Zaman sekarang ni semua mende nak murah kan? Jadinya aku ni sebagai wakil-wakil penjual ni nak lah kenalkan korang dengan beg-beg yang sure cantik, berkualiti, material tebal, student friendly & yang paling utama nya MURAH!
JOM VISIT
INSTAGRAM Beg Murah
FACEBOOK Beg Murah
Kalau beli satu beg dengan harga lain. Beli dua beg harga lain. Postage mengikut berapa beg yang korang beli.
Ni semua contoh-contoh beg tu. Semua ni ready stock. Kalau nak tengok banyak warna lagi, boleh tekan link kat atas yang aku bagi tu. Sure korang rambang mata.
Kualiti beg aku ni bukan kualiti shopee tau. Yang gambar kemain cantik. Tapi kualiti pakai sehari. Siapa pernah kena dia faham maksud aku 😒
Beg aku ni kualiti beg mahal dengan harga yang murah! Macam mana kat gambar, macam tu juga korang dapat. Tak caya meh beli.. 😊
Wednesday, August 7, 2019
Tuesday, August 6, 2019
Tukar Header
Dah berkurun lama aku tak tukar layout theme blog aku ni. Tiba-tiba malam ni rasa nak tukar header blog. Almaklumlah, header sebelum ni di create masa zaman bujang kan. Sekarang ni dah masuk umur 30-an. Kita tukar lah kepada lebih feminis. Hehe..
Friday, August 2, 2019
Cara menghadapi tekanan
Siapa jenis kepala otak macam aku? Jenis otak cepat sangat serap menda sekeliling. Kalau keliling tu pembawakan positif. Positif lah diri. Kalau keliling tu pembawakan negatif. Negatif lah diri.
Aku lately terlalu banyak tersedut perkara negatif. Bukan aku suka-suka tau. Memang ditakdirkan perkara-perkara negatif tu berada dekat dengan aku. Jadinya, aku kerap trauma. Panic attact pon ada. Dulu aku pernah anxiety kan. Aku takut menda tu datang balik. 😢
Doakan aku sentiasa dikelilingi perkara-perkara positif. Sebab kalau aku stress, dan tekanan, aku takut efek kepada suami dan anak-anak aku.. Doakan aku tau.. 😊

Monday, July 22, 2019
Dugaan
Harini aku diuji ketahanan mental. Korang doakan aku boleh kuat dan sabar menghadapi ujian ni okay. Kalau ikut kan hati, memang hati dah koyak. Tapi aku cuba kuatkan juga demi nak jaga emosi & mental supaya sentiasa ke arah positif dan tak tersasar.
Sunday, July 21, 2019
Aktiviti Hujung Minggu di Langkawi
Selalunya, hujung minggu Sabtu Ahad suami cuti. Itu lah waktu yang seronok sekali sebab boleh ajak jalan-jalan. Langkawi ni tak besar mana pon. 45minit je dah habis satu Langkawi kami pusing. Hahaha...
Dusebabkan duduk sini nak masuk 3 tahun dah pon. Jadinya kami hujung-hujung minggu rajin cari ketenangan saja. Duduk pulau kan. Laut lah jadi pusat ketenangan tu. Sini banyak port lepak tepi laut. Tiap minggu, port berbeza-beza.
Semalam kami lepak Taman Lang. Kat situ mercu tanda Burung Helang besar tu. Kalau datang Langkawi naik feri. Taman Lang ni lah destinasi pertama korang wajib singgah. Sekadar nak ambil angin, have fun, relax-relax dengan family.
Datang petang-petang memang best. Angin yang mendamaikan..
Harini pula pergi amik angin dekat pantai yang berdekatan Pekan Rabu. Situ selalunya orang tempatan je lepak-lepak. Jarang tourist tau tempat ni. Sebab sini bukan ada apa pon. Sekadar ambil angin & layan jiwa yang tenang sambil tengok bot & feri lalu lalang.
So, kalau korang cari tempat yang menenangkan. Mari lah ke Langkawi. Ni baru sikit aku tunjuk.
Dusebabkan duduk sini nak masuk 3 tahun dah pon. Jadinya kami hujung-hujung minggu rajin cari ketenangan saja. Duduk pulau kan. Laut lah jadi pusat ketenangan tu. Sini banyak port lepak tepi laut. Tiap minggu, port berbeza-beza.
Semalam kami lepak Taman Lang. Kat situ mercu tanda Burung Helang besar tu. Kalau datang Langkawi naik feri. Taman Lang ni lah destinasi pertama korang wajib singgah. Sekadar nak ambil angin, have fun, relax-relax dengan family.
Datang petang-petang memang best. Angin yang mendamaikan..
Harini pula pergi amik angin dekat pantai yang berdekatan Pekan Rabu. Situ selalunya orang tempatan je lepak-lepak. Jarang tourist tau tempat ni. Sebab sini bukan ada apa pon. Sekadar ambil angin & layan jiwa yang tenang sambil tengok bot & feri lalu lalang.
Wednesday, July 17, 2019
Penangan Breastfeed
11 haribulan 7 haritu cukup 2 tahun aku susukan Indra. Banyak suka duka nak capai ke tahap ni. Kadang rasa nak give up. Tapi aku teruskan jua.
So, nak dijadikan cerita, aku makin hari makin sakit lah belakang ni. Sebab nya Indra ni jenis malam kerap menyusu. Sekejap kiri sekejap kanan. Aku yang ganteng ni kena lah mengadap ke kiri kanan juga.
Sampai lah detik semalam. Sakit dia teramat lah sangat, sampai nak pusing pon tak boleh. Last-last mintak suami urut la. Suami cakap urat simpul. Banyak sangat guna part ni kan. Aduhai lah. Sakit teramat.
Sesiapa lah ada tip ke macam mana nak hilangkan sakit-sakit badan bila breasfeed ni, bagitau aku lah ye. Hehe.. Now still breasfeed Indra tapi aku dah suakan dengan susu lain juga, bagi dia tak demand susu badan dah & aku boleh putus susu. Tapi kena bagi biasa kan dia dengan susu lain dulu lah baru berjaya misi ni. Selagi tak berjaya, selagi tu kena hadap sakit belakang... Dugaan.. 😞

Monday, July 15, 2019
Cara Menjemput Rezeki
Aku saja nak share salah satu cara untuk menjemput rezeki & dimurahkan rezeki. Rezeki ni bukan pada duit semata-mata, tapi kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia & kehidupan yang tenang juga merupakan rezeki.
Bagi makan haiwan-haiwan.
Ini lah rutin kami satu family hari-hari tiap pagi. Burung-burung ni memang banyak kat kawasan sini. Seronok bila tengok semua datang makan.
Suami aku cakap, masa nak bagi haiwan-haiwan ni makan, selawat lah & borak ngan haiwan-haiwan ni supaya doakan kita ni sentiasa murah rezeki & kaya raya. Hehe. .
Tapi serius seronok tau bila bagi makan kat burung & kucing ni. Tenang je tengok. Rasa lapang. Cuba la korang buat, tak tipu. Memang seronok.
Subscribe to:
Posts (Atom)