaha.. !! Aku kasik Encik Sepet tengok, ya ampun.. Dia takot.. hahahah.. never makeup like this in future okay.. cisss , kurang asam nye Sepet =p

>>>>

Hokey.. ada yang mahu dimekap kan?? Meh aku tonyoh muka korang nak?? hahaha... guna phototshop laaaa... takkan guna tangan aku... berani pulak kan.. =) 

Sunday, March 18, 2012

Mood Turun Naik

Ohh.. Rasanya macam dah seminggu tak update blog kan. Heheh. Punya la banyak menda aku nak cerita. Tapi tu la.. Asal bukak je, ada keje.. Asal bukak je, mood takda.. Asal bukak je, ngantuk.. Cer mana nak update? Hahaha.. Alasan baik punya. 

Sekarang aku masih dalam proses membetulkan hormon aku. Haaaa. Bunyi sungguh mengasyikkan, Haahaha. Maybe proses ni akan mengambil masa juga untuk dibaikpulih. Heheh. 

So, now aku agak on off mood untuk update. Banyak menda nak update nii.. Cerita mak nye besday, cerita family gathering nye lagi.. macam-macam lagi la.. Tak sabar nak cerita tau. au au au.. Haaa.. gila gedik.  

Okay bye. 

Thursday, March 8, 2012

Mood Gatai Mai dahhhh..

Mac merupakan bulan yang ramai kawan aku berlumba-lumba nak kawin! Haha. Ape kes?? Dala tibe-tibe pulak tu. Takde angin takde ribut.. Korang nak kawen. Sedih la aku. Mana aci korang jalan dulu.. Tak aciiiiii. Lalaala. hahaha.Ucapan ikhlas dari aku kepada dua sahabat aku iaitu Ratna Dewita dan juga Mohamad Lukman, Semoga perkahwinan korang mendapat keberkatan sehingga Jannah. Kalau dapat baby girl, jangan malu-malu ntuk meletakkan nama aku yang comel  ni tau. Sebab nanti korang dapat mimi version korang. Kan ke cute tuu. Alaahai. Hehe. Okay la. Mood jeles kat korang. Semua buru-buru mahu kawin kan.. Tunggu la aku pon buru-buru jugak.hehehe. SELAMAT BERBAHAGIA KORANG!!! I MISSS U...!!!

Dulu-Kini-Akan Datang....

Dahulu
  1. Happening
  2. Gila-gila
  3. Ramai kawan 
  4. Enjoy dengan life
  5. Boleh pergi mana je nak pergi
  6. Boleh shopping apa sahaja yang nak shopping
  7. Keluar pagi balik pagi *jenjenjeng
  8. Makpak and pinjaman tanggung kewangan
  9. Gelak ketawa share problem dengan member umah
  10. Hang out, karaoke, dating, shopping, eating, movie etc
  11. Tak payah nak fikir simpan duit bagai
  12. Senang dengan orang sekeliling
Sekarang
  1. Bosan
  2. Tak Happy
  3. Banyak hipokrit dari ikhlas
  4. Suka duduk sorang-sorang
  5. Kawan tempat mengadu jauh
  6. Takda sapa tanggung kewangan, hanya diri sendiri tanggung
  7. Hidup tak enjoy kat tempat baru
  8. Rindu zaman belajar sentiasa
  9. Rindu kawan-kawan yang ada memori di Shah Alam dulu
  10. Rindu nak hang out, karaoke, lepak dating bagai
  11. Susah dapat kawan kat Putrajaya sebab majoriti buat hal sendiri
  12. Rindu hidup berkawan
  13. Jarang balik kampung dek kerana bajet kewangan
  14. Life dengan family makin bermakna
  15. Life besama Encik Sepet juga makin bermakna, insyaallah..
  16. Belajar berdikari
  17. Belajar nak kawal perbelanjaan
  18. Biasakan diri memberi sedikit gaji kepada Makpak setiap bulan sebagai hadiah 
  19. Makin banyak menda untuk difikirkan
  20. Susah untuk mempercayai orang sekeliling
  21. Hidup lagi bermakna dengan kehadiran budak kecik dirumah aku
  22. Tekad tidak mahu dipijak oleh orang lain
  23. Tekad untuk mementingkan diri sendiri 
  24. Tekad nak ubah hidup
  25. Tekad nak turut berat*jengjengjeng
  26. Tekad nak kumpul duit
Akan Datang
  1. Hope berjaya ubah kehidupan ke arah lebih baik
  2. Hope mampu mencapai apa sahaja yang aku nak sepanjang hidup ni
  3. Hope diberi kesenangan, keberkatan, kebahagiaan
  4. Hope aku mampu merubah status aku ke tangga lagi satu
  5. Hope aku mampu tanggung makpak aku macamana makpak aku tanggung kami adik beradik
  6. Hope aku mampu menjadi anak, adik, kekasih,kakak, isteri, menantu, ibu, yang disayangi oleh generasi akan datang
Ini je list yang keluar dari otak aku. Hahaha. Bacelah kalau nak baca. Aku buat ni supaya aku mampu ingatkan diri aku dan juga merubah diri aku ke arah lebih baik dan menjadi manusia yang lebih tahu menghargai apa yang baik di depan mata dan menjauhi apa yang kurang disenangi di depan mata. Lebih baik mencegah dari merawat. haaa. dah macam iklan apa dah... 


Pagi Yang Hujan

Brrrrrrr.....rrrrr.. Tempat korang hujan tak? Hoho, aku rasa majoriti Klang Valley ni hujan kan.. Sojuk nyo. Pagi-pagi perut kroookk kroookk mintak makanan. Hahaha. Comel betol perot aku ni. -____-' ... Lama tak tulis kat sini kan. Bosan plak bila lama tak buka. Yela, agak busy minggu ni. Lagipun aku rindu sama family, so apa pon tak booleh. Minggu ni nak jumpa family aku!!! Mana aku tak happy kan, bila last week parents janji nak datang. Tup tup.. hari Sabtu tengahari aku baru tahu yang depa tak jadi datang!. haaaaaaaa. Keciwa. Kalau tau awal, mang aku dah vromm vroomm ke Raub. Tapi dah tengahari, macam kalut la nak balik ke sana kan. Terpaksa la tahan diri tunggu minggu ni. Hehehe. Rinduuuu. Lagi-lagi la semalam dapat anak sedara baruuu... Yeaayy!!!!!!
Yeayyy!!!! Adam dapat adik baruuuu... boleh main wrestling la kan.. Seronok la kann pasni ade member.. hehehe.. Mesti hemsem mcm Adam gak. Hahaha. Okayla.. Mood nak jumpa family je ni.. Tak sabar-sabar..

Sunday, March 4, 2012

Peminat Mentor Mengamuk!!

Selamat Malam semua!! Tengah wat apa tu?? Tunggu depan TV ke? Tengok TV3 ke? Tengok Iklan berulang-ulang ke? Hahahahha. WhatTheFish! Aku salah seorang yang tengah tengok TV3 ni. Actually, aku tengah lepak dalam bilik, dok layan photoshop aku,so jam nak dekat pukol 9pm dah. aku nak sangat tengok Mentor dek kerana iklan-iklan dia yang menarik-narik aku nak tengok nye. So, aku sangaaaaaat malas nak keluar bilik. 

Alkisah, aku pon gagah la tengok streaming Tv je. Online la kann.. Tak berapa clear pon okay la, asal aku dengar suara nya kan.. So, aku bukan la Tv online ni.. Dari kol 9pm until now, aku nampak iklan dia asyik berulang je, Apa kes??
Nampak? iklan pak agong kita. Haaa sudah. Aku dok pelik la awat dari tadi dok ulang iklan sama. baru nak marah streaming ni. Hahaha. Then aku ade idea, tengok kat fb tv3 kan. Nampak tak betapa malasnye aku nak keluar bilik? Nampak? hahahaha. Semua info di hujung jari la katakan... So, bukak je FB TV3, aku nampak ni...



Hahahah... Tak jadi nak marah, aku siap gelak tengok mende ni.. Lawok-lawok. Aku ingat aku sorang je fanatik nak tengok Mentor. Last-last? Hahaha.. Seperti di atas. Kesiaaaan TV3. Kene maki je la dia malam ni.. Tak sampai sejam dah beratus-ratus makian dia terima.. So, mood untuk Mentor pon takde dah. Sebab tunggu punya tunggu, Merlin yang keluar. Apaaa la TV3 ni. Hahaha...


Patot la aku malas sangat nak keluar tengok TV,ini bakal berlaku rupanya. Hahah. Nasib aku baik. Heheh

Kalau Ikot Hawa Nafsu

Pukul 9.20pm tadi, aku mengidam piza. Sebab punca musababnya, aku kkuar umah siang tadi beli lunch, lepas tu aku nampak iklan piza, lepas tu aku naik umah aku nampak iklan piza. Piza dan piza. So aku cakap kat diri aku, ni petanda soh aku makan piza kot. Hurrmmm.


Tepat pukol 9.20pm aku bukak laman web Domino. Sebab kat Putrajaya ni Domino je murah sikit. hehehe. Alasan tak munasabah. So aku laju-laju buat online order. Good Job Domino!! Cepat, mudah dan selamat. Hahaha.Zap Zip Zup, siap order.. So, dia keluarlah notification macam ni..
Haaa..keluarlah status begini..korang boleh la nampak dimana piza korang berada. haahha. So, jangan lah risau terhadap piza korang tau.. Dia akan kaler merah bila dia ada kat mana-mana step.. So yang aku ni dia dah start moto nak hantor laa... Nampak?? hahah..So, abang Domino pon sampai, nasib tak berapa hemsem, kalau tak , aku dah ajak dah dia dinner piza ngan aku. Hahaha. Dasarrr gatal.hahah
Tadadaaaa...Thank You Abang Domino.. Haaa.nampak tak?? Banyak?? memang banyak.. Tapi jangan risau.. Harga nye sungguh memuaskan. So, berbaloi-baloi..Korang jangan pikir aku order dua piza lak yeee, jangan nilai buku dari kulitnyaa... hahahaha.. Apa yang aku beli?? 
Tadadaaaaa lagi. Heheh. Tu nampak ape aku order? Tak nampak jugak aku tak tau la kan. Aku order Aloha Chicken, Twist Stick dan lagi satu yang macam piza tu apa tah nama dia, piza banana kaya kot nama dia. Hahaha. Booleh la tu kan. So, korang kena ingat, aku ni kalau datang nafsu serakah nak makan ni, memang melampau la. Ni la hasilnya. Tapi bila dah ada depan mata, korang rasa aku makan habis tak??Jangan harap. Wassalam la kan. Hehe. Stick satu, banana satu piza satu. FULL!! STOP!! 


Nampak tak pembaziran nafsu aku?? aku memang macam ni, nasib la ni awal bulan. Sok-sok memang makan angin je la aku kan. Pembaziran yang nyata. NI terpaksa aku buat lunch and dinner sok la menda-menda makanan ni. Dah nasib mak cmni kan.. Nak wat camne nokk..


Mak dah  ngantok..GoodMoning.ByE!

Mungkin Tak Sedar

Selamat Malam!! Malam ke pagi ni?? Okayla..mana-mana la. Hehehe. 
Malam-malam ni aku tak ley tidur awal sebab baru baham Domino tadi,
nak tak nak kena la tahan ngantuk jap,
so mata pon nak tengok la Facebook ni, 
dok lawan cerita berbahas bagai ngan housemate dulu, 
macam-macam hal la,heheh..rinduu nak duduk shah alam balik..
dalam sibuk-sibuk layan budak-budak ni, 
aku pon tertengok la post wall dari seorang budak ni, 
dia ni aku kurang gemoor sikit,
walaupun dia muka macam alim kucing miaw miaw,

Alkisah...
Dia suka post macam-macam kat wall,
Semuanya about Islamic,
dari situ kita dah nampak dia ni 'macam' alim kan,
Walaupun begitu,
hati aku masih tidak suka kepada dia,
cerita ponpang pongpeng,
post islamic sini sana,
tulis' kalau tak jaga batas pergaulan, cmne nak jaga batas yang lain yang lagi berat?'
Huh.!
Post tu tak salah..tapi nak je reply kat dia,
"hai..cakap ngan diri sendiri keeee"
Eyy.. Aku kurang gemar ngan orang macam ni,
lagi-lagi budak-budak nak up kan..
mengarot-ngarot,

Aku marah sangat bukan ape,
bila dia post yang tadi tu, aku jadi menyampah,
padahal dia layan jantan bukan main,
jantan sajaaa dia layan,
lepas tu tulisan bajet comel-comel,
WhatTheHell la kannn..

Haa..tetiba aku nak hangin kan. 
Hehehe..
Motip tu takde,
cume aku memang benci pada orang yang tulis nasihat bagai,
padahal diri sendiri macam tu,
GoToHell


Then cara penulisan dia,
Aku tak suka sungguh,
Semua dia tulis sama ngan cara penulisan lelaki yang die kenal sekrang,
korang bayangkan la,
dia kan islamic 'kononnya',
tapi bila tulis, tak kena gaya,
kalau dia lelaki, nak tulis camtu,
takpa la gak..
Eyyy..rimas rimas rimas..


Sebab apa aku marah sangat ngan minah ni??
Sebab ia akan efek di kemudian hari aku nanti..
itu je yang mampu aku luahkan..




post ni sungguh takde ujung pangkal,
jangan marah yee korang
(^_^)